Pengenalan
Pada
tahun 1658, John Comenius (1592 – 1670) telah menghasilkan buku brgambar
pertama. Beliau memerlukan lebih banyak gambar untuk digunakan, akan tetapi
fotografi masih belum dicipta shingga 200 tahun kemudiannya.
]John
Pestalozzi (1546 –1627) menyaranan “….kesahihan amat penting dalam pembelajaran
“. Beliau mengesyorkan penglibatan pelajar sepenuhnya dalam pembelajaran.
Friedrich
Froebel (1764-1852) berpegang kepada prinsip bahawa “…semua bentuk
pengajaran mestilah menyeronokkan……dalam pendidikan tidak seharusnya ada
jurang pemisah di antara pemikiran dan bidang tindakan.”
John
Dewey (1819-1952) mencadangkan “….imej-imej yang tepat, sahih dan berkembang….menegaskan
bahawa pendidikan akan menjadi lebih mudah dan sempurna….kalau sembilan
per sepuluh daripada tenaga….yang ditumpukan terhadap menentukan kanak-kanak
mempelajari sesuatu itu digunakan dalam memastikan bahawa mereka sedang
membentuk imej-imej yang sempurna.”
Jelaslah
proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar yang
mempelajari sesuatu itu dalam suasana menyeronokkan melaui kaedah yang
digunakan dalam bentuk yang mudah difahami, jelas dan bervariasi.
Definisi Budaya
( Kamus Dewan, 1989) didefinisikan sebagai tamadun, peradaban, cara perlakuan
(berfikir), kemajuan (akal budi). Manakala pembudayaan teknologi dan inovasi
dalam pendidikan bolehlah ditasirkan sebagai perihal (perbuatan) membudayakan,
cara berkelakuan (berfikir) dengan menggunakan teknologi dan inovasi (
pembaharuan ) dalam pendidikan.
Perkataan
teknologi berasal dari kata Latin “textera” yang bermaksud mendirikan,
mengayam atau menenun; pengertian ini tidak semestinya menunjukkan kepada
bahan-bahan atau perkakasan atau penggunaan mesin-mesin yang canggih semata-mata.
Maddux
et. al (1997) mengutarakan, teknologi bukan sekadar manusia dan mesin
tetapi ia adalah sesuatu yang kompleks, penyatuan antara idea, manusia,
mesin, sistem pengurusan dan penguasaan struktur yang meliputi faktor manusia
dan bukan manusia, terutamanya sekali dalam menghadapi masalah dan cara-cara
bagaimana untuk menyelesaikannya.
Jamaludin
Badusah et. al. (2000) menyatakan teknologi dalam pendidikan adalah satu
sistem yang meliputi alat dan bahan media, pengetahuan dan kemahiran, teknik
dan organisasi yang digunakan secara terancang dan teratur ( proses dan
Galbraith
(1967) menyatakan teknologi bermakna penggunaan ilmu pengetahuan yang sistematik
dan teratur terutama sekali di dalam usaha-usaha jenis praktikal. Yang
penting sekali ialah kerja yang hendak dibuat itu dibahagi-bahgikan kepada
bahagian yang lebih kecil.
Sharifah
Alwiah Alsagoff (1984) mentafsirkan teknologi dalam pendidikan sebagai
satu cabang disiplin pendidikan yang mengutamakan penggunaan kemahiran
dan teknik moden dalam bidang pendidikan dan latihan. Di dalam teknologi
pendidikan diutamakan penggunaan media dan kaedah-kaedah lain dan penggunaan
persekitaran pelajar untuk menghasilkan pembelajaran.
Dengan itu bolehlah dikatakan teknologi dalam pendidikan mementingkan penggunaan ilmu pengetahuan yang sistematik dan teratur, ianya menekankan cara memperolehi ilmu pengetahuan dengan membahagi-bahagikan komponen besar kepada peringkat kecil supaya mudah dianalisa dan kemudian dipraktikkan. Lagipun ianya mementingkan pembelajaran murid.
Senario
Pembudayaan Teknologi Dalam Pendidikan Di Malaysia
Perkembangan
teknologi dalam pendidikan di negara kita mempunyai sejarahnya yang amat
menarik. Pada sekitar tahun-tahun selepas kemerdekaan dan tahun-tahun 60’an,
kita bersua dengan apa yang disebut “khutub khanah”. Almari, rak, ruang,
sudut atau bilik khubtub khanah ini hanaya menempatkan koleksi bahan-bahan
bacaan yang amat terhad dan kebanyakannya digunakan untuk urusan pinjam
meminjam pada masa-masa tertentu, senggang atau masa rehat. Ada masa-masanya
khutub khanah ini didapati sentiasa tertutup dan ini menyebabkan orang
memanggilnya “Tutup Khanah”.
Tahun 70’an menampakkan perkembangan yang agak menggalakakan . Muali tahun 1972, semua sekolah yang baru dibina telah diperuntukkan ruang/bilik perpustakaan. Sekolah-sekolah yang lama pula, telah diberikan peruntukan tambahan untuk pembinaan ruang/bilik perpustakaan masing-masing. Mulai tahun 1974, geran perkapita perpustakaan diberi kepada semua sekolah. Kursus dalam perkhidmatan untuk guru perpustakaan mula dilaksanakan di seluruh negara. Selain daripada pertambahan koleksi buku di perpustakaan , sekolah-sekolah juga mewujudkan bilik Alat Pandang Dengar (APD) yang menempatkan bahan bukan buku seperti carta, gambar, glob, peta, ‘Overhead Projektor (OHP), projektor slaid, radio kaset dan television. Perkhidmatan perpustakaan dan alat pandang dengar memjadi penting dalam perlaksanaan sisitem pendidikan ketika ini. Kembar kedua-dua ini, perpustakaan dan alat pandang dengar menjadi ciri penting di sekolah-sekolah. Tahun
awal 80’an, konsep dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah mula dilaksanakan.
Ini merupakan gabungan perkhidmatan perpustakaan tradisional buku dengan
perkhidmatan alat pandang dengar di bawah satu sistem pengurusan. Pelaksanaan
KBSR menyemarakkan lagi perkhidmatan pusat sumber sekolah dalam pengajaran
dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Koleksi bahan cetak dan bahan elektronik
semakin bertambah di pusat sumber sekolah. Kursus-kursus dalam perkhidmatan
tentang pengurusan pusat sumber sekolah dan aplikasi penggunaan alat pandang
dengar banyak dijalankan di setiap negeri. Peranan pusat sumber sekolah
dalam kegiatan kurikulum dan kokurikulum menjadi semakin penting di kebanyakan
sekolah.
Tahun
90’an merupakan tahun-tahun ledakan teknologi makluamt (IT) yang amat ketara.
Penggunaan komputer dan sistem komputeran yang meluas dalam pelbagai aspek
pengurusan dan komunikasi telah menimbulkan impak yang besar dalam pelaksanaan
kaedah-kaedah baru dalam pendidikan. Bagi sekolah-sekolah yang berkemampuan
CD-ROM dan perkhidmatam internet, pusat sumber sekolah menjadi suatu perkhidmatan
yang penting dalam usaha meningkatkan kuaiti pendidikan, menyediakan pelajaran
untuk menghadapi zaman maklumat.
Membina
budaya ilmu, menanam asas pendidikan sepanjang hayat dan memperkembangkan
lagi potensi-potensi murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Budaya
membaca, pelajar Bergeliga Negara Jaya, ‘Life Long Learner’ perlu diterapkan
dan dijadikan budaya diri.
Usaha
memantapkan hala tuju dan peranan teknologi dalam pendidikan pada era digital
ini juga ada kaitannya dengan pelaksanaan “Fokus Pengurusan Pendidikan”
yang disarankan oleh Yang Berbahagia Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
iaitu fokus 6: Pembinaan infrastruktur sokongan pengajaran dan pembelajaran.
Fokus ini menekankan bahawa perkembangan teknologi dan kaedah baru
(inovasi) dalam pendidikan pengajaran dan pembelajaran memerlukan tindakan
(pembudayaan) yang meningkatkan kualiti teknologi pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan pengkomputeran ( computr application ) dalam bilik darjah akan
dipertingkatkan melalui usahasama sekolah, ibubapa, dan pusat. Pembinaan
bahan pengjaran seperti buku teks dan multimedia akan diperluaskan
supaya bahan ini dapat menjalin kurikulum sekolah dengan realiti dunia
luar serta meningkatkan kualiti pemikiran dan kemahiran murid dan
boleh menyesuaikan diri atau menangani cabaran masa depan.
Kursus
untuk meningkatkan kemahiran guru dalam penggunaan teknologi untuk pengajaran
dan pendidikan akan diperluaskan. Sistem Rankaian Teknologi Pendidikan
sepeti Pusat Sumber Pendidikan (PSP), Pusat Kegiatan Guru (PKG) akan diperkemaskan
dan dibentuk supaya berfungsi dengan lebih berkesan. Pusat sumber sekolah
dipertingkat, inventori berkenaan keperluan alat-alat dan bahan-bahan mengajar
yang perlu ada di tiap-tiap sekolah dirancnag supaya ia dapat memberi peluang
kualiti pengajaran dan pembelajaran yang sama bagi semua murid.
Sejarah Penubuhan Pusat Sumber Sekolah dan Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan Di Malaysia. 1960 - Pusat Audio-Visual Kebangsaan dibentuk di bawah Bahagian Latihan Guru dan kemudian dipindahkan ke Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
Penerangan Bersama dengan Kementerian pelajaran
Pelajaran bertujuan penggunaan teknologi pendidikan dan menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai infrasruktur penting
yang dapat menyokong amalan teknologi pendidikan di sekolah.
disatukan di bawah satu Unit iaitu Unit Perkhidmatan Media Pendidikan.
istilah Perpustakaan Sekolah
Kejuruteraan. Pusat Audio Visual Kebangsaan, Bahagian Perkhidmatan Sebaran Am Pendidikan, ( Radio Pendidikan & Television Pendidikan ) di bawah satu bahagian Kementerian Pendidikan dinamakan Bahagian Teknologi Pendidikan. 1997
- Unit Teknologi Pendidikan dinaiktaraf kepada Pusat Sumber Pendidikan
Negeri.
Bahan
Sumber Teknologi Pendidikan
Terdapat berbagai bahan yang boleh dikategorikan sebagai bahan sumber teknologi pendidikan dan didapati pengkategorian ini selari dengan media teknologi itu. Pengklasifikasian ini terbahagi kepada dua bahagian utama; Jenis-jenis
bahan bercetak
Jenis-jenis
bahan bukan bercetak
Jenis-jenis
Bahan Bercetak
a.
Buku fiksyen
Jenis-jenis
Bukan Bercetak
i) Bahan bukan tayang seperti papan hitam, papan magnet, papan flanel, bingkai carta pusing, imej primer, imej printer, mikro komputer.
ii) Bahan Pendengaran (Audio) Seperti radio, radio kaset, pita kaset, ‘audio
card recorder’
b.
Perisian
imbasan, disket, cakra padat (CD)
c.
Bahan Tiga Dimensi (3D)
Penggunaan
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan Era Digital
Sesuai
dengan perkembangan pendidikan negara serta perkembangan pesat teknologi
maklumat, fokus terhadap peningkatan kualiti infrastruktur sokongan pengajaran
dan pembelajaran sedang diberi perhatian penting. Perkembangan teknologi
dan kaedah baru dalam Pengajaran dan Pembelajaran memerlukan tindakan-tindakan
untuk meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran . Antaranya ialah
meningkatkan penggunaan pengkomputeran dalam bilik darjah, memperluaskan
pembinaan bahan-bahan pengjaran seperti buku teks dan multimedia serta
meningkatkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah sebagai nadi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, usaha-usaha ke arah meningkatkan taraf pusat sumber sekolah ke taraf pusat Sumber elektronik/digital sedang giat dilaksanakan. Konsep pusat sumber dalam era digit adalah sebagai satu tempat yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dalam pelbagai sumber, sama ada bercetak atau elektronik. Dengan
penubuhan pusat sumber seperti ini dapat mewujudkan satu rangkaian maklumat
di institusi pendidikan supaya pengguna dapat berhubung secara elektronik,
memperolehi teknologi maklumat dari seluruh dunia melalui internet untuk
tujuan penyelidikan dan pembelajaran, menghasilkan sumber pengajaran dan
pembelajaran berasakan komputer, menghasilkan CD-ROM untuk pengajaran dan
pembelajaran, meningkatkan pengetahuan dan maklumat dengan kajian dan pembelajaran
melalui internet, Local Area Network (LAN) dan Wide Area Neetwork (WAN).
Adalah
diharapkan dengan wawasan yang dibina segala perancangan dan tindakan yang
diambil masa kini tidak akan menyebabkan pendidikan di Malaysia ketingalan
jauh malah mendekatkan lagi maklumat dan bahan-bahan baru untuk dijadikan
bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam abad 21 ini.
Rujukan:
Razali
Nor, 1991. Teknologi pendidikan; Media bukan Unjuran. Kumpulan
|