NOTA KULIAH

INOVASI KURIKULUM

Inovasi kurikulum ialah pembaharuan-pembaharuan dalam elemen-elemen kurikulum iaitu perubahan kecil dalam kurikulum sahaja. Inovasi kurikulum merupakan perubahan kepada suatu perubahan yang baik. Inovasi kurikulum meliputi aspek-aspek seperti cara atau kaedah pengajaran dan pembelajaran, pengurusan masa, ultiliti staff, mutu pentadbiran dan pengembangan sumber dan penggunaan media dalam pendidikan.
 

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Teknologi pendidikan ialah aplikasi prinsip-prinsip saintifik untuk membina dan membentuk sesuatu bahan bagi melaksanakan proses pengajaran & pembelajaran.

Secara umunya penggunaan teknologi dalam pendidikan mempunyai beberapa kebaiakan iaitu :

1) memotivasikan pelajar
    penggunaan ABM yang pelbagai dapat menarik minat
    dan mengalakkan penglibatan pelajar dalam proses
    pembelajaran dan juga menambahkan persepsi
    kawalan iaitu mereka suka dengan apa yang mereka
    lakukan.
    Contohnya, melihat video, bermain perisian pendidikan
 

2) mengaitkan dengan kehidupan
    membantu pelajar dalam mengaitkan pembelajaran
    dengan kehidupan dan memenuhi matlamat setiap
    kurikulum iaitu penyelesaian masalah dan pemikiran
    kritikal, kemahiran pengurusan maklumat.

3) alat sokongan dan perkongsian
    alat sokongan dalam aktiviti pembelajaran kooperatif
    dan perkongsian ilmu serta kemahiran menyelesaikan
    masalah seperti keratan akhbar, carta dan sebagainya.

4) memartabatkan profesion
    meningkatkan kualiti profesion perguruan kerana
    penggunaan ABM dalam kelas dapat menjamin
    keberkesanan penyampaian maklumat seseorang
    pendidik.
 
 

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan bantu mengajar adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Bahan ini tidak terhad kepada buku-buku teks, papan hitam dan gambar-gambar sahaja tetapi BBM merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.
 

JENIS-JENIS BBM

1) BBM bukan elektronik
    a) BBM asas seperti papan tulis, buku teks dan papan
        pamer.
    b) BBM bukan bukan elektronik seperti buku rujukan
        , grafik model, papan pengajaran, gambar, carta,
        lukisan, risalah, nota, kertas kerja, skrip, peta,
        boneka dan lain-lain.

2)  BBM berbentuk elektronik seperti filem tayangan,
      OHP, TV, pita rakaman, VCR, cakera padat
      audio, komputer dan sebagainya.

3)  Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan
     sebenar daripada alam sekitar seperti lakonan,
     lawatan, projek pameran dan relia.
 
 

PRINSIP PENGGUNAAN BBM

Prinsip uatama dalam penggunaan BBM ialah mempelbagaikan jenis dan bentuk bahan supaya semua deria pelajar terlibat secara langsung dalam pembelajaran.
 

MULTIMEDIA
DEFINISI
Multimedia boleh didefinisikan sebagai gabungan di antara visual, audio, grafik dan maklumat tekstual dengan menggunakan teknologi tunggal. Multimedia termasuklah peralatan komputer pengimbas program
(hypermedia authoring) , digitizer audio dan video, pemain CD-ROM dan sebagainya.