Make your own free website on Tripod.com
BAB  2  TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN : KONSEP DAN KEGUNAAN

Definisi Teknologi Pendidikan

Teknologi pendidikan ialah aplikasi prinsip-prinsip saintifik untuk membina dan membentuk sesuatu bahan bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Teknologi Pendidikan – Satu sisitem yang meliputi alat dan bahan media,pengetahuan dan kemahiran,teknik dan organisasi yang digunakan secara terancang dan teratur (proses dan produk ) bagi menghasilkan kecekapan di dalam proses pengajaran dan keberkesanan di dalam pembelajaran.
 
 

Kebaikan Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan

1. Memotivasikan pelajar
2. Mengaitkan dengan kehidupan
3. Alat sokongan dan perkongsian
4. Memertabatkan profesion
5. Mengurangkan kos
 

Kepentingan Bahan Teknologi

1.  Melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran ,menjimatkan masa dan
    tenaga,mengelakkan kebosanan pelajar dan mengelakkan berlakunya tidak   faham atau salah
    tafsir.
2. Memberikan kelainan (variasi ) kepada kaedah mengajar,misalnya dengan menggabungkan
    kaedah dan alat, membolehkan pelajar mengulangi pelajaran secara sendirian , dan juga
    membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang
    minimum.
 

Faedah-faedah Penggunaan Teknologi

1. Boleh menjadikan pendidikan lebih produktif.
2. Boleh menjadikan pengajaran lebih bersfat ‘ individual’.
3. Menjadikan pengajaran lebih berasaskan kepada hasil-hasil kajian yang saintifik.
4. Boleh menjadikan pengajaran lebih bersemangat dan bertenaga.
5. Boleh menjadikan pembelajaran pelajar itu lebih hampir dengan keadaan sebenar.
6. Boleh menjadikan pendidikan itu lebih seimbang.
 
 

Bahan Sumber Teknologi Pendidikan

1. Jenis –jenis Bahan Bercetak
    - Kamus
    - Akhbar
    - Nota
    - Rencana
    - Fiksyen & Bukan Fiksyen
    - Ensiklopedia
    - Majalah

2. Jenis-jenis bahan bukan bercetak
    - Perkakasan          - Bukan Tayang & Audio – visual
    - Perisian               -  Filem,slaid ,disket ,CD-ROM dll
    - Bahan 3 Dimensi   -  Glob,model,boneka,drama,relia,diorama dll
 

Back