Pemerhatian Klinikal

 

 

Tempat                           : Klinik Audiologi & Sains Pertuturan
Bidang Kepakaran     : Patologis Pertuturan - Bahasa
Tarikh                            : 27 Januari 2000
Masa                             : 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Nama Kanak-kanak  : -
Umur                             : 4 tahun
Kategori                      : Speech Disorder

Kanak-kanak ini mempunyai masalah pertuturan yang diistilahkan sebagai “prelangual”  kerana masalah yang dihadapi ialah tidak dapat menguasai bahasa disebabkan kecacatan pendengarannya berlaku sewaktu kelahirannya.

Kanak-kanak ini telah pun menjalani pembedahan “cochlea implant” . Setelah menjalani pembedahan, proses seterusnya ialah kanak-kanak ini diberi latihan pendengaran agar dia memperolehi pengalaman dengan bunyi-bunyi bahasa. Ini telah pun dilalui oleh kanak-kanak ini.

Pada ketika ini kanak-kanak ini di peringkat “Ujian Bunyi-bunyi Linguistik” dengan bunyi-bunyi fonetik yang ditumpukan adalah huruf-huruf fonetik “ a, i, u, m, s, sh”.
Semasa latihan-latihan ini dijalankan pemerhatian atau tumpuan kanak-kanak ini diambil berat, jika berlaku sebarang gangguan tumpuan pemerhatian oleh kanak-kanak ini,

pakar patologi akan memberhentikan latihan dan memulihkan pemerhatian kanak-kanak ini dengan menarik perhatian kanak-kanak ini dengan cara menolehkan mukanya berhadapan dengannya ( patologis itu.)

Setiap sebutan bunyi yang dilakukan oleh ahli patologis dibuat secara melindungkan pergerakan bibirnya dengan melindunginya dengan kepingan kertas. Kanak-kanak itu diminta menghasilkan semula bunyi yang didengarkan. Setiap bunyi yang sama  dihasilkan akan dicatatkan dan sekiranya penghasilan bunyi tidak sama, latihan akan diulangi samada dengan bunyi yang sama atau yang berbeza.

Di dalam pemerhatian, kanak-kanak ini didapati sering kali tidak dapat memberikan perhatiannya kepada bunyi yang dihasilkan, ini mungkin kerana latihan-latihan yang dijalankan tidak menarik walaupun kadangkala ganjaran token diberikan setiap kali dia berjaya menghasilkan bunyi yang diperlukan.

Empat proses yang akan dilalui oleh kanak-kanak ini dalam latihan pertuturan ini ialah;
1. penghasilan bunyi
2. mengesan bunyi ( detection)
3. diskriminasi bunyi
4. mengenalpasti
5. comprehension ( peringkat tertinggi)