TUGASAN
Promosi dan pasaran teknologi pendidikan
Pendahuluan
 Perubahan berlaku dimana – mana dan pada bila – bila masa sahaja. Begitu juga dalam lapangan pendidikan di negara kita. Kita berhadapan dengan berbagai – bagai perubahan yang berlaku dari masa kesemasa. Apa yang berlaku kepada kurikulum pendidikan akan mengakibatkan perubahan kepada perkara lain dalam sistem pendidikan termasuk kaedah pengajaran, penyediaan bahan kurikulum seperti buku, carta dan bahan pengajaran.

 Sehubung dengan itu, kita mendapati pada masa sekarang teknologi yang canggih semakin memainkan peranan yang amat penting didalam kurikulum sekolah. Penggunaan bahan teknologi ini secara terancang dan teratur akan menjadikan pendidikan lebih bermakna dan mendatangkan kesan positif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan teknologi ini akan mengembangkan lagi profesion perguruan dan secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti pendidikan tanahair kita.

 Oleh sebab itu sebagai persediaan ,guru perlulah diberi ilmu pengetahuan dan latihan yang berkualiti tinggi supaya mereka berkemampuan boleh menggunakan segala kemudahan dan bahan teknologi pendidikan terkini. Ini membolehkan guru lebih bersedia menghadapi cabaran dan kemajuan yang pesat dalam perkembangan teknologi.
 

Definisi Teknologi Pendidikan
 Apa yang dimaksudkan dengan teknologi pendidikan ? Teknologi pendidikan ialah aplikasi prinsip – prinsip saintifik untuk membina dan membentuk sesuatu bahan bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi pendidikan melibatkan penggunaan kemahiran dan teknik moden yang meliputi kemudahan belajar,perkaedahan dan penyesuaian bahan dengan persekitaran agar ia menimbulkan rangsangan pembelajaran yang bermakna kepada pelajar. Ia merangkumi perkembangan, aplikasi dan penilaian sistem, teknik dan alat yang kesemuanya bertujuan untuk memperbaiki proses pembelajaran manusia. Teknologi pendidikan secara mudah dapat diertikan sebagai satu sistem yang meliputi alat dan bahan media. Pengetahuan dan kemahiran,teknik dan organisasi yang digunakan secara terancang dan teratur (proses dan produk ) bagi menghasilkan kecekapan di dalam proses pengajaran dan keberkesanan di dalam pembelajaran.

 Pengajaran guru sepatutnya boleh menimbulkan rangsangan positif dan keinginan pelajar untuk mengetahui. Pengajaran guru juga seharusnya boleh menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Bahan yang dihasilkan oleh para guru sepatutnya boleh menjadikan daya penarik yang mampu mengekalkan tumpuan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran. Jesteru itu, penggunaan teknologi boleh memberi pengalaman sebenar yang dapat merangsang aktiviti sendiri dikalangan pelajat dan membina pemikiran yang berterusan. Ini membantu pemahaman dan perkembangan perbendaraan kata pelajar. Disamping itu, teknologi moden dapat menyediakan pengalaman yang tidak boleh diperolehi melalui bahan – bahan lain dan dapat menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Strategi pemasaran perdagangan elektronik masa depan
 Perisian terbaru iaitu Microsoft Site Server 3.0 dan Microsoft Site Server Commerce Edition 3.0 membolehkan sesebuah organisasi tersebut membangunkan Laman web untuk menjalankan perniagaan perdagangan elektronik sama ada dalam bentuk perniagaan langsung kepada pengguna mahupun kepada organisasi perniagaan lain.

 Menurut Benedict Lee, Pengurus Besar Microsoft Malaysia, perisian terkini yang baru diperkenalkan tersebut sebenarnya telah pun diadaptasikan oleh lebih daripada 1000 organisasi korporat diseluruh dunia memandangkan ianya mudah untuk dikendalikan.

 Katanya, perdagangan elektronik sebenarnya mampu untuk memperluaskan pasaran sesebuah organisasi perniagaan yang selama ini hanya tertumpu kepada sesuatu kawasan , itupun jika mereka bersedia melibatkan diri dengan bentuk perniagaan baru.

 Jelasnya, walau bagaimanapun pembelian oleh pengguna – pengguna tersebut lebih cenderung kepada laman Web yang terletak diluar negara. Ini mungkin kerana tidak banyak laman Web sedemikian yang beroperasi di Malaysia.

 Oleh sebab itu organisasi perniagaan di Malaysia sepatutnya mula melibatkan diri dalam bentuk perniagaan alaf baru tersebut jika mereka ingin terus bersaing atau ingin meluaskan pasaran produk atau perkhidmatan mereka keseluruh dunia.

 Perisian Site Server 3.0 dan Commerce Edition tersebut adalah satu – satunya perisian yang paling komprehensif. Ini adalah kerana ianya bukan sahaja boleh digunakan untuk membangunkanlaman web untuk perdagangan elektronik tetapi juga sebagai pelayan untuk mengendalikan laman web tersebut.

 Disamping itu Site Server 3.0 dan Commerce Edition ini mampu untuk menganalisa cita rasa dan tren pengguna bagi membolehkan sesebuah organisasi tersebut untuk meningkatkan lagi produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan ataupun memperbaikinya.

Produk baru untuk pasaran tempatan
 Hewlett Packart salles (M) Sdn Bhd . syarikat pembuat dan pengeluar komputer yang ketiga terbesar di Malaysia telah melancarkan rangkaian produk terbaru mereka yang dibangunkan khusus untuk pasaran tempatan.

 Produk – produk yang diperkenalkan semasa pelancaran tersebut ialah terdiri daripada rangkaian Nett Server, stesen kerja komputer peribadi dan komputer atas riba yang penggunaannya disasarkan untuk industri bersaiz kecil dan sederhana.

 Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa rangkaian produk yang disasarkan untuk organisasi – organisasi perdagangan yang bersaiz besar memandangkan sektor tersebut mempunyai potensi pasaran yang besar, jelas Joshua Tan, Pengurus Pemasaran Produk Komputer HP rantau Asia Pasifik.

 Walaupun  kami mengeluarkan beberapa siri rangkaian produk terbaru dalam masa yang serentak, kami akan lebih menumpuhkan perhatian kepada produk Stesen Kerja Kayak kami memandangkan kebolehan dan kemampuannya mengendalikan tugas.

 HP Kayak yang juga sebelum ini dikenali dengan nama HP Vectra PC dibangunkan secara khusus untuk mengendalikan tugasan pengendalian stesen kerja yang mana ianya telah ditingkatkan upaya agarnya bersesuaian dengan sistem pentadbiran sesebuah organisasi tersebut.

 Apa yang menarik mengenai Kayak ini ialah ianya dilengkapkan dengan aplikasi sistem Accel ECLIPSE Visualize fx 4 yang sebelum ini hanya boleh diperoleh melalui sistem pengoperasian yang berasaskan  UNIX yang mampu untuk menjalankan sesuatu tugasan tanpa pemerhatian daripada pentadbir sistem.

 Dalam pada itu, antara produk – produk lain yang dilancarkan oleh HP ialah komputer pelayan terbaru Nett Server E45 pula menggunakan chip pemproses Pentium II  yang direka khusus untuk mengendalikan rankaian pentadbiran sesebuah sistem terutamanya untuk sistem pelayan yang berasaskan internet mahupun intranet.

Promosi permainan komputer kepada kanak – kanak
 Permainan komputer dikategorikan kepada lapan jenis, iaitu Permainan Memainkan Watak , Simulasi,pengembaraan,strategi,peperangan,aksi,teka –teki dan sukan.

 Permainan Memainkan Watak adalah sejenis permainan komputer dimana anda akan menjadi satu watak dalam permainan tersebut. Selain itu anda dikehendaki melalui pelbagai rintangan untuk menamatkan permainan itu. Contoh permainan jenis ini ialah”Stone keep”.

 Simulasi pula merupakan sejenis permaian komputer yang menyerupai sesuatu yang sebenarnya seperti kapal terbang, kereta, robot dan kapal selam. Dengan permainan ini anda boleh merasai bagaimana untuk memandu kapal terbang dengan rupa bentuk dalaman kapal terbang yang sebenar atau membawa kereta lumba dalam litar lumba. Contoh permainan seperti ini ialah EF 2000.

 Jenis permainan komputer ketiga adalah pengembaraan. Dalam permainan komputer jenis ini anda dikehendaki menolong watak dalam permainan untuk menyelesaikan masalah atau misteri. Permainan komputer pengembaraan terdapat dalam beberapa bentuk jalan cerita, antaranya kisah seram, angkasa lepas, kisah polis dan drama. Ia terdapat dalam bentuk katon seperti “Full Throttle”

 Permainan komputer yang memerlukan penggunaan minda yang banyak dan perancangan yang baik adalah permainan  jenis strategi. Ia menyerupai permainan seperti catur. Permainan ini memerlukan anda menyusus strategi untukuntuk merancang sebuah bandar raya dan membuat serangan terhadap musuh. Permainan strategi berbentuk perancangan bandar ialah “civiization II”

Penerbitan Elektronik –Pemasaran tanpa sempadan
 Perkembangan Internet dan World Wide Web (WWW) telah mengejutkan banyak pihak. Semua kaedah dan norma perniagaan yang dilaksanakan juga turut berubah. Perkembangnya mendapat perhatian serius di benua Amerika dan Eropah ini, kini turut melanda Asia, termasuk Asia Tenggara serta Malaysia. Banyak bidang sudah  merasai perubahan yang dibawa Internet . Bukan mustahil, abad ke 21 akan menyaksikan semua bidang perniagaan mengalami transformasi radikal .

 Turut mendapat kesannya ialah dalam bidang penerbitan samaada majalah mahupun buku. Dimasa hadapan bilangan penerbitan akan meningkat dan wujud dalam bentuk elektronik dan bercetak. Kelebihan Versi dalam talian yang paling ketara ialah menawarkan peneaksesan tanpa langganan,. Bolej diekses dari seluruh pulusuh dunia dengan cepat, semua edisi lama boleh dicari untuk topik tertentu dengan cepat dan penyelidik tidak perlu meninggalkan keselesahan rumah atau pejabat untuk mendapat sebarang maklumat.

 Idea penerbitan elektronik terhasil daripada aktiviti pengeposan mesej kepada kumpulan perbincangan Internet yang banyak terdapat masa kini, terutama di Amerika Syarikat dan Eropah.  Kaedah pengagihan kumpulan sedemikian memberikan peluang perolehan yang lebih meluas terhadap sesuatu isu, artikel atau Jurnal. Disebabkan aktiviti perbincangan yang wujud dalam komuniti tertentu, maka masanya sudah tiba bagi membuat penakrifan semula terhadap apa yang dinamakan penerbitan dalam talian atau persekitaran terangkai.

Penutup
 Secara keseluruhannya , dapatlah dinyatakan bahawa Internet dalam pendidikan akan membantu membina keupayaan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dikalangan pelajar dan menggalakkan mereka membuat banyak kesalahan terutama dalam tata bahasa dan Ejaan. Guru dan pelajar harus didedahkan kepada Internet memandangkan mereka akan memperoleh idea melalui kumpulan perbincangan dan perancangan pengajaran malahan guru boleh mengadaptasikannya sebagai bahan bagi kegunaan pendekatan mengajar.

Bahan – bahan rujukan
1. Jamaludin Badusah M. Ed ( UKM ) 2000 Inovasi dan Teknologi dalam Pengajaran dan PembelajaranSelangor D.E
2. Dewan Kosmik Februari 1999 Komputer dan teknologi maklumat.
3. Dewan kosmik 1998 Majalah PC Jilid 15 vol 2
4. Dewan Kosmik 1997 Komputer dan teknologi maklumat
 

POWERPOINT