Pengenalan
Pada tahun
1658, John Comenius (1592 – 1670) telah menghasilkan buku brgambar pertama.
Beliau memerlukan lebih banyak gambar untuk digunakan, akan tetapi fotografi
masih belum dicipta shingga 200 tahun kemudiannya. ]John Pestalozzi
(1546 –1627) menyaranan “….kesahihan amat penting dalam pembelajaran “.
Beliau mengesyorkan penglibatan pelajar sepenuhnya dalam pembelajaran.
Friedrich Froebel (1764-1852) berpegang kepada prinsip bahawa “…semua
bentuk pengajaran mestilah menyeronokkan……dalam pendidikan tidak seharusnya
ada jurang pemisah di antara pemikiran dan bidang tindakan.” John Dewey
(1819-1952) mencadangkan “….imej-imej yang tepat, sahih dan berkembang….menegaskan
bahawa pendidikan akan menjadi lebih mudah dan sempurna….kalau sembilan
per sepuluh daripada tenaga….yang ditumpukan terhadap menentukan kanak-kanak
mempelajari sesuatu itu digunakan dalam memastikan bahawa mereka sedang
membentuk imej-imej yang sempurna.”
Jelaslah
proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar yang
mempelajari sesuatu itu dalam suasana menyeronokkan melaui kaedah yang
digunakan dalam bentuk yang mudah difahami, jelas dan bervariasi.
Definisi
Budaya
( Kamus Dewan, 1989) didefinisikan sebagai tamadun, peradaban, cara perlakuan
(berfikir), kemajuan (akal budi). Manakala pembudayaan teknologi dan inovasi
dalam pendidikan bolehlah ditasirkan sebagai perihal (perbuatan) membudayakan,
cara berkelakuan (berfikir) dengan menggunakan teknologi dan inovasi (
pembaharuan ) dalam pendidikan.
Perkataan
teknologi berasal dari kata Latin “textera” yang bermaksud mendirikan,
mengayam atau menenun; pengertian ini tidak semestinya menunjukkan kepada
bahan-bahan atau perkakasan atau penggunaan mesin-mesin yang canggih semata-mata.
Maddux
et. al (1997) mengutarakan, teknologi bukan sekadar manusia dan mesin
tetapi ia adalah sesuatu yang kompleks, penyatuan antara idea, manusia,
mesin, sistem pengurusan dan penguasaan struktur yang meliputi faktor manusia
dan bukan manusia, terutamanya sekali dalam menghadapi masalah dan cara-cara
bagaimana untuk menyelesaikannya. Jamaludin
Badusah et. al. (2000) menyatakan teknologi dalam pendidikan adalah satu
sistem yang meliputi alat dan bahan media, pengetahuan dan kemahiran, teknik
dan organisasi yang digunakan secara terancang dan teratur ( proses dan
produk
) bagi menghasilkan kecekapan di dalam proses pengajaran dan keberkesanan
di dalam pembelajaran. Galbraith
(1967) menyatakan teknologi bermakna penggunaan ilmu pengetahuan yang sistematik
dan teratur terutama sekali di dalam usaha-usaha jenis praktikal. Yang
penting sekali ialah kerja yang hendak dibuat itu dibahagi-bahgikan kepada
bahagian yang lebih kecil.
Sharifah
Alwiah Alsagoff (1984) mentafsirkan teknologi dalam pendidikan sebagai
satu cabang disiplin pendidikan yang mengutamakan penggunaan kemahiran
dan teknik moden dalam bidang pendidikan dan latihan. Di dalam teknologi
pendidikan diutamakan penggunaan media dan kaedah-kaedah lain dan penggunaan
persekitaran pelajar untuk menghasilkan pembelajaran.
Dengan
itu bolehlah dikatakan teknologi dalam pendidikan mementingkan penggunaan
ilmu pengetahuan yang sistematik dan teratur, ianya menekankan cara memperolehi
ilmu pengetahuan dengan membahagi-bahagikan komponen besar kepada peringkat
kecil supaya mudah dianalisa dan kemudian dipraktikkan. Lagipun ianya mementingkan
pembelajaran murid.
Senario
Pembudayaan Teknologi Dalam Pendidikan Di Malaysia
Perkembangan
teknologi dalam pendidikan di negara kita mempunyai sejarahnya yang amat
menarik. Pada sekitar tahun-tahun selepas kemerdekaan dan tahun-tahun 60’an,
kita bersua dengan apa yang disebut “khutub khanah”. Almari, rak, ruang,
sudut atau bilik khubtub khanah ini hanaya menempatkan koleksi bahan-bahan
bacaan yang amat terhad dan kebanyakannya digunakan untuk urusan pinjam
meminjam pada masa-masa tertentu, senggang atau masa rehat. Ada masa-masanya
khutub khanah ini didapati sentiasa tertutup dan ini menyebabkan orang
memanggilnya “Tutup Khanah”.
Tahun 70’an
menampakkan perkembangan yang agak menggalakakan . Muali tahun 1972, semua
sekolah yang baru dibina telah diperuntukkan ruang/bilik perpustakaan.
Sekolah-sekolah yang lama pula, telah diberikan peruntukan tambahan untuk
pembinaan ruang/bilik perpustakaan masing-masing. Mulai tahun 1974, geran
perkapita perpustakaan diberi kepada semua sekolah. Kursus dalam perkhidmatan
untuk guru perpustakaan mula dilaksanakan di seluruh negara. Selain daripada
pertambahan koleksi buku di perpustakaan , sekolah-sekolah juga mewujudkan
bilik Alat Pandang Dengar (APD) yang menempatkan bahan bukan buku seperti
carta, gambar, glob, peta, ‘Overhead Projektor (OHP), projektor slaid,
radio kaset dan television. Perkhidmatan perpustakaan dan alat pandang
dengar memjadi penting dalam perlaksanaan sisitem pendidikan ketika
ini. Kembar kedua-dua ini, perpustakaan dan alat pandang dengar menjadi
ciri penting di sekolah-sekolah.
Tahun awal
80’an, konsep dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah mula dilaksanakan. Ini
merupakan gabungan perkhidmatan perpustakaan tradisional buku dengan perkhidmatan
alat pandang dengar di bawah satu sistem pengurusan. Pelaksanaan KBSR menyemarakkan
lagi perkhidmatan pusat sumber sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran
di sekolah-sekolah. Koleksi bahan cetak dan bahan elektronik semakin bertambah
di pusat sumber sekolah. Kursus-kursus dalam perkhidmatan tentang pengurusan
pusat sumber sekolah dan aplikasi penggunaan alat pandang dengar banyak
dijalankan di setiap negeri. Peranan pusat sumber sekolah dalam kegiatan
kurikulum dan kokurikulum menjadi semakin penting di kebanyakan sekolah.
Tahun 90’an
merupakan tahun-tahun ledakan teknologi makluamt (IT) yang amat ketara.
Penggunaan komputer dan sistem komputeran yang meluas dalam pelbagai aspek
pengurusan dan komunikasi telah menimbulkan impak yang besar dalam pelaksanaan
kaedah-kaedah baru dalam pendidikan. Bagi sekolah-sekolah yang berkemampuan
CD-ROM dan perkhidmatam internet, pusat sumber sekolah menjadi suatu perkhidmatan
yang penting dalam usaha meningkatkan kuaiti pendidikan, menyediakan pelajaran
untuk menghadapi zaman maklumat.
Membina
budaya ilmu, menanam asas pendidikan sepanjang hayat dan memperkembangkan
lagi potensi-potensi murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Budaya
membaca, pelajar Bergeliga Negara Jaya, ‘Life Long Learner’ perlu diterapkan
dan dijadikan budaya diri.
Usaha memantapkan
hala tuju dan peranan teknologi dalam pendidikan pada era digital ini juga
ada kaitannya dengan pelaksanaan “Fokus Pengurusan Pendidikan” yang disarankan
oleh Yang Berbahagia Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia iaitu fokus 6:
Pembinaan infrastruktur sokongan pengajaran dan pembelajaran. Fokus
ini menekankan bahawa perkembangan teknologi dan kaedah baru (inovasi)
dalam pendidikan pengajaran dan pembelajaran memerlukan tindakan (pembudayaan)
yang meningkatkan kualiti teknologi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan
pengkomputeran ( computr application ) dalam bilik darjah akan dipertingkatkan
melalui usahasama sekolah, ibubapa, dan pusat. Pembinaan bahan pengjaran
seperti buku teks dan multimedia akan diperluaskan supaya bahan ini
dapat menjalin kurikulum sekolah dengan realiti dunia luar serta meningkatkan
kualiti pemikiran dan kemahiran murid dan boleh menyesuaikan diri
atau menangani cabaran masa depan.
Kursus
untuk meningkatkan kemahiran guru dalam penggunaan teknologi untuk pengajaran
dan pendidikan akan diperluaskan. Sistem Rankaian Teknologi Pendidikan
sepeti Pusat Sumber Pendidikan (PSP), Pusat Kegiatan Guru (PKG) akan diperkemaskan
dan dibentuk supaya berfungsi dengan lebih berkesan. Pusat sumber sekolah
dipertingkat, inventori berkenaan keperluan alat-alat dan bahan-bahan mengajar
yang perlu ada di tiap-tiap sekolah dirancnag supaya ia dapat memberi peluang
kualiti pengajaran dan pembelajaran yang sama bagi semua murid.
Sejarah
Penubuhan Pusat Sumber Sekolah dan Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan
Di Malaysia.
1960 -
Pusat Audio-Visual Kebangsaan dibentuk di bawah Bahagian Latihan Guru dan kemudian dipindahkan ke Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
1965 -
Television Pendidikan telah memulakan satu program perintis bagi Sains Am yang diterbitkan di bawah Kementerian
Penerangan Bersama dengan Kementerian pelajaran
1966 -
Penubuhan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Am Pendidikan oleh Kementerian Penerangan dengan kerjasama Kementerian
Pelajaran bertujuan penggunaan teknologi pendidikan dan menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai infrasruktur penting
yang dapat menyokong amalan teknologi pendidikan di sekolah.
1972 -
Pusat Audio-Visual Kebangsaan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Am Pendidikan ( Radio Pendidikan) dan Television
disatukan di bawah
satu Unit iaitu Unit Perkhidmatan Media Pendidikan.
1983 -
Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah menggunakan istilah Pusat Sumber Sekolah (PSS) bagi menggantikan
istilah Perpustakaan Sekolah
1988 -
Unit Perkhidmatan Perpustakaan yang sebelum ini diletakkan di bawah Bahagian
Sekolah telah digabungkan dengan Unit
Kejuruteraan. Pusat Audio
Visual Kebangsaan, Bahagian Perkhidmatan Sebaran Am Pendidikan, ( Radio
Pendidikan &
Television Pendidikan ) di bawah satu bahagian Kementerian
Pendidikan dinamakan Bahagian Teknologi Pendidikan. 1997 -
Unit Teknologi Pendidikan dinaiktaraf kepada Pusat Sumber Pendidikan Negeri.
Bahan Sumber
Teknologi Pendidikan Terdapat
berbagai bahan yang boleh dikategorikan sebagai bahan sumber teknologi
pendidikan dan didapati pengkategorian ini selari dengan media teknologi
itu. Pengklasifikasian ini terbahagi kepada dua bahagian utama;
Jenis-jenis
Bahan Bercetak
a. Buku
fiksyen
b. Buku
bukan fiksyen
c. Terbitan
berkala
d. Gambarfoto
Jenis-jenis
Bukan Bercetak
a. Perkakasan
i) Bahan
bukan tayang seperti papan hitam, papan magnet, papan flanel, bingkai carta pusing,
imej primer, imej printer, mikro
komputer.
ii) Bahan
Pendengaran (Audio) Seperti
radio, radio kaset, pita kaset, ‘audio card recorder’
iii) Bahan
Tayang seperti
‘overhead projector’, projektor fiem slaid, projektor filem jalur, televisyen. b. Perisian
Seperti
transpirensi OHP, filem jalur, filem sisipan, filem 16mm/8mm, kaset pita
audio, kaset pita video, carta, kad-kadflanel, kad
imbasan, disket, cakra
padat (CD) c. Bahan
Tiga Dimensi (3D)
Seperti
glob, replika, spesimen, model, bahan-bahan relia, diorama, permaianan,
boneka
Penggunaan
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan Era Digital Sesuai
dengan perkembangan pendidikan negara serta perkembangan pesat teknologi
maklumat, fokus terhadap peningkatan kualiti infrastruktur sokongan pengajaran
dan pembelajaran sedang diberi perhatian penting. Perkembangan teknologi
dan kaedah baru dalam Pengajaran dan Pembelajaran memerlukan tindakan-tindakan
untuk meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran . Antaranya ialah
meningkatkan penggunaan pengkomputeran dalam bilik darjah, memperluaskan
pembinaan bahan-bahan pengjaran seperti buku teks dan multimedia serta
meningkatkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah sebagai nadi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu,
usaha-usaha ke arah meningkatkan taraf pusat sumber sekolah ke taraf pusat
Sumber elektronik/digital sedang giat dilaksanakan. Konsep pusat
sumber dalam era digit adalah sebagai satu tempat yang menyediakan perkhidmatan
dan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran secara sistematik
dalam pelbagai sumber, sama ada bercetak atau elektronik.
Dengan
penubuhan pusat sumber seperti ini dapat mewujudkan satu rangkaian maklumat
di institusi pendidikan supaya pengguna dapat berhubung secara elektronik,
memperolehi teknologi maklumat dari seluruh dunia melalui internet untuk
tujuan penyelidikan dan pembelajaran, menghasilkan sumber pengajaran dan
pembelajaran berasakan komputer, menghasilkan CD-ROM untuk pengajaran dan
pembelajaran, meningkatkan pengetahuan dan maklumat dengan kajian dan pembelajaran
melalui internet, Local Area Network (LAN) dan Wide Area Neetwork (WAN). Adalah
diharapkan dengan wawasan yang dibina segala perancangan dan tindakan yang
diambil masa kini tidak akan menyebabkan pendidikan di Malaysia ketingalan
jauh malah mendekatkan lagi maklumat dan bahan-bahan baru untuk dijadikan
bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam abad 21 ini.
Rujukan: Razali
Nor, 1991. Teknologi pendidikan; Media bukan Unjuran. Kumpulan
Budiman. Kuala Lumpur.
Sharifah
Alwiah Alsagoff, 1994. Teknologi pengajaran. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.
Koleksi
artikel dan kertas kerja pengurusan dan pentadbiran pusat sumber
Sekolah. Pusat Sumber Pendidikan Negeri; Jabatan Pendidikan Johor.
|