Kurikulum dan Pedagogi Dalam Pendidikan

(GA 2123)


 
 
 
 
 
 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (MIKRO).

Tingkatan  : 4 Bistari 
Hari          : Rabu
Tarikh       : 2. 8. 2000
Waktu       : 11.30 - 11.42 a.m (12 minit).
Mata Pelajaran : Sains
Tajuk: Binaan Asas Jirim
Tujuan Am : Menerangkan kewujudan jirim dalam gas, cecair dan pepejal serta menjelaskan 
                    proses yang terlibat dalam setiap peringkat perubahan bentuk jirim tersebut.
Objektif 
Pengajaran : Pada akhir pengajaran pelajar dapat:
                    1. Menerangkan kewujudan jirim dalam tiga keadaan.
                    2. Menjelaskan perubahan keadaan jirim menggunakan teori kinetik jirim.
                    3. Menerangkan bagaimana resapan berlaku dalam gas dan cecair.
Nilai-Nilai Murni : Bekerjasama, berdikari, rajin dan rasional.
Alat Bantu Mengajar: Kad manila yang mengandungi rajah untuk menerangkan kewujudan 
                                   tiga jirim iaitu pepejal, cecair dan gas.
Isi-Isi Pengajaran : 1. Menerangkan jirim wujud dalam tiga keadaan iaitu pepejal, cecair
                                  dan gas.
                              2. Menjelaskan apabila jirim berubah kepada cecair yang melibatkan proses 
                                  peleburan. Perubahan cecair kepada gas dan gas kepada pepejal yang 
                                  melibatkan proses pendidihan dan pemejalwapan.
                              3. Menunjukkan resapan berlaku dari kawasan berkepekatan tinggi ke 
                                  kawasan berkepekatan rendah.
Buku Rujukan :      1. Abdul Raof Zin, Boh Hock Guan & Khoo Choon Hwa. 1999. Sains
                                  Tingkatan 4 KBSM. Kuala Lumpur: Pustaka Yakin.
                              2. Mat Zakaria & Rashidi Azizan. 1999. Sains Tingkatan 4 KBSM.
                                  Kota Bharu : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
Pengetahuan Lepas : Pelajar telah mempelajari teori kinetik jirim.
Langkah-Langkah Pengajaran;
Permulaan :    1. Guru meminta pelajar menyebut beberapa contoh jirim yang boleh dilihat di 
                           sekeliling mereka.
Perkembangan : 2. Guru menerangkan maksud jirim.
                          3. Guru membahagikan pelajar kepada lima kumpulan.
                          4. Guru menerangkan tujuan eksperimen yang akan dijalankan pada hari ini.
                          5. Guru memberi masa 5 minit kepada pelajar untuk membaca langkah-langkah 
                              eksperimen.
                          6. Guru menjemput seorang pelajar untuk menerangkan semula langkah
                              eksperimen.
                          7. Guru meminta pelajar memulakan eksperimen sambil dibimbing.
                          8. Setelah selesai eksperimen, guru mengarahkan pelajar membersih dan
                              mengemaskan alat radas.
                          9. Guru bersama pelajar akan bersoal jawab tentang pemerhatian dan hasil
                              eksperimen.
                         10. Guru bersama pelajar membuat rumusan berdasarkan jawapan pelajar.
                         11. Guru menjelaskan resapan dalam gas dan menerangkan perubahan keadaan 
                               jirim dengan teori kinetik jirim.
Penutup :           12. Guru membuat kesimpulan tentang perkara yang telah diajar pada hari ini.
Tugas Lanjutan : Pelajar diminta membaca teks untuk eksperimen hari berikutnya, dan cuba 
                            menjawab soalan dari teks.

Penilaian Kendiri :

Catatan Penyelia/Pensyarah : 
                                      2222