TUGASAN

ESEI

POWER POINT
 
 

TAJUK : ISU- ISU SEMASA TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

PENDAHULUAN




Dalam perkembangan dunia hari ini, komputer merupakan alat yang amat penting. Kepentingannya ternyata tidak terhad kepada satu bidang sahaja, malah merangkumi pelbagai bidang termasuklah pengurusan, perhubungan, pengiklanan, pendidikan dan bermacam lagi yang boleh dimanfaatkan melalui komputer. Justeru itu, tidak mustahil sekiranya suatu hari nanti salah satu perkara yang paling diperlukan dalam hidup manusia ialah komputer. Malah ada yang " nakal " dan berkata bahawa " nyawa manusia hari ini juga bergantung kepada kecanggihan teknologi komputer ".

Komputer telah diperkenalkan dalam pendidikan menerusi kelas- kelas dan kelab komputer pada tahun 80an. Pada tahun 1986, MIMOS dan Kementerian Pendidikan telah mengadakan Program Komputer Dalam Pendidikan ( Computer In Education - CIE ). Melalui program ini, perisian ComIL dan komputer Atom telah dihasilkan. ComIL adalah suatu sistem pengarangan ( courseware ) yang memberi kemudahan dan kebebasan kepada pendidik menentukan keperluan semasa. Kaedah pembelajaran dan pengajaran pula turut berubah dengan perkembengan teknologi maklumat dan multimedia.

Dalam satu simposium pendidikan yang beerlangsung di Kuala Lumpur pada pertengahan tahun lalu, pendidikan menggunakan komputer atau teknologi maklumat telah dibincangkan dengan terpeerinci. Perkara berhubung dengan kaedaah pembelajaran mendapat perhatian khusus daripada pembentang. Apa yang menarik . saranan telah diajukan agar konsep pengajaran dan penbelajaran melalui komputer yang pasif masa kini perlu ditukar kepada kaedah yang aktif dan interaktik. Kaedah yang diamalkan masa kini memperlakukan komputer sebagai suatu buku elektronok sahaja dan peranan pengguna dan pengajar adalah terhad.
 
 

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
 
 

Pelajar sekarang terlalu dibebankan dengan buku dan proses pengajaran berorientasikan pendidikan. Kaedah pembelajaran sebegini sangat memerlukan pelajar mengingat dan menghafal. Dalam dunia ledakan maklumat, pelajar memerlukan kaedah pembelajaran secara aktif di mana, minda palajar lebih bebas berfikir dan aktif dalam menjana maklumat. Untuk melaksanakan konsep pembelajaran aktif dengan teknologi maklumat sebagai alat utama, infrastruktur asas diperlukan bagi membolehkan pengetahuan didapati bila- bila masa pada hujung jari.

Rangkaian web menjadi alat utama untuk pendiikan masa hadapan. Dalam pada itu, perlumbaan untuk menghasilkan komputer rangkaian di kalangan banyak syarikat akan menurunkan harga peralatan tersebut, maka ia akan lebih mampu diperolehi.Banyak cabaran muncul dalam usaha mewujudkan suatu sistem pendidikan interaktif. Cabaran yang utama ialah menyediakan kandungan pengajaran dan pembelajaran tempatan dalam rangkaian. Oleh sebab itulah, dalam program CIE ahli akademik perlu membangunkan kandungan pembelajaran dengan sistem nilai tempatan. Ia seharusnya, diberi keutamaan seperti yang diberikan kepada aspek latihan dan perkakasan.

Sebenarnya, banyak golongan profesional di Malaysia mampu untuk memilliki komputer seperti kemampuan untuk membeli telefon bimbit, peti sejuk atau hendak belajar menggunakan komputer. Sekiranya kemudahan komputer ini ketinggalan di sekolah, maka ada ibu bapa yang prihatin menyediakan komputer di rumah untuk digunakan oleh anak- anak mereka- di samping ibu bapa sendiri menggunakannya. Tetapi hanya sedikit sangat masa yang diperlukan untuk belajar di rumah, tanpa secara rasmi dilaksanakan di sekolah. Sebagai contoh, terdapat banyak institusi pengajian di negara lain, Amerika Syarikat menggunakan teknologi ini ( teknologi maklumat khususnya ) sebagai alat untuk mengajar kanak- kanak. Tahap keberkesanan penggunaannya bergantung kepada bagaimana teknologi ini digabungkan dalam kurikulum, gaya pengajaran serta kualiti dan masa tunjuk ajar yang diberikan kepada kanak- kanak, sama ada di sekolah ataupun di rumah.

Satu kajian telah dijalankan oleh ahli sains sosial dan ahli psikologi di Amerika Syarikat berkenaan dengan pendedahan awal komputer kepada kanak- kanak. Menurut kumpulan yang dinamakan NAEYC ( National Association for the Education of Young Children ), kanak- kanak yang mendapat pemdedahan komputer semasa peringkat prasekolah, menunjukkan prestasi yang lebih baik. Laporan ini menyimpulkan bahawa kanak- kanak yang mengenali dunia komputer sebelum memasuki alam persekolahan sebenarnya merupakan satu kelebihan.

Dengan adanya komputer peribadi multimedia, kaedah pengajaran akan menjadi semakin mudah, interaktif dan menyeronokkan. Di negara maju, penggunaan komputer sebagai alat dalam bilik darjah sudah menjadi perkara biasa. Sekolah bestari yang dipelopori oleh Kementerian Pendidikan bakal menjadikan pelajar- pelajar mengenali dunia komputer pada peringkat awal persekolahan. Perkara ini amat penting bagi memenuhi cabaran pendidikan abad ke- 21 dan sebagai tenaga pakar dalam Koridor Raya Multimedia ( MSC ).

Di samping itu, mereka tidak sedar bahawa penggunaan komputer sebenarnya menjimatkan wang, masa, tenaga dan dapat mempercepatkan kerja- kerja mereka sehingga berlipat kali ganda. Misalnya, melalui penggunaan talian internet, pengguna akan dapat mengetahui maklumat terkini dari seluruh dunia dengan cepat, mudah dan murah.

Sementara itu, bagi menyemai semangat cintakan komputer dan memdedahkan rakyat Malaysia dengan perkembangan teknologi maklumat terkini, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang yang banyak bagi membolehkan sekolah- sekolah di seluruh negara dilengkapkan dengan sistem komputer yang terkini. Selain itu, ia bertujuan untuk membentuk satu generasi yang " celik komputer ". Ini bermakna pelajar bukan sahaja tahu secara teori tetapi mereka tahu menggunakan komputer dan memanfaatnya semaksimum mungkin.

Ibu bapa juga harus memainkan peranan penting dan menyambung usaha kerajaan dengan menyediakan komputer di rumah untuk kegunaan sendiri dan anak- anak mereka. Ini membolehkan mereka mempraktikkan ilmu yang diperolehi di sekolah dengan menggunakan komputer peribadi di rumah. Komputer tidak seharusnya dipelajari secara teori sahaja, sudah pasti kita tidak dapat menggunakan komputer dengan sebaiknya. Tetapi bagi mereka yang terdedah dengan komputer, mereka boleh menggunakannya dengan baik walaupun tidak mengetahui tentang teori- teori komputer.

Ibu bapa harus berfikiran terbuka dalam hal ini. Mungkin masalah kewangan yang mambataskan mereka menikmati apa yang seharusnya mereka perolehi. Tetapi untuk jangka masa panjang dan pendedahan kepada anak- anaknya, masalah ini tidak harus dipandang remeh. Bagi ibu bapa yang tinggal di bandar pastinya tidak mengalami masalah mengenai kesedaran tentang pentingnya komputer sebagai satu keperluan hidup hari ini. Jika ibu bapa ini merasakan diri mereka sudah terlewat untuk mengejar dan mendalami bidang ini, maka, mereka harus memberi laluan dan peluang kepada anak mereka supaya si anak tidak mengalami nasib yang sama.

Mereka juga harus sedar, untuk melahirkan pakar bidang pembangunan perisian bukan hanya mengambil masa beberapa tahun. Ia memerlukan masa yang panjang dan pengalaman yang luas. Oleh itu, jika generasi muda hari ini dilatih dari kecil lagi, bilakah masa yang sesuai untuk mereka mempelajarinya. Tidak perlulah ditetapkan satu tahap umur tertentu untuk belajar dan mendekati bidang komputer.

Di sana sini kita sering mendengar orang memperkatakan tentang Teknologi Maklumat ( TM ) baik di badan- badan koporat, firma- firma atau institusi pengajian tinggi. Dekad teknologi maklumat di Malaysia telah membawa perubahan besar kepada perpustakaan di negara kita terutamanya perpustakaan awam yang menjadikan agenda teknologi maklumat sebagai wahana penyebaran maklumat paling canggih dan terkini. Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad, telah memacu teknologi maklumat ini sebagai projek media, maka seluruh teknologi maklumat yang dahulu dikendalikan secara kecil- kecilan dan tersendiri kini seolah- olah mendapat " rahmat " paling bermakna kerana mendapat laluan yang paling berkesan dengan pengwujudan kawasan Koridor Raya Multimedia (MSC ).

Ramai yang masih beranggapan bahawa perpustakaan adalah tempat menyimpan dan meminjam buku sahaja. Tetapi tahukah kita bahawa sebenarnya perpustakaan masa kini bukan sahaja sebagai khazanah menyimpan buku tetapi juga sebagai sumber utama penyaluran maklumat terkini. Sebelum kita pergi mendalam lagi ke alam teknologi maklumat kita perhatikan dahulu apa yang diokatakan dengan teknologi maklumat.

Teknologi maklumat ialah kaedah memperoleh, memproses, menyimpan dan menyebar maklumat berbentuk , lisan, gambar, teks dan nombor melalui alat elektromikro asas yang bergabung dengan komputer, elektro optik ( CD Rom ), mikrografik dan reprografik, teknologi telekomunikasi dan penggunaan bersepadu. Kegunaan Teknologi Maklumat ini telah berkembang maju di perpustakaan- perpustakaan negara sedang membangun untuk kegunaan membuat rujukan, perkhidmatan rujukan dan juga mengautomasikan fungsi- fungsi perpustakaan.

Kini banyak pihak begitu ghairah untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat secara total sebagai mengukur kelajuan dan kelicinan pentadbiran masing- masing. Perpustakaan juga tidak ketinggalan memainkan peranan mengembangkan potensi ini, apatah lagi selama ini ia dikenali sebagai s4buah institusi yang menyalurkan maklumat melalui pembacaan. Pelbagai teknologi maklumat kini boleh diperolehi di perpustakaan sebagai penyebar maklumat seperti OPAC ( On Line Public Access Catalog) yang sering digunakan di perpustakaan akademik bagi kemudahan pengguna untuk mendapat bahan- bahan dengan mudah dan segera. Teknologi ini menggantikan penggunaannya dan tidak keterlaluan jika dikatakan sudah ketinggalan.

Kecanggihan alat multimedia yang begitu menakjubkan ialah persidangan video jarak jauh yang mendapat perhatian bukan sahaja di perpustakaan tetapi di pelbagai agensi kerajaan. Kalau pada awal tahun 80- an, ia dianggap janggal, tapi kini kebangkitanpemikiran telnologi maklumat hampir menjadi kenyataan. Perpustakaan di seluruh negara telah membincangkan hal- hal berkaitan teknologi maklumat ini dengan begitu hangat. Beberapa seminar dan dialog peringkat antarabangsa telah diadakan.

Berikutan itu pelbagai perisian komputer telah diperkenalkan seperti Dynic, 4C, Libertas, BLCMP dan SISPUKOM. Bagi sistem dalaman, Cardboard, Oasis, Lotus dan juga Window yang paling mudah dikenali, turut tampil. Begitu juga syarikat- syarikat yang telah mula tampil dan memenuhi pasaran seperti Fujitsu, DHL, NTT, NCR, Ericsson, IBM dan pelbagai lagi. Inilah suati fenomena berlakunya kebanjiran teknologi maklumat perpustakaan di negara ini.

Dalam hal ini, pentadbir perpustakaan di seluruh negara tidak tercicir daripada mengambil inisiatif dan menyelaraskan sistem pentadbiran dan perjalanannya. Ini bagi kemudahan pengguna perpustakaan serta memberi manfaat yang besar bagi menghantar maklumat terutamanyauntuk mendapatkan bahan- bahan yang berada di perpustakaan segera. Ini sekaligus akan meningkatkan peranan perpustakaan dalam memupuk minat membaca dan mencambahkan pengetahuan di kalangan masyarakat Malaysia, termasuk yang menghuni kawasan- kawasan pedalaman.

Jika dahulu borang pengedaran secara manual dan telefon ditujukan ke perpustakaan- perpustakaan untuk mengenalpasti bahan yang diperlukan, tetapi kini kemudahan ini telah dipertingkatkan dengan Internet dan ditambah pula dengan pengwujudan mesin faksimilli yang boleh menghantar lembaran dengan mudah. Internet terbukti dapat menggabungkan suara, data dan visual sekali gus. Selain itu perpustakaan boleh meningkatkan pendapatan dan peluang ekonomi yang berpotensi tinggi apabila perpustakaan mampu dibentuk sebagai sebuah ' wisma ilmu '. Sekiranya ini dapat dilakukan dengan berkesan, suasana dikebanyakan perpustakaan di seluruh negara mungkin berubah dan bertambah ceria.

Bagi sesebuah organisasi yang telah berkembang pesat dan memerlukan penjagaan rekod dengan kemas dan terkini, bayangkan betapa rumit dan bermasalah untuk mengetahui rekod tersebut secara manual. Teknologi maklumat mempunyai banyak kebaikan tertentu di dalam perpustakaan dan pusat maklumat supaya ia dapat berkembang ke arah tujuan berikut :

Penciptaan perisian juga boleh digabung dan dimajukan seperti apa yang telah diusahakan oleh pihak Kajian Sains Perpustakaan institusi- institusi pengajian tinggi tempatan.Malah perisian yang dikenali sebagai ' Sispukom ' ini boleh dikomersialkan di dalam negara dan mampu dikembangkan untuk kegunaan negara- negara ASEAN dan Asia Pasifik.Walaubagaimanapun masih terdapat kelemahan yang perlu mendapat perhatian serius apabila perpustakaan kadangkala terpaksa menerima pelbagai perisian dari syarikat- syarikat komputer yang memberi perkhidmatan, tetapi malangnya terhenti di pertengahan jalan.

Ini menimbulkan masalah kepada perpustakaan yang kadangkala amat sukar untuk mendapatkan alat gantian dan urus senggaraan peralatan dan perisian tersebut.Memandangkan dunia teknologi maklumat begitu cepat berubah dan penciptaannya silih berganti, ini menimbulkan masalah kepada perpustakaan yang memang kekurangan peruntukan bagi menampung ketidakberkesanan sistem pengedaran dan perubahan model yang mendadak.

Walau apa alasan sekalipun, perpustakaan awam di malaysia yang dikategarikan sebagai pusat teknologi maklumat negara perlu mengambil sikap terbuka dengan perkembangan teknologi maklumat ini supaya seiring dengan kemajuan negara bagi mencapai wawasan murni kerajaan. Apabila sikap positif ini dapat ditanamkan, maka iltizam kepada pembaharuan wahana maklumat akan sentiasa dinamik dan berkembang pesat. Perpustakaan tidak lagi terpinggir dan sekadar dikenali sebagai institusi yang penyimpan maklumat sahaja.

PENUTUP

Jelaslah di sini bahawa teknologi maklumat memainkan peranan penting dalam penyaluran dan penyebaran maklumat terkini di perpustakaan dan pusat maklumat. Dengan adanya perkembangan teknologi maklumat yang canggih, lebih ramai lagi penyelidik dapat menyalurkan penyelidikan kerana golongan profesional ini berasa mudah untuk memperoleh dan mengguna bahan- bahan serta meklumat terkini.

Perpustakaan dan Pengurus Maklumat yang bertugas di perpustakaan dan Pusat Maklumat mestilah sentiasa peka dan prihatin dalam mengikuti perkembangan pangkalan data yang terkini supaya dapat memenuhi keperluan serta kehendak pembaca.

Bagaimanapun, perkembangan teknologi maklumat bukan alasan kepada masyarakat untuk tidak menggunakan buku sebagai bahan bacaan. Sebaliknya, kedua- dua kaedah mendapatkan maklumat ini mestilah digerakkan seiring.