TUGASAN
 

Pengenalan

        Dalam semua jenis sistem perhubungan terdapat beberapa elemen yang penting untuk menghasilkan sistem komunikasi yang efektif. Segala jenis pertukaran maklumat mestilah mengikut prosedur yang betul supaya maklumat yang diberi dapat difahami. Contaohnya penggunaan bahasa mestilah betul atau peralatan untuk menghantar maklumat mestilah tepat dan berfungsi dengan sempurna.
 Sistem perhubungan komputer merupakan sistem perhubungan rangkaian kerana kebanyakan sistem perhubungan rangkaian kerana kebanyakan sistem perhubungan  mengandungi beberapa;a rangkaian komputer yang berhubung sesama sendiri. Seperti sistem perhubungan lain, sistem ini mempunyai elemen-elemen penting dalam sistem perhubungannya. Elemen-elemen ini akan memastikan bahawa pertukaran maklumat dari satu poin ke satu poin yang lain adalah tepat dan efisyen.

Internet – Rangkaian terbesar dalam bidang komunikasi Teknologi Maklumat

        Internet atau net merupakan rangkaian komputer (  computer network ) yang terbesar di dunia.  Ia merupakan rangkaian komputer yang dijalinkan ke seluruh benua di dakam dunia yang membolehkan komunikasi dilakukan secara dua hala dan pertukaran maklumat secara bebas. Perkataan Internet ini berasal daripada istillah “ internetworking” yang membawa maksud komunikasi di antara rangkaian. Internet bukan berbicara tentang komputer, tetapi tertumpu kepada komunikasi antara individu dan dunia sejagat. Komputer hanya sekadar saluran yang  memungkinkan komunikasi terlaksana.
 Perkataan internet adalah suatu terma genetik, suatu kata nama yang kolektif , untuk lebih daripada 50,000 rangkaian data yang berbeza dan telah wujud di kebanyakan negara.  Rangkaian internet tidak dipunyai oleh sesiapa dan bebas daripada sebarang hakcipta dan  dan hak penerbitan. Internet merupakan satu konsep , bukannya cebisan hartanah yang dimiliki oleh seseorang. Maklumat yang merentasi antara rangkaian-rangkaian , berbeza dengan menggunakan protokol komunikasi bersama yang menidakan semua isu ketidaksamaan. Maksudnya ita boleh menggunakan sebarang jenis komputer yang kita suka dalam internet.
         Bayangkan internet sebagai sistem urat saraf dimana maklumat melompat daripada satu cabang  ( rangkaian ) memeriksa cebisan maklumat yang betul . Sepanjang laluan terdapat berjuta laluan kotal pos ( komputer anda mungkin salah satu daripadanya) dan berjuta  komputer penerbitan menunggu panggilan anda untuk mendapatkan maklumat.
 Rangkaian –rangkaian ini dikendalikan oleh beribu-ribu organisasi berbeza sama ada syarikat telekomunikasi, kerajaan, institut penyelidikan , universiti dan sebagainya. Setiap pengendalai membenarkan data daripada rangkaian lain ‘ berjalan’ merentasi talian mereka pada  kos yang rendah. Tahap kos yang randah dimungkinkan dengan kaedah data itu dipakej  dan dengan pengenalan teknik pensuisan automatik terkini.
         Kebanyakan rangkaian data sebenarnya berkongsi kabel, rangkaian dan satelit yang digunakan untuk telekomunikasi suara, data, radio dan televisyen. Katakan suatu organisasi mahu membina sambungan internet berkapasiti tinggi diantara Malaysi dan Jepun, dengan matlamat menjual akses internet kepedddda beribu pengguna perniagaaaan dan domestik, syarikat itu tidak perlu membayar untuk membima kabel khusus.
 Mereka hanya perlu menyewa sejumlah lebar jalur ( kapasiti data ) daripada salah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini seperti Times Telekom , Binariang dan Telekom Malaysia.
 Trafik data menggunakan bahasa internet  ( protokol ) dan data tersebut disambungkan kepada peranti penalaan ( router ) yang seterusnya menghubungkan aliran data tersebut kepada lebih banyak laluan yang trdapat pada rangkaian lain dengan menggunakan protokol yang sama.
         Selain itu, rangkaian sesuatu organisasi yang inginkan sambungan ke internet sebenarnya turut menggunakan satu rangkaian yang maya kabel dan talian yang sama diguna pakai untuk panggilan telefon, rangkaian kewangan dan rangkaian korporat dalaman. Di sini kegunaan kabel dioptimumkan dengan pelbagai kegunaan.
 Bagi pengendali rangkaian internet pada asalnya diberi modal oleh kerajaan, contohnya JARING dan TMnet di Malaysia , tetapi kini kebanyakannya melaksanakan urusniaga sendiri bagi menjana sumber pendapatan dengan mengenakan sedikit yuran bulanan kepada pengguna untuk akses internet.
Kebanyakan daripada kita merasa pelik dengan idea suatu medium komunikasi tanpa tuan punya sebenar, tanpa kawalan ketat, tanpa sempadan politik, tanpa perlu buka tutup dan digunakan oleh orang ramai. Dalam masa yang sama kebanyakan kerajaan di dunia juga tidak mengenakan sekatan ke atas akses internet.
         Sebenarnya mengenakan polisi ketat intenet adalah perkara mustahil.  Kerajaaan Malaysia turut tidak mengenakan kewalan ketat terhadap pengaksesan internet oleh individu. Semuanya bergantung kepada diri sendiri sama ada hendak mendapatkan perkara yang baik atau yang buruk, ‘tepuk dada, tanya selera’.
 Pada awal tahun 1969, teknologi Internet telah dikesan oleh Advanced Research Projects Agency, di bawah pentadbiran Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang telah membuat penyelidikan tentang rangkaian tersebut. Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah mereka bentuk rangkaian yang membenarkan komputer di seluruh dunia dihubungkan.
           Mulai tahun 1960 hingga 1970 , banyak teknologi komputer rangkaian telah direka. Ia berlandaskan kepada perkakasan komputer. Rangkaian ini lebih dikenali sebagai LAN ( Local Area Networks ) atau rankaian kawasan setempat. Melalui LAN komputer akan disambungkankepada komputer yang lain melalui rangkaian yang tidak terlalu jauh, rangkaian komputer ini juga dikenali sebagai internet. Kebiasaanya komputer dihubungkan di dalam satu bangunan sahaja.
 Manakala rangkaian komputer yang lebih besar dikenali sebagai Wide Area Networks ( WAN ) atau rangkaian kawasan yang lebih besar, WAN menghubungkan komputer pada kadar  yang lebih besar dan lebih jauh menggunakan kabel transmasi yang serupa dengan sistem talian telefon. Kewujudan LAN dan Wan ini telah membawa teknologi Internet pada masa kini.
     Di Malaysi badan yang menyedikan kemudahan Internet adalah Jaring. Jaring adalah singkatan kepada Joint Advanced Research Integrated Networking. Rangkaian Jaring ini dilancarkan pada awal tahun 1990bagi menggantikan Rangkaian Komputer Malaysia ( Rangkom ) yang telah dilaksanakan pada tahun 1987. Jaring di kenali sebagai Internet Service Provider ( ISP) atau penyedia perkhidmatan Internet.  Selain daripada Jaring, TMnet juga merupakan ISP di Malaysia. Pada masa ini hanya dua syarikat sahaja yamg dibenarkan menyediakan kemudahan ini. Jaring ditadbir oleh Malaysia Institute of Microelectronic Systems ( MIMOS ) atau Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia.  Jaring mempunyai talian telekomunikasi selaju  1.536Mbps yang dijalinkankepada Internet menerusi Stockton, Amerika Syarikat.
 Setakat ini segmen Internet yang paling aktif di kalangan pengguna ialah komunikasi elektronik. Saluran komunikasi ini termasiklah mel elektronik  ( e-mail ) kumpulan berita Usenet dan IRC ( Internet Relay Chart ).
             Mel elektronik merupakan nadi kepada internet. Ia membolehkan setiap orang dihubungkan , lantas dapat berkomunikasi antara satu sama lain dengan senang dan cepat. Hanya berbekalkan pengetahuan yang minima, pengguna internet boleh memanafaatkan e- mail untuk sentiasa berhubung dengan rakan taulan, ahli keluarga dan rakan sekerja di seluruh dinia. E-mail juga lebih cepat , lebih murah dan lebih fleksibel jika dibandingkan dengan kaedah berkomunikasi tradisional.
 Sepanjang sejarah manusia , perkongsian maklumat merntasi jarak sempadan sama ada merupakan suatu perkara yang mustahil,perlahan atau mahal. Dengan kewujudan e-mail semua halangan yang menghalang aliran maklumat dapat diatasi mungkin untuk selamanya. Sehingga sekarang pun proses menghantar surat untuk kebanyakan destinasi di dunia memakan masa berminggu-minggu. Kehadiran e-mail telah menyediakan medium baru penghantaran surat dan mesej yang hanya mengambil masa beberapa saat sahaja, walaupun di pelusuk mana destinasinya.

Dokumen

         Pelbagai dokumen yang merangkumi pelbagai bidang yang wujud dalam komuniti manusia ada dalam internet.daripada kesusasteraan klasik sehinggalah sijil kedoktoran, daripada permainan mudah sehinggalah permainan video tiga dimensi, daripada ulasan perisian terbaru sehinggalah penciptaan perisian besar dan canggih, boleh didapati di dalam internet dengan syarat kita rajin menerokainya. Terdapat juga tutorial, resepi, fesyen ,sejarah,politik dan hiburan dalam internet. Yang nyata sekali ialah apa sahaja yang boleh dibayangkan oleh fikiran manusia komputer boleh menyimpan dan Internet boleh menyediakanya.

Keluaran dan perkhidmatan

         Ramai peniaga telah menyediakan maklumat mengenai keluaran dan perkhidmatan mereka dalam Internet. Perdagangan dalam talian ini terus mendapat perhatian kebanyakan peniaga dan pedagang yang mementingkan penerokaan baru dalam pendekatan untuk menarik pelanggan. Pengiklanan dan pemasaran barangan serta perkhidmatam sudah wujud dengan semakin ramai orang dihubungkan dengan internet. Kewujuda pusat membeli-belah  dalam Internet yang mengggantikan pusat membeli-belah fizikal menjadi semakin popular. Kesediaan pihak bank dan institusi kewamgan menyediakan kemudahan perbankan serta urus niaga secara dalam-talian , turut menjadi pemangkin dalam mempercepatkan proses perdagangan melalui Internet.

World Wide Web  ( WWW )

         Permata makhota Internet ialah World Wide Web ( WWW ). WWWmemberikan Internet hidup sama ada seperti Macintosh dan Microsoft Windowstelah menghidupkdan komputr peribadi. Tujuan membangunkan WWW ialah untuk menyediakan antara muka yang senang digunakan, berbentuk multimedia dan hyperteks bagi internet. Halaman web mengandungi teks , gambar grafik, audio dan juga video. Halaman web ini dipelopori oleh The European  Labrotary for Particle Physics ( CERN ) di Switzerland. CERN menggunakan hiperteks untuk menghubungkan semua fail dan dokumen yang berkaitan agar maklumat dalam internet lebih tersusun dan mudah dicapai.dengan pengenalan konsep hipermedia , halaman web bukan sahaja membolehkan pengguna melihat teks dan grafik, audio dan video. Bagi meneroka halaman web alat pengimbas atau browser diperlukan.

Model OSI untuk perhubungan rangkaian

         Salah satu standard sistam perhubungan rangkaian adalah model perhubungan OSI. Model ini telah dirangka oleh International Standard Organization (ISO ) untuk menjadi asas kepada model sistem perhubungan rangkaian lain. Beberapa implementasi sistem perhubungan lain telah mengambil rangka asas OSI sebagai asas untuk sistem perhubungan mereka. Model ini membantu dalam membolehkan perhubungan yang lebih efisyen dan efektif kerana rangka perhubungan yang mengikutrangka OSI ini mempunyai standard yang sama.

Tujuh Lapisan Model OSI

         Model OSI dibahagikan kepada tujuh lapisan. Tujuan pembahagian tujuh lapisan ini adalah untuk menyenangkan pengurusan maklumat. Setiap lapisan mempunyai tugas tersendiri termasuklah penyambungan rangkaian secara fizikal, penghantaran maklumat melalui medi penghantaran dan pengurusan maklumat. Setiap lapisan ini akan berhubung hanya dengan lapisan diatas atau dibawah merekauntuk memproses maklumat tersebut.

Lapisan Pertama – Lapisan fizikal

         Lapisan ini mengendalikan penghantaran data yang tidak tersusun melalui media fizikal. Kebanyakan proses yang berlaku pada lapisan ini adalah proses secara mekanikal dan elektrikaal. Umpamanya, penghantaran data dalam bentuk signal elektronik melalui kabel UTP akan dikendalikan oleh lapisan ini.

Lapisan Kedua – Lapisan Perhubungan Data

         Lapisan ini akan memastikan bahawa segala maklumat yang melalui lapisan fizikal itu adalah tepat, berurutan dan tidak salah. Teknik pengawalan kesalahan bit dan pengawalan aliran digunakan untuk memastikan semua data itu sempurna da tepat.

Lapisan ketiga – Lapisan Rangkaian

        Lapisan ini memberi lapisan teratas kebebasan dari kebebanan untuk memilih teknologi penghantaan maklumat untuk menghubungkan komputer dengan komputer lain. Lapisan inilah yang akan mengendalikan perhubungan antara satu rangkaian ke rangkaian yang lain. Ia akan bertanggungjawab untuk memulakan perhubungan rangkaian dan memutuskan hubungan rangkaian.

Lapisan  Keempat – Lapisan Penghantaraan

         Lapisan ini akan memastikan dalam penghasilan perhubungan komunikasi oleh dua poin, segala maklumat yang dihantar adalah telus dan dapat difahami oleh kedua-dua poin trsebut. Teknik pengawalan kesalahan bit ( error control ) dan pengawalan aliran data  ( flow control ) juga digunakan untuk memastikan bahawa semua data itu sempurna dan tepat dari satu poin ke poin yang lain.

Lapisan Kelima – Lapisan Sessi

         Lapisan ini akan mengendalikan pengawalan terhadap perhubungan perisian-perisian yang menggunakan perkhidmatan rangkaian. Lapisan ini akan mewujudkan perhubungan rangkaian yang diperlukan oleh perisian tersebut.

Lapisan Keenam – Lapisan Persembahan

        Lapisan ini akn memberi kebebasan kepada perisian aplikasi dari ketidaksamaan data oleh aplikasi yang berlainan.

Lapisan Ketujuh – Lapisan Aplikasi

     Lapisan teratas ini membolehkan aplikasi-aplikasi rangkaian untuk masuk ke rangkaian perhubungan berdasarkan model OSI. Ia adalah titik permulaan untuk sesuatu aplikasi menggunakan rangkaian perhubungan bagi bertukar-tukar maklumat. Lapisan ini mengandungi mekanisma dan fungsi pengurusan untuk mengendalikan perisian berangkai. Kesemua aplikasi rangkaian seperti e-mel, pemindahan fail dan servis web menggunakan lapisan ini untuk memulakan rangkaian.

         Dengan menggunakan ketujuh-tujuh lapisan OSI , sistem rangkaian perhubungan yang berlandaskan model ini dapat berhubung dengan tepat dan efisyen. Setiap lapisan akan memastikan bahawa setiap maklumat atau data yang diproseskan dijamin keutuhannya. Namun, penghasilan model OSI ini bukan bertujuan untuk mendapatkan satu standard komunikasi yang perlu digunakan oleh semua. Ia hanya bertujuan untuk memberikan pengusaha rangkaian  satu framework untuk membina implementasi rangkaian yang lain.
 

         Sebagai kesimpulannya, Internet merupakan rangkaian yang terbesar dalam bidang komunikasi  teknologi maklumat. Internet bukan berbicara tentang komputer, tetapi ia tertumpu kepada komunikasi antara individu dan dunia sejagat. Komputer hanya sekadar saluran yang memungkinkan komunikasi terlaksana.

HOME
 
 

POWER POINT