Make your own free website on Tripod.com
 

SHASHAZ WEBPAGE


Saya amat berbesar hati sekiranya ada pengunjung yang sudi melungsur di Laman Web saya.  Ia amat bererti kerana saya telah bekerja keras untuk membinanya.  Maklumlah, saya ni sebenarnya sebelum ini buta komputer.  Pernah saya menangis sedih kerana diketawakan rakan-rakan seperjungan di SMKUB kerana langsung tak tahu nak menggunakan komputer.  Saya diketawakan macamlah saya ni "Yo..O" yang baru keluar dari hutan, jakunlah depa kata .....  Yang berkenaan kalau ada melungsur di Laman Web ini, mestilah ingatkkan ?  Anyway, saya berusaha belajar dan akhirnya sayalah di antara insan di SMKUB yang akan dirujuk sekiranaya ada rakan-rakan yang bermasalah dengan komputer.  Betapa bangganya saya!  Sharipah bolehkan ?

Well, ramai memanggil saya Pah, Ipah, kak Pah, Sherry.  yang tak patutnya ada juga yang panggil saya Chiput, Tembam dan tah hapa-hapa lagi.  Tapi, yang bestnya mak dan abah tetap memanggil saya dengan nama penuh SHARIPAH. Best ! sebab dalam bahasa Arab ia bermaksud "Yang Mulia".  Jangan jealous...

Sekarang saya sedang menyambung pelajaran yang terbantut dulu...  Merasa juga jadi pelajar U.  Cita-cita dari masa kecik-kecik lagi.  Cuma masa tu nak jadi lawyer.  Tut..tut jadi cikgu je!  Setelah 14 tahun mengajar timbul juga kesedaran untuk belajar lagi.  Walaupun menempuh berbagai cabaran, maklumlah kena tinggalkan abe dan anak-anak di Perak tu, saya akan pastikan akan "graduate" dengan cemerlang tahun 2002 nanti. InsyaAllah...   Nak buat master ???  Tak terfikir lagi, tapi mana tahu kan... Kalau dah rezeki.  Saya nak buktikan pada semua bahawa "PAH BOLEH !!! "

Okey, cukuplah saya membebel di ruangan glamour saya ni.  Kalau nak tahu lagi, teruskan melungsur...
 
 
 

Ibu dan ayah tersayangbu



 
 

Suami dan anak-anak di pagi Raya 1999
 
 

[home] [prologue] [tugasan] [nota kuliah]