NOTA KULIAH

  INOVASI DAN REFORMASI KURIKULUM : TUNTUTANNYA
  TERHADAP PROFESIONALISME PERGURUAN
 

Inovasi ialah satu perspektif sistem , berasaskan teori bahawa manusia dan masyarakatnya mempunyai keinginan yang bersifat kekal untuk saling melengkapi sesama mereka atau untuk membangun ke arah sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sedang mereka alami. Inovasi juga merupakan sebarang idea ,amalan atau artifak material yang boleh dilihat yang mengalami pembaharuan disebabkan oleh peniruan unit-unit idea yang berkaitan. Inovasi juga boleh disifatkan sebagai sebarang bentuk polisi baru , silibus , kaedah atau perubahan organisasi yang bertujuan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran . Rogers (1983) yang menghuraikan inovasi sebagai idea , amalan atau bahan yang boleh membawa pembaharuan kepada seseorang individu atau sistem sosial . Beliau juga menjelaskan bahawa inovasi itu adalah idea , latihan atau objek yang dianggap ‘baru’ oleh individu .

KURIKULUM

Kurikulum ialah semua pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sekolah, sama ada dilaksanakan secara kelompok atau individu , di dalam atau luar sekolah . ini termasuk satu program aktiviti yang disusun oleh guru untuk membolehkan pelajar mencapai objektif yang telah dirancangkan.  Kurikulum adalah suatu struktur yang terancang tentang idea-idea sesebuah sekolah yang bersesuaian dengan keperluan-keperluan psikologi pelajar , kemudahan-kemudahan yang sedia ada serta juga keperluan-keperluan budaya semasa.

  TEKNOLOGI DALAM  PENDIDIKAN : KONSEP   DAN     KEGUNAANNYA.

Teknologi perkataan Latin  ‘ texera’ yang bermaksud mendirikan, menganyam atau menenun. Menurut Maddux et.al. (1997) , teknologi  bukan sekadar manusia  dan  mesin tetapi merupakan sesuatu yang kompleks , penyatuan antara idea, manusia , mesin, sistem pengurusan dan penguasaan struktur  meliputi  manusia dan bukan manusia.

Roblyer et. Al (1997) menyatakan teknologi pendidikan  mestilah difokuskan kepada proses mengaplikasikan peralatan untuk tujuan-tujuan pengajaran di bilik darjah  atau di luar darjah dengan penggunaan prinsip, kaedah dan teknik yang sesuai sdupaya proses pengajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.

Desberg dan Fisher (1995) menyatakan teknologi adalah penggunaan ilmu pengetahuan yang teratur dan sisitematik dalam usaha atau kerja-kerja praktikal.Teknologi melibatkan imput, proses dan output serta penyatuan secara visual.
TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Teknologi pendidikan ialah aplikasi prinsip-prinsip saintifik untuk membina dan membentuk sesuatu bahan bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia merangkumi perkembangan, aplikasi dan penilaian sistem, teknik dan alat yang kesemuanya bertujuan untuk memperbaiki proses pembelajaran manusia.Teknologi pendidikan dapat diertikan sebagai satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, pengetahuan dan kemahiran, teknik dan organisasi yang digunakan secara terancang dan teratur bagi menghasilkan kecekapan di dalam proses pengajaran dan keberkesanan di dalam pembelajaran.

TEKNOLOGI PENDIDIKAN SEBAGAI SISTEM PENGAJARAN.

Penggunaan  teknologi dalam pendidikan mempunyai beberapa kebaikan iaitu:
· Memotivasikan pelajar.
Penggunaan ABM yang pelbagai dapat menarik minat, menggalakkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran dan juga menambahkan persepsi kawalan iaitu mereka suka dengan apa yang mereka lakukan.Sebagai contoh ialah melihat video , bermain perisian-perisian pendidikan dan melihat gambar-gambar yang menarik.
· Mengaitkan dengan kehidupan.
Membantu pelajar dalam mengaitkan pembelajaran dengan kehidupan dan memenuhi matlamat setiap kurikulum iaitu penyelesaian masalah dan pemikiran krikital, kemahiran pengurusan maklumat , keprihatinan dengan isu global, kemahiran teknikal dan keupayaan berinteraksi dengan orang lain.
· Alat sokongan dan perkongsian.
Alat sokongan dalam aktiviti pembelajaran kooperatif, perkongsian ilmu dan kemahiran penyelesaian masalah seperti keratan akhbar, carta-carta dan sebagainya.
· Memartabatkan profesyen.
Meningkatkan kualiti profesyen perguruan kerana penggunaan ABM di dalam kelas ddapat menjamin keberkesanan penyampaian seseorang pendidik.
· Mengurangkan kos.
Menjimatkan masa kerana sesuatu maklumat boleh digunakan berulangkali seperti maklumat di transparensi di samping penggunaan komputer dalam proses pengiraan.

TEKNOLOGI PENDIDIKAN SEBAGAI MEDIA DAN KOMUNIKASI AUDOVISUAL.

Media bermaksud suatu kaedah atau perantaraan berkomunikasi, berhubung antara satu sama lain seperti menggunakan akhbat, berita dan gambar untuk menyebarkan maklumat dan pandangan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ia merupakan perantaraan yang menghubungkan matlamat dan tujuan pengajaran guru dengan penerima iaitu pelajar yang akan memproses perantaraan itu, dan jika sesuai dapat diterima oleh pelajar dengan berkesan.
Teknologi pendidikan sebagai media dan komunikasi audiovisual terbahagi kepada dua bidang iaitu penghasilan bahan cetak  dan bahan bukan cetak. Contoh bahan cetak ialah buku teks, buku rujukan, akhbar, majalah, nota, skrip, rencana, majalah, gambarfoto dan kertas kerja. Bahan-bahan media ini boleh diguna oleh guru sebagai bahan bacaan, petikan, ulasan atau perbincangan dan penilaian di dalam bilik darjah. Bahan ini boleh diedarkan, dipamerkan dan disimpan di dalam pusat sumber sekolah.

Bahan bukan cetak meliputi perkakasan, perisian dan bahan 3 dimensi seperti model, glob dan relia. Contoh perkakasan ialah pelbagai jenis papan tulis, radio, televisyen, projektor, dan komputer. Contoh perisian ialah filem, slaid, disket VCD dan aplikasi komputer. Contoh bahan 3 dimensi ialah glob, model, boneka dan realia.

FAEDAH-FAEDEAH PENGGUNAAN TEKNOLOGI.
1. Menjadikan pendidikan lebih produktif.Penggunaan teknologi akan mempercepatkan kadar pengajaran dan guru mempunyai masa yang lebih untuk menjalankan kerja-kerja perancangan dan penyelidikan.
2.  Menjadikan pengajaran bersifat ‘individual’. Guru dapat menggunakan lebih banyak teknik pengajaran..
3. Pengajaran   lebih berasaskan kepada hasil-hasil kajian yang saintifik yang   dijalankan   sendiri   dan   bukan berasaskan andaian sahaja.
4.  Menjadikan pengajaran lebih bersemangat dan bertenaga. Bentuk komunikasi baru  menambahkan keupayaan , meransang persekitaran dengan membawa peristiwa yang jauh ke dalam kelas.
5.  Menjadikan pengajaran hampir dengan keadaan sebenar.
6. Menjadikan pengajaran  lebih seimbang.

BAHAN SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Bahan bercetak:
-buku  -kamus, atlas, fiksyen, bukan fiksyen, ensaiklopedia dan autobiografi.
-terbitan  -akhbar harian dan mingguan. Majalah bulanan, tahunan atau terbitan
                 khas dan risalah.
-nota
-skrip
-gambarfoto
Bahan bukan cetak:
1. Perkakasan  – bahan bukan tayang – papan tulis, papan magnet, papan   flannel, bingkai carta pusing, imej primer, imej printer, ‘transparency maker’ dan mikro komputer.
                           – bahan-bahan audio – radio, radio kaset, pita kaset dan audio      ‘card reader’.
- bahan-bahan visual – overhead projektor, projektor filem slaid, projektor filem jalur, episkop dan epivisor.
- bahan-bahan audio-visual – televisyen, projektor slaid dengan suara dan projektor jalur filem dengan kaset.
2. Bahan-bahan perisian- lembaran lutsinar(transparensi) OHP, filem jalur, filem sisipan, filem 16 mm atau 8 mm , kaset pita audio, kaset pita video, carta , kad-kad untuk papan flannel, kad imbasan, disket dan cakera padat.
3. Bahan tiga dimensi –glob, replika, spesimen, model, bahan realis, permainan seperti  catur dan sahibba .

KATEGORI BAHAN BANTU MENGAJAR
1. Bahan bantu  mengajar bukan elektronik :

a. papan tulis, buku teks dan papan pamer.

b. Buku rujukan, grafik, model, papan pengajaran,  gambar, carta, grafik, model surat khabar, lukisan, majalah, risalah, nota-nota, kertas kerja, skrip, fail tegak, bingkai carta pusing, kad imbasan, kad cantuman,, peta, glob, boneka, diorama, sahibba, catur, congkak, monopoli dan dam.

2. Bahan bantu mengajar elektronik- filem tayangan, filem jalur, filem slaid, OHP, projektor LCD, pita video, pita rakaman, piring hitam, kad audio, lutsinar OHP, TV atau VCD, cakera padat audio, komputer,internet dan disket komputer.

3. Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam sekitar seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan relia.
 
 

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN

1. PEMPROSESAN PERKATAAN
- Word Perfect, Word Star, Microsoft Word, Profesional Write
2. PANGKALAN DATA

Adalah program  komputer yang membolehkan guru  dan pelajar menyimpan, menyusun dan memanipulasikan data dalam bentuk teks dan nombor. Sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran penyelesaian masalah, kemahiran untuk menjalankan penyelidikan dan pengurusan maklumat.
 

3. LEMBARAN KERJA.

Terdiri  daripada lembaran kerja multi jalur dan multi baris yan boleh diisi dengan perkataan , nombor, dan formula. Ciri-ciri lembaran elektronik ialah :
I .   mempunyai kemudahan grafik dan pengurusan pengkalan data.
ii. kemudahan formula, fungsi-fungsi matematik, statistik, pengurusan kewangan dan lain-lain secara bina dalam disamping membina sendiri formula yan diketahui.
iii. membenarkan penyediaan laporan dan pertanyaan ke atas butir-butir yang
     memenuhi sesuatu syarat dalam pengurusan pengkalan data.

Kelebihan penggunaan lembaran kerja ialah:

1. Penjimatan masa.
2. Pemaparan maklumat lebih menarik.
3. Pemupukan  budaya berfikir.
4. Agen motivasi

MULTIMEDIA UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DEFINISI
Multimedia ialah gabungan antara visual, audio, grafik dan maklumat tekstual dengan menggunakan  teknologi tunggal. Ia mencakupi dari video kaku kepada yang bergerak sebenar hingga ke muzik pertuturan , peralatan  komputer , pengimbas  program ( hypermedia authoring), digitizer audio dan video, pemain CD-ROM, alat bacaan jalur kod (barcode) dan perisian  mengesan (probeware).

 Penggunaan mulmedia dalam pendidikan adalah satu keperluan dalam era teknologi maklumat.  Ia  dianggap ‘edutainment’ dan ‘infotainment’. Multimedia merupakan ransangan kepada perubahan dalam proses pengajaran. Dengan  penggunaan multimedia , membolehkan  guru-guru merekacipta, menginovasi dan menghasilkan bahan media yang sesuai.

FUNGSI  TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

1. Membuat pengajaran lebih tersusun.
2. Memperkayakan  pengalaman
3. Memberi maklumat
4. Pengajaran lebih bersifat individu
5. Pembelajaran menjadi lebih dekat
6. Pendidikan boleh disebarkan
7. Pembelajaran lebih menarik.
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Teknologi maklumat  ialah proses pengolahan data untuk  mendapatkan maklumat dengan menggunakan langkah mengutip,menyimpan, memproses dan melaporkan maklumat melalui komputer. Ia juga termasuk perolehan, pemprosesan, penyimpanan, penyebaran maklumat, suara, gambar, teks dan nombor oleh gabungan pengkoputeran dan telekomunikasi yan berasaskan mikro elektronik.

SUMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN.
a.    1.  Pemprosesan perkataan
2. Penyelenggaraan fail data.
b. Pengajaran dan pembelajaran
c.  Kecelikan komputer
d. Pemodenan kaedah pembelajaran
e. Pemodenan kaedah pengajaran
f.  Peningkatan mutu kurikulum kebangsaan
g. Kemudahan mendapatkan pendidikan
h. Pendidikan  Jarak Jauh
i. Pemodenan dalam  pendidikan
j. Menghadapi pendidikan bertaraf dunia
k. Pendidikan terbuka
 
 

[indeks][biodata][tugasan]