Pemerhatian Klinikal Antara Disiplin (GB 3073)

 
 
 
 
 
 
Tempat                    :    Klinik Pakar Mata, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras 
                                    Kuala Lumpur
Bidang Kepakaran   :  Optometri

Tarikh                     :    18. 08. 1999

Masa                       :  10.30 pagi  hingga 11.30 pagi.

Nama Kanak-kanak:  Lilyan Tze Yok Moi.
Umur                     :     3Tahun
Kategori                 :    Juling Mata Kiri ( amblyopia – lazy eye)

Kanak-kanak ini sebelum ini pernah dirujuk kepada klinik pakar mata di hospital ini (HUKM), ianya dirujuk kembali apabila intervensi pertama dilakukan dengan menggunakan cermin mata untuk membantu memulihkan semula matanya yang dikatakan “malas” atau istillah perubatannya sebagai amblyopia. Kanak-kanak ini mengalami kejulingan mata di sebelah kiri.

Sebelum kanak-kanak ini dibawa masuk ke dalam bilik khas optometri, ianya terlebih dahulu diberikan titisan cecair Cyglogyl yang diistillahkan sebagai “proses dilating” oleh jururawat bertugas. Di mana diharapkan titisan cecair ini dapat melemahkan akomodasi mata ( tidak bertindak balas terhadap cahaya) dan mengembangkan anak mata kanak-kanak tersebut (mengambil masa yang agak lama) agar apabila di uji penglihatannya kelak anak mata tersebut tidak  bertindak balas secara segera atau seperti yang dikehendaki. Proses dilating.

ini di berikan kepada kanak-kanak atau pesakit yang mempunyai masalah akomodasi (psikoplegik). Titisan cecair tersebut akan diberikan lagi sekiranya diperhatikan ( dengan menyuluh cahaya lampu suluh atau ”pen torch” kepada mata) belum cukup bertindak/mengembang.

Setelah menjalani proses tersebut, kanak-kanak itu menjalani pula proses refraksi secara objektif dengan menggunakan “Retino Scope” di mana instumen-instrumen seperti trial lens digunakan untuk menentukan kuasa cermin mata yang sesuai untuk penglihatan kanak-kanak tersebut. Lensa-lensa tersebut tidak diubahsuaikan melalui proses tukarganti dengan menggunakan trial frame sebaliknya lensa tersebut dipegang sahaja oleh pakar optometri untuk keselesaan kanak-kanak tersebut. Kuasa lensa-lensa ini ditentukan dengan menggunakan instrumen dinamakan Auto Refractor. Untuk menarik perhatian dan tumpuan kanak-kanak ini anak patung atau soft toys digunakan semasa proses ini dijalankan.

Untuk menguji penglihatan sebelah mata sahaja, kanak-kanak ini dipakaikan penutup mata yang dikenali sebagai occluder. Disebabkan kanak-kanak ini dianggap tidak mengenali huruf atau pun angka, Ujian Carta Snellen untuk huruf dan angka tidak dijalankan sebaliknya kanak-kanak ini diberikan Ujian Fooks Symbol  dimana kanak-kanak ini diperlukan menunjukkan simbol-simbol yang berbentuk segitiga atau segi empat atau bentuk bulatan sepertimana bentuk yang ditunjukkan oleh pakar optomertri tersebut pada jarak 6 meter. Abangnya digunakan untuk memberi tunjukajar kepada kanak-kanak ini, malangnya kakak-

kanak ini tidak dapat memberi respon yang dikehendaki dan dianggap tidak memahami arahan.

Oleh itu, proses ujian yang mudah digunakan ialah dengan menggunakan kaedah Hundred and thousand  dimana gula-gula halus berwarna-warni seumpama pasir-pasir kasar digunakan pula. Dimana kanak-kanak ini diminta mengambil atau memungut butir-butir gula-gula secara banyak dan memungut secara satu-satu butir. Pada proses akhir ini kanak-kanak ini dapat melakukannya dan keputusan ujian di istillahkan sebagai “able to pick-up”  yang membawa maksud kanak-kanak ini dapat melihat dan koordinasi penglihatan-motor tangannya berada di dalam keadaan normal pada peringkat ini.

Kanak –kanak ini kemudiannya dirujuk pula kepada doktor mata atau Pakar Opthalmology.

Carta Aliran Proses Menguji Penglihatan Bagi Kanak-Kanak
Yang Tidak Boleh Mengenal Huruf atau Angka
Oleh Pakar Optometri

 Mula
 Proses Dilating
Proses Refraksi
 Refraksi
 atau
 FFooks Symbol Test
 atau
 Kay Picture Test
 atau
Hundred and Thousand Test

Carta Snellen
“Tumbling E”
Keputusan Ujian Penglihatan
“Landolt C”
 Tamat
Rujuk Pakar Opthalmologi