Definisi Bahan Bantu Mengajar :
Segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk
membantunya dalam menyampaikan pengajaran .
Bahan Bantu Mengajar merangkumi semua benda yang
boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu,
digunakan dan sebagainya .
Kategori dan Penjenisan Bahan Bantu Mengajar
Terdapat tiga kategori bahan bantu mengajar iaitu ;
i) Bahan bantu mengajar bukan elektronik
ii)Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik
iii)Bahan bantu mengajar bercorak pengalaman
Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik
2.Buku teks
3.Papan Pamer
4.Fail tegak dan bahan bacaan
5.Gambar
6.Kad imbasan atau kad cantuman
7.Carta
*Susunan maklumat yang sistematik
*Mengandungi huruf, angka, gambar, jadual, gambarajah,
lakaran, nota ringkas, rangkai kata,
simbol dan lukisan.
*Jenis carta yang digunakan dalam bilik darjah
:
a.Carta flip/selak
b.Carta pusing
c.Carta aliran
d.Carta graf
e.Carta pai
8.Grafik
*Bahan yang dilukis sebagai karangan visual yang
dapat memberi satu atau lebih keterangan
visual.
*Dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pemahaman
pelajarannya.
9.Papan pengajaran
10.Model
*Bahan gantian yang menyerupai bahan sebenar
*Bahan tiga dimensi yang mewakili struktur, rupa
bentuk atau begaimana sesuatu itu berfungsi
*Jenis model
a.Model berskala-kadar pembesaran/pengecilan
yang berbeza daripada bahan sebenar
b.Model potongan-keratan
c.Model olok-olok-gambaran
tiga dimensi perjalanan sesuatu
*Boleh diperbuat daripada kertas, tanah liat,
simen, habuk kayu, styrafoam atau plaster of Paris
11.Boneka
12.Diorama
Bahan Bantu Mengajar Berbentuk Elektronik
1.Overhead projektor (OHP )
*Digunakan untuk penyampaian taklimat dan pengajaran
kaedah kuliah.
*Keberkesanan trasparensi sangat dipengaruhi
oleh jumlah dan mutu maklumat yang dimuatkan
ke dalamnya.(ringkas, menarik dan bermakna)
2.Trasparensi
*Kebaikan menggunakan trasparensi:
a.Boleh disediakan dalam bentuk
warna supaya memberi penegasan dan menarik perhatian
b.Memberi keselesaan semasa
penyampaian terutama jika trasparensi itu disediakan awal
c.Boleh digunakan berulang
kali dan penyampaian lebih bersistematik
d.Trasparensi juga bersih
berbanding papan kapur
*Cara penyediaan trasparensi
i-Kaedah tetingkap
ii-Kaedah singkapan
iii-Kaedah tindihan
iv-kaedah pusing
v-kaedah urutan
vi-kaedah tampalan
3.Pita slaid ( Filem slaid )
4.Radio
5.Televisyen dan VCR
6.Filem tayangan /Filem jalur
*Dapat memberi pandangan yang jelas mengenai
sesuatu perkara melalui deria penglihatan dan
pendengaran
*Bahan yang ditayangkan boleh berbentuk cerita,
lakonan, ataupun berbentuk dokumentari
7.Komputer
Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam sekitar
*Bahan-bahan bercorak pengalaman seperti lakonan,
pantomin, lawatan dan projek pameran.
*Dapat mengekalkan keberkesanan pengetahuan dan
pemahaman kerana melibatkan
pelajar-pelajar secara langsung.
*Bahan daripada alam sekitar atau 'realia' yang
dikelaskan sebagai bahan tiga dimensi
*Realia terbahagi kepada beberapa kumpulan seperti:
i-bahan bukan hidup:batu,
tanah, pasir, air, logam dan sebagainya
*Keberkesanan penggunaan realia ialah pelajar-pelajar
dapat melihat secara nyata dan semulajadi