Make your own free website on Tripod.com
BAB  4 PRINSIP DAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR
DALAM PROSES PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Prinsip Penggunaa BBM

1. Pelbagai Bahan
2. Kualiti Bahan Bantu Mengajar
3. Kecekapan  Penggunaan BBM
4. Kesesuaian Alatan Dengan Pelajaran
5. Pemilihan Bahan
6. Penggunaan Bahan
 
 

Kepentingan BBM Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

1.    Bahan bantu mengajar dapat membantu para guru dalam menyampaikan pengajarannya secara
      berkesan.
2.   Dapat mempelbagaikan pendekatan pengajaran yang mempunyai berbagai-bagai corak interksi
      antara objektif pengajaran,isu pengajaran,guru dan pelajar.
3.   Dengan menggunakan bahan bantu mengajar guru dapat menyampaikan sesuatu konsep dengan
      lebih jelas.
4.   Dengan menggunakan bahan bantu mengajar,penyampaian dan penerangan maklumat dapat
      dijalnkan dengan lebih terperinci.Ini dapat mengurangkan salah faham pelajar terhadap
      maklumat itu.
5.   Penggunaan BBM akan dapat menarik dan memusatkan perhatian pelajar.Cahaya , warna dan
      pergerakan adalah unsur-unsur penarik dan pemusatan perhatian.
6.   Penggunaan BBM dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa
      yang singkat.Dalam hal ini persediaan guru dan cara perlaksanaannya adalah perlu teratur
      dan terancang.
7.   Pengajaran dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dapat memberi satu
      pengalaman baru kepada pelajar.
8.   Melahirkan interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar.
9.   Penyebaran BBM boleh meluas kerana penggunaannyan tidak terhad dan boleh digunakan oleh
      semua pelajar.
10. Bahan itu dpat melahirkan dorongan daya kreativiti, baik kepada guru mahupun pelajar.
 

Back