GARIS PANDUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DI DALAM KELAS
1. PENGENALAN
Pandangan tentang teknologi pendidikan sebagai media dan audiovisual masih diterima sehingga hari ini. Media merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran pelajar.Boleh dikatakan bahawa peranan utama teknologi pendidikan adalah untuk membantu memperbaiki keseluruhan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, setiap guru harus mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan pemilihan,penggunaan dan penilaian media teknologi pendidikan.Dengan perkataan lain, para guru harus inovatif dalam menggunakan pelbagai media seperti buku,tranparensi,televisyen,radio,komputer dan sebagainya dengan secara lebih kreatif.
Sebelum sesuatu pengajaran dilangsungkan,guru dapat membuat perancangan yang lebih teliti di mana dirasakan sesuai mengikut keadaan kelas serta tahap penerimaan pelajar.Dengan bantuan teknologi,guru boleh mempunyai lebih banyak alternatif dalam memilih cara penyampaiannya mengikut kesesuaian .Perancangan yang teliti dapat menghasilkan penyampaian yang terbaik.Guru juga boleh menjadikan penyampaian lebih kreatif dan inovatif.
Oleh sebab itu,sebagai persediaan guru perlulah diberi ilmu pengetahuan
dan panduan supaya mereka berkemampuan boleh menggunakan segala kemudahan
dan bahan-bahan teknologi pendidikan terkini.Ini membolehkan guru lebih
bersedia menghadapi cabaran dan kemajuan yang pesat dalam perkembangan
teknologi.
2. DEFINISI TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Beberapa definisi teknologi pendidikan telah diberikan oleh pelbagai badan dan orang perseorangan.Antaranya :
Teknologi pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam pendidikan.Ia bertujuan untuk mempermudahkan pembelajaran dengan cara manipulasi media dan kaedah serta menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembelajaran berlaku.( Unwin,1968 )
Teknologi pendidikan ialah proses menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik,saintifik dan rasional,bertujuan mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu yang melibatkan idea,tenaga ,sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. ( Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia ,1991 )
Teknologi
pendidikan ialah aplikasi prinsip-prinsip saintifik untuk membina dan membentuk
sesuatu bahan bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.Teknologi
pendidikan melibatkan penggunaan kemahiran dan teknik moden yang meliputi
kemudahan belajar,perkaedahan dan penyesuaian bahan dengan persekitaran
agar ia menimbulkan rangsangan pembelajaran yang bermakna kepada pelajar.Ia
merangkumi perkembangan,aplikasi dan penilaian sistem teknik dan alat yang
kesemuanya tujuan untuk memperbaiki proses pembelajaran manusia. Secara
ringkasnya,ia merupakan suatu sistem yang meliputi alat dan bahan media,pengetahuan
dan kemahiran,teknik dan organisasi yang digunakan secara terancang dan
teratur(proses dan produk ) bagi menghasilkan kecekapan di dalam proses
pengajaran dan keberkesanan di dalam pembelajaran.(Jamaludin,Muhammad &
Abd.Rasid,2000)
3. TUJUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM KELAS
Teknologi pendidikan bertujuan untuk mewujudkan suatu suasana yang kondusif bagi pengajaran-pembelajaran.Penggunaan teknologi boleh memberi pengalaman sebenar yang dapat merangsang aktiviti sendiri di kalangan pelajar dan membina pemikiran yang berterusan.Ini membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.Di samping itu,teknologi moden dapat menyediakan pengalaman yang tidak boleh diperolehi melalui bahan-bahan lain dan dapat menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.
Teknologi pendidikan ini juga bertujuan untuk memudahkan kerja seseorang guru dalam penyampaian maklumat.Penggunaan bahan teknologi pendidikan yang boleh dilihat dan menghasilkan bunyi dan suara telah didapti memberikan banyak faedah seperti melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran,menjimatkan masa dan tenaga,mengelakkan kebosanan pelajar dan mengelakkan berlakunya salah tafsir atau tidak faham. Penggunaannya juga akan memberikan kelainan(variasi) kepada kaedah mengajar,misalnya dengan menggabungkan kaedah dan alat (misalnya penggunaan perisian pembelajaran),membolehkan pelajar mengulangi pelajaran secara sendirian dan juga membantu pelajar-pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.
Selain itu,teknologi pendidikan ini berguna dalam menjadikan pendidikan
lebih produktif.Penggunaan teknologi dalam pendidikan akan mempercepatkan
kadar pengajaran dan guru akan mempunyai masa yang lebih untuk menjalankan
kerja-kerja perancangan dan penyelidikan.Beban kerja juga akan berkurangan
dan kurikulum dapat diselesaikan mengikut perancangan.
4. PENGKELASAN MEDIA TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Media teknologi pendidikan boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama,iaitu bahan-bahan bercetak dan bahan-bahan bukan bercetak.
Bahan
Bercetak
Contoh:
Pelbagai jenis majalah,buku bacaan,Eksaiklopedia,rencana.akhbar dan lain-lain.
Bahan
Bukan Bercetak
1.
Perkakasan
Bukan tayangan - Pelbagai jenis papan tulis/penampal/memo.
Audio-visual - Komputer,radio,video,overhed
projektor,televisyen dan lain-
lain.
2.
Perisian
Contoh: CD-ROM ,slaid,mikrofilem,cakera liut,transparensi dan lain-lain.
3.
Bahan 3 – Dimensi
Contoh: Boneka,drama,spesimen,model,relia,diorama dan lain-lain.
Dalam
perbincangan ini, hanya empat media teknologi pendidikan yang sering digunakan
dalam bilik darjah (kelas ) akan dibincangkan iaitu televisyen & video,projektor
overhead & transparensi,komputer dan papan kapur/papan hitam.
5. TELEVISYEN DAN VIDEO
Di antara bahan-bahan bantu mengajar,televisyen merupakan alat teknologi moden yang paling berkesan untuk merangsangkan deria pendengaran dan penglihatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka. Program pendidikan melalui televisyen bukan sahaja membolehkan pelajar menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan yang berkaitan,tetapi juga membolehkan guru-guru melengkapi kekurangan mereka dari segi rancangan dan pengajarannya mahupun bahan bantu mengajar. Ini adlah kerana rancangan-rancangan pendidikan televisyen dikendalikan oleh guru-guru yang dilatih khas,mahir dalam bidang kaedah dan teknik mengajar,bertutur dengan sebutan yang betul dan fasih,serta cekap menggunakan bantu mengajar yang canggih.
Televisyen dan video telah mempermudahkan pengajaran guru kerana pelajar berpeluang melihat situasi-situasi sebenar dari luar yang tidak dapat dibawa ke dalam bilik darjah.Contohnya,gempa bumi,habitat sesuatu kawasan ,kehidupan haiwan,pembiakan organisma dan sebagainya.Dengan demikian,pelajar juga lebih mudah memahami apa yang diterangkan oleh guru.
Fungsi mesin video yang boleh ‘mengkakukan’ gambar pada rangka tertentu,ataupun
mengjangkau secara gerakan lambat serta mengulang tayang telah membantu
menjelaskan proses saintifik pada tahap mikro,proses perindustrian yang
kompleks dan sebagainya dengan lebih mudah.
5.1 Penggunaan Video Dalam Kelas
Untuk menggunakan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan ,seseorang guru haruslah memahami dan mematuhi beberapa prinsip.Antaranya ialah:
1.
Berlatih mengoperasikan alat kelengkapan seperti televisyen dan mesin video.Pastikan
pita video adalah
sesuai / serasi dengan mesin video.
2.
Tontonkan kandungan video sebelum tayangkannya kepada para pelajar. Tentukan
sama ada kandungan
video tersebut sesuai dengan objektif pengajaran.
3.
Perlu ingatkan pelajar supaya mencatat nota jika perlu. Walaubagaimanapun,tayangan
video dalm bilik yang
gelap akan mengganggu pelajar daripada mencatat nota.
4.
Tontonkan video secara bersama-sama dengan pelajar.Elakkan
daripada menggunakan masa tayangan
video untuk melakukan kerja sendiri.
5.
Memberhenti seketika tayangan video jika perlu untuk menambahkan lagi proses
pembelajaran.Guru boleh
menarik perhatian pelajar kepada isi atau poin yang dianggap penting dengan
membuat sedikit
perbincangan dengan pelajar.Walaubagaimanapun jika kerap berbuat demikian
akan menyebabkan
tayangan terganggu dan tergendala.
6.
Aktiviti lanjutan perlu diadakan.Selepas tayangan video selesai.Guru harus
membuat perbincangan dengan
kelas supaya pelajar dapat mengetahui apa yang telah dipelajari dan hubungannya
dengan kandungan
pengajaran hari itu. Di samping itu,pelajar juga boleh membuat perbincangan
secara kumpulan tentang
isu-isu yang dibangkitkan dalam video tersebut.
7.
Masukkan kandungan video ke dalam ujian atau peperiksaan.Jika video yang
ditayangkan adalah penting
untuk pengajaran, ia boleh digunakan sebagai sumber untuk membuat soalan
ujian atau peperiksaan.
5.2 Kelebihan Menggunakan Video Dalam Kelas
1.
Pergerakan
. Video berupaya menunjukkan pergerakan.Ini membolehkan ia menunjukkan
konsep-konsep
kemahiran motor yang melibatkan pergerakan.
2.
Proses. Video berupaya menunjukkan proses seperti pemasangan dan penggunaan
alat dan tunjuk cara uji
kaji sains.
3.
Pemerhatian
yang lebih selamat. Video memberi pemerhatian yang selamat melihat
kejadian-kejadian yang
mungkin berbahaya untuk diperhati atau disaksikan secara sebenar atau lokasi
yang sebenar.
4.
Pembelajaran
kemahiran.Penguasaan sesuatu kemahiran fizikal memerlukan pemerhatian
dan latihan yang
berulang-ulang.
5.
Mendramakan
peristiwa atau situasi tertentu.Video boleh merealisasikan peristiwa
silam seperti peristiwa
di Bukit Kepong,pembunuhan J.W.W.Birch di Pasir Salak.
6.
Penyelesaian
masalah.Video boleh menunjukkan situasi yang melibatkan perhubungan
manusia,masalah
sosial dan sebagainya untuk merangsang pemikiran yang kreatif dan kritikal.
7.
Sesuai
untuk pengajaran kumpulan kecil dan besar.
5.3 Batasan / Kelemahan Video
1.
Kelajauan video. Kelajuan untuk tayangan video telah ditetapkan.
2.
Pemerhatian
detail.Media bergerak mempunyai kelebihan untuk menjelaskan konsep
melalui atribut
pergerakannya,ia mungkin tidak sesuai untuk menunjukkan detail sesuatu
bingkai visual yang telah
dipegunkan seperti carta organisasi,peta dan sebagainya.
3.
Pentafsiran konsep.Video yang bercorak drama atau dokumentari kadangkala
disalahtafsirkan oleh
penonton.
4.
Kos
penerbitan.Kos menyediakan alat dan penggambaran video adalah tinggi.
5.
Tempahan
video dan persediaan tayangan. Video susah untuk diperoleh dan kadangkala
tempahan untuk
mendapatkannya memakan masa yang lama.
6. PROJEKTOR OVERHED & TRANSPARENSI
Projektor Overhed (OHP) merupakan bahan bantu mengajar yang merangsangkan deria penglihatan yang paling serba boleh pada masa kini.OHP telah mengambil tempat papan tulis yang tradisional sebagai alat penglihatan yang paling banyak digunakan di sekolah,universiti dan organisasi latihan.sebenarnya penggunaan OHP telah membolehkan guru sentiasa menghadapi kelas dan guru dapat mengawal keadaan di dalam kelas dan pelajar juga dapat mendengar dengan jelas apa yang dicakap oleh guru.
OHP menggunakan sistem pembalikan cahaya daripada satu sumber cahaya (halogen) ke permukaan cermin dan seterusya membalikkan cahaya tersebut ke skrin.Cahaya yang terlindung akan membentuk imej di atas skrin.Saiz imej bergantung pada jarak projektor dengan skrin.Terdapat lima jenis OHP yang digunakan iaitu mudah alih,dewan kuliah,pancar terus,pancar imej kecil dan kegunaan komputer.
Transparensi ialah kepingan lutsinar yang mempunyai tulisan,lakaran rajah
atau bentuk gambar yang dicetak ke atasnya.Transparensi menggunakan OHP,imejnya
dapat dilihat di atas skrin.OHP dapat menayangkan transparensi dalam bilik
yang cerah dengan imej yang lebih besar dan jelas.Terdapat beberapa jenis
transparensi di dalam pasaran .Antaranya ialah jenis Write On,Color,Therma,
Print Out dan Cahaya.
6.1 Pengoperasian OHP
1.
Kawalan Suis : Hidupkan lampu projektor lutsinar untuk menarik perhatian
kepada visual.Padamkan supaya
perhatian penonton beralih kepada penceramah.
2.
Pendedahan
maklumat secara berperingkat.Letakkan sekeping kertas di atas lutsinar
dan ditarik ke bawah
secara beransur-ansur sehingga keseluruhan maklumat terdedah.
3.
Penggunaan
penunjuk.(Gunakan alat yang lurus seperti pen,pensil,laser pointed
dan lain-lain)
4.
Penulisan
terus di atas lutsinar ( transparensi ).Tuliskan sebarang maklumat
tambahan bila diperlukan.
6.2 Teknik-t eknik Persembahan
Langkah
1
Jarak
yang sesuai di antara penonton dan skrin adalah 6 kali lebar imej yang
ditayangkan.
Langkah
2
Pastikan
semua penonton dapat melihat skrin dengan jelas.
Langkah
3
Tentukan
lutsinar diletakkan dengan betul sebelum ditayangkan ke atas skrin.
Langkah
4
Perhatian
hendaklah ditumpukan kepada penonton dan elakkan membaca terus dari skrin.
Langkah
5
Duduk
atau berdiri di tepi projektor.Elakkan gerak-geri yang menjadi halangan
dan gangguan.
Langkah
6
Matikan
suis projektor apabila percakapan yang disampaikan tidak ada kaitan dengan
lutsinar yang ditayangkan.
6.3 Kebolehbacaan Dan Penghurufan Bagi Transparensi
Kepingan
transparensi yang dapat membantu sesuatu persembahan atau pengajaran dan
pembelajaran mempunyai ciri-ciri berikut:
1.
Ukuran huruf yang paling sesuai ialah 18 poin atau lebih jika menggunakan
komputer dan 0.5 mm paling
minimum jika menggunakan mata pen mekanikal dan ukuran 5 mm bagi pembaris
stensil.
2.
Setiap keping transparensi sebaik-baiknya mengandungi enam atau lapan potongan
ayat dan setiap baris
ayat mempunyai enam hingga lapan perkataan.
3.
Gunakan huruf besar untuk tajuk atau label yang mengandungi kurang
daripada lima patah perkataan.Jika
lebih daripada lima,gunakan huruf kecil dan huruf besar di mana perlu.
4.
Luangkan jarak 1.5 kali lebar huruf ‘m’ kecil di antara dua perkataan.Jarak
di antara satu ayat dengan ayat
yang berikutnya ialah tiga kali lebar huruf ‘m’ kecil.
5.
Jarak di antara ayat/frasa di atas dengan ayat /frasa yang dibawahnya adalah
kurang 1.5 kali tinggi huruf
kecil.
6.
Padankan warna huruf dengan latar belakang transparensi supaya mudah dibaca.
Huruf yang berwarna
cerah jika dipadankan dengan latar belakang yang gelap akan menghasilkan
pandangan atau kebolehbacaan
yang lebih jelas.Jika latar belakang transparensi itu cerah, maka huruf
atau garisan yang ditulis atau dilukis
hendaklah tebal dan gelap.
7.
Setiap keping transparensi yang dihasilkan seharusnya menekankan prinsip
mudah. Mudah di sini membawa
maksud tidak terlalu banyak teks dan visual pada satu keping transparensi
hingga boleh menimbulkan
kekeliruan di kalangan penonton.Transparensi yang baik biasanya mempunyai
satu idea dan idea ini
mungkin boleh diperkembangkan melalui teknik tindan –tindih.
8.
Transparensi hendaklah dilekatkan ke atas bingkai kadbod atau menggunakan
lain-lain bingkai yang sesuai
supaya mudah diunjur,disusun,disimpan dan dikatalog.
6.4 Kelebihan Menggunakan Transparensi
1.
Transparensi boleh menyampaikan maklumat secara tersusun dan mengikut urutan
yang telah ditetapkan
oleh penyampai.
2.
Ia menggunakan projektor yang mudah dikendalikan dan pengguna memainkan
peranan utama dalam
penyampaian pengajaran.
3.
Bahan boleh dibuat dengan pelbagai cara yang mudah dan murah. Sebagai contoh
anda boleh sediakan
bahan dengan cara menulis terus di atas transparensi menggunakan pen transparensi
yang sesuai.
4.
Transparensi sangat sesuai digunakan bagi kumpulan pelajar /penonton yang
ramai.Ia juga boleh
digunakanbagi kumpulan kecil.Ini bergantung kepada berapa jauh projektor
itu ditempatkan dari skrin.Lagi
jauh dari skrin lagi besar imejnya.
5.
Transparensi boleh ditayangkan dalam bilik yang mempunyai pencahayaan biasa.
Ia tidak perlukan bilik
yang gelap seperti menggunakan projektor slaid .Keadaan ini membolehkan
pelajar mencatat isi penting
dan pengajar pula dapat mengawal disiplin dalam bilik darjah.
6.
Transparensi membolehkan anda menggunakan pelbagai teknik persembahan seperti
teknik
pasang-tutup,tunjuk-tutup secara progresif,tindan-tindih,penunjuk,bayang
dan tunjuk cara. Warna dan
penunjuk boleh digunakan untuk memberi penegasan.Transparensi juga boleh
digunakan untuk
membesarkan imej.Imej yang dibesarkan boleh dijadikan carta dinding.
6.5 Batasan / Kelemahan Menggunakan Transparensi
1.
Untuk keguanaan kumpulan besar,transparensi perlulah projektor yang lebih
mahal( Yusup,1993).Projektor
yang berharga murah tidak berupaya menayangkan imej yang lebih jelas.
2.
Jika anda ingin menggunakan transparensi yang lebih canggih seperti menggunakan
filem kontras tinggi
atau transparensi komputer ,kos menghasilkannya adalah tinggi.
3.
Transparensi tidak sesuai untuk pengajaran individu.
4.
Transparensi semata-mata bergantung kepada pengguna.Tanpa pengguna/penyampai
, ia tidak berkesan.
7. KOMPUTER
Mesin
komputer telah dimanfaatkan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas terutamanya di Sekolah Bestari pada hari ini.Pengajaran berasaskan
komputer merupakan aplikasi teknologi komputer dalam pendidikan .Komputer
digunakan sebagai alat untuk membantu dan memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran.Sebagai contoh komputer boleh digunakan untuk menghasilkan
bahan pengajaran atau menyimpan rekod.
Hari ini, melalui pengetahuan teknologi moden,proses pengajaran dan pembelajaran
juga boleh diperoleh melalui ‘Internet’. Guru dan pelajar boleh mendapat
banyak maklumat dan ilmu pengetahuan melalui Internet. Dengan ini pengajaran
menjadi mudah dan proses pembelajaran dan pemahaman pelajar lebih berkesan.Maklumat-maklumat
yang diperoleh itu boleh disimpan di dalam disket dan dibuka semula apabila
diperlukan.
7.1 Kelebihan Menggunakan Pengajaran Berasaskan Komputer
1.
Kaedah ini dapat memenuhi kebolehan dan keperluan pembelajaran individu.Pelajar
boleh belajar mengikut
kadar kecepatan proses pembelajaran masing-masing dan justeru itu dapat
menyelamatkan masa
pembelajaran berbanding dengan pengajaran secara biasa dalam bilik darjah.Pelajar
dapat mengawal kadar
dan urutan pembelajaran.
2.
Tindakbalas serta-merta dan secara peribadi memberi kesan peneguhan yang
sangat positif.
3.
Komputer dapat membantu menyelesaikan masalah guru dalam pengajaran.Ciri-ciri
komputer yang lebih
mesra,tidak jemu,tidak penat,tidak sakit hati dan sabar semasa membuat
dan menggunakan program menjadi
ia sesuai untuk pelajar ia sesuai untuk pelajar terutama bagi pelajar-prlajar
yang kurang cerdas.Ini jelas sekali
dalam strategi latih tubi da mana beberapa percubaan perlu dilakukan oleh
pelajar.
4.
Atribut media yang terdapat dalam bahan ini seperti warna,muzik,animasi
dan visual menambahkan realisme
(Levie,1976) dalam pembelajaran secara latih tubi,uji kaji dalam makmal,permaianan,simulasi
dan sebagainya.
5.
Pembelajaran berasaskan komputer dapat meningkatkan pencapaian pelajar.
6.
Komputer juga dapat menyediakan pembelajaran yang konsisten dan terjamin
.Ia tidak tertakluk kepada
kesediaan guru,masa dan lokasi proses pengajaran itu berlaku.
7.2 Batasan Menggunakan Pengajaran berasaskan Komputer
1.
Kos pembelian perkakasan komputer dan alat tambahan adalah tinggi.Pertimbangan
harus diberi tentang kos
efektif dari segi pembelian dan penyelenggaran perkakasan.
2.
Tidak terdapat banyak perisian yang berkualiti untuk digunakan dalam pengajaran.Ini
menyebabkan kurang
penggunaannya dalam pengajaran .Kajian RECSAM (Seameo,1988) memperakui
bahawa taraf penggunaan
pengajaran berbantukan komputer di negara-negara Asia Tenggara adalah rendah.Untuk
menghasilkan
perisian yang berkualiti memerlukan satu pasukan pengembang pengajaran.(Yusup,1991)
3.
Perisian yang dihasilkan juga menghadapi masalah keserasian dari segi sistem
pengoperasian dan ruang
ingatan.Perisian yang dihasilkan menggunakan sistem pengoperasian yang
berlainan tidak boleh digunakan
oleh komputer yang mempunyai jenama yang berlainan ataupun jenama yang
sama.Begitu juga dengan
ruang ingatan yang tidak serasi antara komputer terutama bagi bahan-bahan
hipermedia/multimedia yang
menggunakan banyak ruang ingatan untuk menyimpan visual,audio dan grafik.
4.
Kos membeli atau membuat perisian komputer adalah tinggi.Ini adalah kerana
proses merancang,mereka
bentuk,membina dan menilai bahan memerlukan masa,tenaga dan kepakaran teknologi
pengajaran.Adalah
diramalkan bahawa pada masa-masa akan datang kos membeli perisian adalah
lebih mahal daripada membeli
perkakasan komputer.
5.
Kaedah ini juga menjejaskan proses sosialisasi.Seorang pengguna atau pelajar
akan berinteraksi akan
memakan masa yang lama dan ini akan memisahkannya dengan rakan-rakan lain.Pendekatan
pembelajaran
koperatif di mana dua orang atau lebih pelajar berinteraksi dengan komputer
boleh mengatasi masalah
sosialisasi ini.
8. MEDIA PAPARAN UNTUK PENGAJARAN DI DALAM KELAS
Sungguhpun pada masa kini terdapat banyak media teknologi yang berbentuk elektronik,penggunaan media yang bukan elektronik juga masih memainkan peranan penting.Ini adalah kerana tidak semua sekolah mampu menyediakan peralatan berkesan dengan secukupnya di sekolah masing-masing.Oleh itu penggunaan media yang bukan elektronik tidak boleh dipandang sepi oleh guru kerana selain harganya murah dan mudah didapati dan dikendalikan.
Alat paparan atau papan pengajaran merupakan salah satu media pengajaran
yang paling awal digunakan dalam bilik darjah.Contohnya papan kapur atau
papan hitam terdapat dalam hampir kesemua bilik darjah dan makmal sains.
Alat ini sangat mudah dan lebih murah untuk digunakan semasa mengajar.Ia
tidak perlukan peralatan tambahan atau lain-lain alat sokongan untuk menggunakannya.
Alat paparan terdiri daripada papan kapur,papan flanel,papan berita,papan
magnet,papan elektrik.
8.1 Papan Kapur Dan Penggunaannya
Papan kapur atau dikenali sebagai papan hitam merupakan media pengajaran yang terdapat dalam kesemua kelas. Sebuah kelas tidak akan lengkap dan sempurna jika tidak mempunyai peralatan ini.Ia begitu penting dalam membantu guru dalam pengajaran terutama dalam keadaan kecemasan jika media pengajaran lain tidak dapat digunakan. Walaubagaimanapun penggunaannya perlu dirancang jika ingin menyampaikan pengajaran yang berkesan.
Penggunaan
papan kapur:
1.
Jika ada banyak maklumat yang hendak ditulis atau lukisan yang rumit hendak
dilukis,sediakan maklumat
atau lukisan ini terlebih awal. Tutup sehingga ia diperlukan.
2.
Kekalkan konteks bola mata dengan pelajar .Jangan bercakap semasa menulis
di papan kapur.
3.
Tulisan hendaklah sekurang-kurangnya 1 inci tinggi bagi kelas biasa ( 30
X 25 kaki) dan lebih besar daripada
itu jika menggunakan makmal sains.
4.
Tulisan atau lukisan hendaklah jelas dan tebal,iaitu sekurang-kurangnya
¼ inci tebal.
5.
Jika ada perkara yang tertulis atau bahan-bahan diletakkan ayau dilekatkan
di papan kapur, jangan lindung
penglihatan pelajar sewaktu mengajar .Berdiri di sebelah kiri atau kanan
papan kapur.
6.
Barisan tulisan mestilah lurus,iaitu mendatar dan selari.Gunakan sisi atau
bingkai atas papan kapur sebagai
panduan untuk mendapatkan tulisan yang lurus dan selari
7.
Gunakan kapur warna untuk penegasan.Jangan gunakan warna biru,gunakan warna
yang kontras dengan
latar papan kapur.
8.
Pastikan permukaan papan kapur jelas dilihat dari beberapa sudut.Jika berkilau,ubah
kedudukan papan hitam
(jika mudah alih) atau tutup tingkap atau turunkan jendela.
9.
Bersihkan papan kapur sesudah digunakan.
8.2 Kelebihan Menggunakan Papan kapur
1.
Penggunaan papan kapur adalah lebih mudah dan murah jika dibandingkan dengan
media pengajaran
elektronik seperti OHP,komputer dan sebagainya.
2.
Oleh kerana ia selalu digunakan,pelajar-pelajar telah biasa dengan kaedah
penggunaannya.
3.
Ia sesuai untuk pengajaran kumpulan kecil dan kumpulan besar.
4.
Ia boleh dipadam serta-merta dan maklumat boleh ditulis dengan cepat.
5.
Tindakbalas secara bertulis boleh diperolehi serta-merta dengan disaksikan
oleh pelajar-pelajar lain.Ujian
secara lisan dan bertulis boleh diadakan di atas papan kapur.
6.
Ia menjadi alat sokongan mengajar yang berkesan jika digabungkan dengan
media pengajaran yang lain
seperti carta,OHP dan sebagainya.
7.
Kad-kad imbasan (visual atau teks ) boleh dilekatkan di papan kapur.
8.3 Batasan Menggunakan Papan Kapur
1.
Ia tidak sesuai bagi kumpulan yang terlalu besar kerana tulisannya kecil.
2.
Ia hanya sesuai untuk pengajaran yang bertumpukan kepada simbol berbahasa.
3.
Ia tidak mempunyai atribut media yang lain seperti realisme,gerak dan animasi.
4.
Penggunaan papan kapur memakan masa yang lama jika banyak maklumat atau
ilustrasi yang perlu ditulis
dan dilukis kecuali persediaan awal telah dilakukan sebelum pengajaran
bermula.
5.
Penggunaannya membosankan kerana digunakan berkali-kali.
9. PENUTUP
Ternyata, penggunaan media teknologi dalam pendidikan dapat membantu mempertingkatkan prestasi pengajaran guru,membolehkan penerimaan pepbelajaran pelajar berlaku dengan lebih cepat,pengingatan pelajar dikekalkan dengan lebih lama dan pembelajaran secara individu dapat dilaksanakan.
Pemilihan media memerlukan perancangan yang teliti.Mengikut Tosti dan Ball
(1969),garis dasar berikut boleh digunakan sebagai garis panduan dalam
memilih media teknologi pendidikan:
1.
Tentukan jenis masalah dan bentukkan matlamat umum untuk menyelesaikannya.
2.
Tentukan tingkah laku spesifik yang hendak dibentuk dan juga tingkah laku
pelajar yang akan menerima
penyampaian.
3.
Pilih media yang sesuai dengan kehendak-kehendak penyampaian.
4.
Tentukan strategi untuk memperkenalkan sistem operasi kepada persekitaran
pengajaran.
Dalam kontek pemilihan media teknologi pendidikan,guru seharusnya bijak
memilih media yang sesuai kerana penggunaan media yang sesuai bukan sahaja
dapat memperkembangkan idea serta kreativiti guru malah dapat memberangsangkan
suasana pembelajaran pelajar dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna
dan berkesan.
RUJUKAN
Fred
Percival & Henry Ellington ( Penterjemahan : Noran Fauziah Yaacub ).1994.Buku
panduan teknologi
pendidikan.Ampang : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka
Jamaludin
Badusah,Muhamad Hussein & Abd.Rasid Johar.2000.Inovasi dan Teknologi
Dalam pengajaran
dan pembelajaran.Banting:AJM Publishing Enterprise.
Rashidi
Azizan dan Abdul Razak habib.1996.Pengajaran dalam bilik darjah:Kaedah
dan Strategi.Kajang:
Masa Enterprise.
Sulaiman Ngah Razali.1997.Pedagogi –Teori dan praktik.Kuala Lumpur:DBP.
Yusup
Hashim.1997.Media pengajaran untuk pendidikan dan latihan.Shah Alam:Penerbit
Fajar Bakti
Sdn.bhd.