Inovasi ditakrifkan sebagai satu perspektif sistem, berasaskan teori bahawa manusia dan masyarakatnya mempunyai keinginan yang berterusan untuk saling melengkapi sesama mereka supaya boleh membangun ke arah sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sedang mereka alami.
Kurikulum - bertitik tolak daripada Falsafah Pendidikan Negara ada 7 intelligent (yang dikembang- kognitif)
Terdapat 3 faktor utama yang menggerakkan inovasi kurikulum:
Keperluan masyarakat dan negara
Perkembangan sains dan teknologi
Perkembangan falsafah, psikologi dan teori pendidikan
Desberg (1995) menegaskan golongan yang ulung adalah daripada mereka yang mengamalkan prinsip belajar yang seumur hidup.
Pemblajaan adalah satu proses yang memerlukan interaksi 4 komponen utama: pelajar, pendidik, pendekatan dan bahan pembelajaran.
TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Literasi maklumat boleh dikelompokkan di bawah 3 kategori berikut:
kemahiran megeluarkan semula maklumat
kemahiran memproses maklumat
kemahiran menyampaikan maklumat
BAB 2
TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN:
KONSEP DAN KEGUNAAN.
Secara umumnya, penggunaan teknologi dalam pendidikan mempunyai pelbagai kebaikan iaitu:
Memotivasikan pelajar.
Mengaitkan dengan kehidupan
Alat sokongan dan perkongsian
Memertabatkan profesion
Mengurangkan kos
Penggunaan ABM secara yang bijaksana dapat menjamin matlamat tercapai. Oleh itu, para guru dan pendidik mestilah mempunyai pemikiran yang kritis, inovatif dan kreatif dalam menyediakan ABM yang bersesuaian dan menarik.
FAEDAH- FAEDAH PENGGUNAAN TEKNOLOGI
Kesan dan faedah adalah seperti berikut:
Boleh menjadikan pendidikan lebih produktif
Boleh menjadikan pengajaran lebih bersifat 'indivudual'
Menjadikan pengajaran lebih berasaskan kepada hasil- hasil kajian yang lebih saintifik
Boleh menjadikan pengajaran lebih bersemangat dan bertenaga
Boleh menjadikan pembelajaran pelajar itu lebih hampir dengan keadaan sebenar
Boleh menjadikan pendidikan itu lebih seimbang
BAB 3
KONSEP DAN KATEGORI BAHAN BANTU PENGAJARAN
Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran.
Atan Long (1982) membahagikan bahan bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu bahan pendengaran, pandangan dan bahan pandang- dengar.
Bahan- bahan bantu mengajar bukan elektronik
Bahan bantu mengajar asas seperti papan tulis, buku teks dan papan pamer.
Bahan bantu bukan elektronik seperti buku rujukan, grafik model, papan pengajaran dan lain- lain lagi.
Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik seperti filem tayangan, filem jalur, filem jalur, piring hitam cakera padat audio, komputer dan disket komputer.
Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam sekitar seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan relia.
BAB 4
PRINSIP DAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Bahan bantu mengajar merangkumi alat, benda, perkakasan dan kelengkapan daripada sumber pendidikan.
Tujuan utama mengadakan bahan bnatu mengajar dalam oengajaran adalah untuk memudahkan dan menjimatkan masa penyampaian isi pengajaran.
Ini akan menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna dan guru dapat menerangkan konsep dengan tepat.
KEPENTINGAN BBM TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Terdapat 10 kepentingan yang utama bahan bantu mengajar seperti berikut:
Bahan bantu mengajar dapat membnatu para guru dalam menyampaikan pengajarannya secara berkesan.
Dapat mempelbagaikan pendekatan pengajaraan yang mempunyai pelbagai corak interaksi antara objektif pengajaran, isi pengajaran, guru dan pelajar.
Guru dapat menyampaikan sesuatu konsep dengan lebih jelas
Penyampaian dan penerangan maklumat dapat dijalankan dengna lebih terperinci.
Dapat menarik dan memusatkan perhatian pelajar.
Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa yang singkat.
Dapat memberi satu pengalaman baru kepada pelajar.
Melahirkan saru interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar.
Penyebaran BBM boleh meluas kerana penggunaannya tidak terhad dan boleh digunakan oleh semua pelajar.
Bahan itu dapaat melahirkan dorongan daya kreativiti, baik kepada guru mahupun pelajar.
BAB 5
PENGHASILAN BUKAN BERCETAK
Bahan pengajaran pembelajaran merupakan berbagai- bagai jenis alat dan bahan sumber yang telah sedia atau yang disediakan oleh guru untuk membantu dalam pembelajaran dan pengajaran .
PENERBITAN PITA- SLAID
Pita- slaid adalah gabungan 2 media, iaitu pita rakaman audio dan slaid bersiri. Pita rakaman audio terdapat samaada dalam bentuk kaset lebih popular digunakan di sekolah- sekolah. Suara penyampaian, kesan bunyi dan muzik boleh dirakamkan bagi tayangan slaid bersiri.
Skrip - Dalam konteks penerbitan pita- slaid, perancangnaa skrip bermula dengan proses merangka cerita.
PENYEDIAAN GRAFIK
Grafik adalah satu usaha membentuk mesej melalui seni tulisan dan lukisan. Dalam bidang pendidikan, seni grafik amat berguna dalam menyediakan bahan- bahan visual.
FOTOGRAFI
Untuk melaksanakan tugas mengambil gaambar, peralatan minimum yang diperlukan ialah kamera dan filem.
PENGGUNAAN VIDEO DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan banyak manfaat, antaranya seperti berikut:
Memberi khidmat bantu untuk memajukan proses pengajaran dan pembelajaran
Menunjukkan contoh dan pengajran yang baik.
Menolong memperkembangkan dan memperluaskan pengalaman dan pengetahuan murid- murid
Sebagai media bagi menyampaikan segala maklumat ilmu pengetahuan secara menyeluruh dan berkesan
Menghidupkan daya imaginasi dan menarik minat pelajar melalui visual, suara, dialog, muzik dan kesan bunyi
Boleh menyampaikan perkara- perkara yang sukar hendak disampaikan oleh guru di dalam bilik darjah.
Membantu dalam latihan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan
Membantu guru- guru dalam matapelajaran seperti sains, matematik, perdagangan dan lain- lain di luar bandar.
KEBAIKAN VIDE0
Masalah penyesuaian jadual waktu boleh diatasi dengan rakaman video ini.
Senang dikendalikan.
Merangsang deria penglihatan dan deria pendengaran.
Pengukuhkan pembelajaran melalui 'gerak' perlahan dan pegun.
Visual bergerak.
Pengalaman luar dapat dibawa masuk ke dalam bilik darjah.
Boleh dibuat suntingan.
Dapat disalur kepada beberapa komputer.
BAB 6
PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN:
PEMPROSESAN PERKATAAN, PANGKALAN DATA DAN LEMBARAN KERJA.
Di Malaysia, pada masa kini, sekolah- sekolah rendah dan menengah serta institusi- institusi pengajian tinggiawam telah banyak manerima peruntukan komputer dan internet daripada kerajaan secara berperingkat- peringkat. Hampir semua sekolah boleh dikatakan telah mempunyai komputer.
KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
Penggunaan komputer di sekolah boleh dibahagikan kepada 3 domain
Pentadbiran - analisis markah peperoksaan, penyimpanan rekod, penyediaan jadual dan sebagainya.
Kurikulum - pengajaran kurikulum Literasi Komputer kepada pelajar
Penyediaan Bahan Bantu Mengajar - integrasi antara pemprosesan perkataan, lembaran kerja, data base, grafik dan telekomunikasi
PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
Pelajar akan berinteraksi dengan komputer melalui susunan pelajaran yang telah diprogramkan oleh guru, samaada dalam bentuk nota, tutorial, latihan dan juga simulasi.
Penggunaan komputer dalam bidang pengajaran dan pembelajaran biasanya mengandungi:
Kemahiran
Permainan dan simulasi
Analisis statistik
Mendapatkan maklumat
Pengajaran Berbantukan Komputer ini boleh dilaksanakan di dalam beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah:
Tutorial
Latihtubi dan latihan
mulasi
Dengan ciri- ciri yang ada, seorang guru yang kreatif dapat memanipulasikannya dalam menghasilkan BBM. Sebelum kita melihat lebih jauh lagi contoh- contoh BBM yang boleh dihasilkan, terlebih dahulu kita mengkaji kelebihan penggunaan lembaran kerja kepada seseorang guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu:
Penjimatan masa
Pemaparan maklumat lebih menarik
Pemupukan budaya berfikir
Agen motivasi
KELEBIHAN PENGGUNAAN PANGKALAN DATA ELEKTRONIK
Pada asasnya, terdapat 4 kelebihan kaedah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan cara trasional, iaitu:
Paparan grafik yang berwarna dapat menjelaskan sesuatu konsep itu dengan lebih berkesan berbanding dengan cara kita melukiskannya di atas papan hitam.
Menjelajah setiap muka skrin dengan kursor @ teknik animasi memberikan satu cara pangajaran yang tidak mungkin dapat dilakukan dengna menggunakan sebuah buku teks.
Perubahan cas pada molekul akibat didekati oleh molekul yang lain boleh disimulasikan oleh skrin komputer.
Penjelasan dan juga pengiraan yang kompleks dapat dipersembahkan dengan cepat dan tepat.
BAB 7
PENGGUNAAN PERISIAN GRAFIK DAN ANIMASI
Penggunaan komputer yang meluas ini dapat diaplikasikan dalam bidang pendidikan.
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PEGGUNAAN POWER POINT DALAM PENGAJARAN
Secara amnya, kebaikan penggunaan Power Point untuk menyedikan satu siri persembahan slaid yang menarik adalah seperti berikut:
Ia menyediakan jenis template yang konsisten dan kemas.
Dari segi reka bentuk, latar, warna, corak serta aturan perisian ini, Power Point menyediakan operasi yang mudah untuk mengorganisasikan kesemua elemen.
Guru boleh sekali sekala menambah gambar atau objek ke dalam slaid yang disediakannya.
Perisian Power Point juga dapat melahirkan animasi slaid.
Penggunaan Power Point juga sesuai untuk membina kemahiran menulis para pelajar terutamanya dalam merumuskan karangan.
BAB 8
MULTI MEDIA UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Multimedia boleh didefinisikan sebagai gabungan di antara visual, audio, grafik dan maklumat tektual dengan menggunakan teknologi unggul.
Penggunaan multimedia dalam pendidikan merupakan satu keperluan dalam era teknologi maklumat.
Multimedia merupakan rangsangan kepada perubahan dalam proses pengajaran berbanding dengan kaedah pengajaran tradisi.
BAHAN- BAHAN MULTIMEDIA
Terdapat beberapa jenis bahan multimedia di dalam pasaran yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah iaitu:
Hypermedia
CD-ROM
Gabungan kamera video, perakam video dan perakam pita
Cakera video atau laser
Alat pengimbas grafik
FUNGSI TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN
Membuat pengajaran tersusun
Memperkayakan pengalaman
Memberi maklumat
Pengajaran lebih bersifat individu
Pembelajaran menjadi lebih dekat
Pendidikan boleh disebarkan
Pembelajaran lebih menarik
SISTEM AUTORWARE
Authorware ialah satu konsep baru perisian aturcara pengarangan komputer.
Pada masa kini, terdapat pelbagai alat pengarangan komputer dicipta untuk memenuhi keperluan hidup manusia dalam pendidikan mahupun dalam urusan kerja yang semakin kompleks dan memerlukan kecekapan, kepantasan, ketepatan dan keberkesanan.
KEBOLEHAN AUTHORWARE
Berikut merupakan kemahiran asas yang perlu ada dalam pembangunan perisian kusus iaitu:
Rekabentuk interaktif dan penulisan iaitu antara muka di antara manusia dan komputer, pelayaran keseluruhan aturcara, model pemikiran interaksi dan kandungan bahan.
Rekabentuk visual ialah antara muka komputer manusia iaitu apa yang hendak dilihat dan perasaan orang yang melihatnya. Ini melibatkan penggunaan warna saiz dan susun atur persembahannya
Artis grafik - rekabentuk grafik yang menarik dengan menggunakan perisian grafik yang sesuai.
Animasi - menyediakan animasi yang sesuai dengan bantuan perisian animasi.
Penerbitan bunyi pemilihan bunyi dan suara yang dapat menambat hati, pemilihan muzik latar, kesan bunyi dan lagu yang sesuai.
Penerbitan video merakam, menyunting dan menukar format jika perlu. Beberapa kemahiran asas seperti video display, video seek, video send, video sound dan sebagainya perlu dilatih sebelum guru dapat membangunkan bahan pengajaran
Pengaturcaraan dan author iaitu bagaimana bahan ini mahu digabungjalinkan dalam perisian authorware.
BAB 9
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Teknologi maklumat ialah proses pengolahan data untuk mendapatkan maklumat dengan menggunakan langkah mengutip. Menyimpan, memproses dan melaporkan maklumat.
Majlis Teknologi Pendidikan (CET) United Kingdom menyatakan teknologi seharusnya mengandungi 3 ciri utama yang boleh menghasilkan kekuatan teknologi maklumat tersebut. Ciri- ciri tersebut ialah;
Penggunaan dan penyimpanan maklumat
Teknologi komunikasi- penyebaran maklumat
Teknologi maklumat- pentafsiran maklumat
PERANAN TEKNOLOGI DI DALAM PENAGJARAN DAN PEMBELAJARAN
Perkembangan teknologi maklumat yang berlaku kini memberikan peluang seluas- luasnya kepada pelajar meneroka ilmu mengikut kehendaknya dan memberikan peluang yang seluasnya kepada mereka untuk melahirkan pendapat dan kreativiti.
Guru perlu tahu bagaimana hendak menggunakan audio- visual dengan betul supaya semua kemudahan yang ditawarkan oleh bahan audio- visual tersebut dapat dipergunakan sepenuhnya.
Dalam memilih bahan- bahan tersebut untuk digunakan dalam pembelajaran, guru perlu menyematkan dalam fikiran tentang perkara- perkara yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah:
Sesuai dengan taraf pendidikan pelajar dan pengetahuan am pelajar
Dapat memperolehi maklumat dengan tepat
Kecemerlangan dari segi mekanikal seperti bunyi, perbendaharaan kata, warna dan lain- lain
Kombinasi pemilihan media yang hendak digunakan dalam pemgajaraan hendaklah tidak hanya berdasarkan kepada kesesuaian setiap media dengan tujuan pembelajaran tetapi juga bagaimana dan dengan cara apa ia dapat memberi maklumat dan kesannya ke atas proses pembelajaran