Keroncong I (HK 1631)

 

Pendahuluan

Sempena dengan pesta konvokesyen UKM ke 28  pada 29 Jun 2000, Pusat Kebudayaan UKM  dengan Sekretariat Kebudayaan dan Persembahan Pesta Konvokesyen mengadakan Malam Gema Seni Islam (Watikah Perjuangan)  pada malam Sabtu bersamaan dengan 1 Julai 2000 di Tapak Pesta Konvokesyen Ke 28 UKM Bangi. Atas prinsip Islam mengharuskan hiburan, bahkan Tamadun Islam sendiri ada meninggalkan warisan seninya, Pusat Kebudayaan UKM dengan kerjasama Sekretariat Kebudayaan dan Persembahan Pesta Konvokesyen menggariskan beberapa objektif.  Antaranya;

 

Objektif

  • Menyediakan satu alternatif bagi kesedaran mesyarakat terhadap Islam yang selama ini dipengaruhi oleh budaya yang bertentangan dengan Islam seperti punk, dan rock.

  • Memenuhi tuntutan naluri manusia yang inginkan ketenangan jiwa dan kedamaian hati serta membesarkan Allah dan Rasul-Nya.

Laporan Perjalanan Acara

 

Majlis dimulakan dengan paluan kompang menyambut ketibaan Encik Rafei Hj. Mohammad selaku Pengarah Pusat Kebudayaan mewakili Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, turut hadir ialah saudara Halim Muhammad, Pengarah Urusan Pesta Konvokesyen. Majlis perasmian dilaksanakan oleh Pengarah Pusat Kebudayaan dengan cara yang simbolik iaitu dalam bentuk “ Berbalas Kompang”.

 

Persembahan dimulakan dengan dendangan lagu Terima Kasih oleh Kumpulan Mirwana (dianggotai oleh 5 bekas pelajar Maahad Hamidiah Kajang) di bawah bimbingan Shah Reza dari Kumpulan The Brothers. Kumpulan ini telahpun mengeluarkan 1 “single-album “  yang merupakan album pertama mereka.

 

Bacaan Al-Quran 7 Qiraat oleh saudara Jubni Sulong menyusuli dengan diiringi paparan komputer di layar putih di hadapan penonton yang memaparkan surah yang dibaca dan  kaedah bacaan oleh qari. Acara diteruskan dengan pembacaan Marhaban dan Berzanji dari kumpulan Sautul Aman yang dianggotai oleh Pegawai Keselamatan UKM sendiri. Kumpulan Firasat Inzar  dari Artisukma UKM pula menyampaikan  lagu-lagu berentak nasyid. Antara lagu-lagu ialah Tafakur, Keihklasan dan Persahabatan. Deklamasi sajak oleh DJ Dino serta persembahan pentomin Sakaratulmaut oleh Ustaz Dini menyusuli kemudian yang dapat meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. Di akhir persembahan sajak tabung derma sempena dengan Keganasan Di Ambon telah diedarkan di khalayak ramai sebagai lambang menunjukkan sempati rakyat Malaysia terhadap kesengsaraan umat di Ambon.

 

Acara akhir adalah dari kumpulan The  Brothers  yang dianggotai oleh 4 anak muda  terdiri dari Shahrizal Muhamad, Mohamad Salleh, Faiz dan Iwan (ahli baru). Lagu-lagu yang diperdengarkan  ialah lagu popular “Teman Sejati, Untukmu Ibu dan Kesaksian.” Persembahan - persembahan lagu yang diselangselikan dengan soalan-soalan kuiz ( interaksi artis dengan penonton). Persembahan yang bermula pada jam 9.00 malam itu berakhir pada jam 11.00 malam.

 

Kesimpulan

 

  • Tahniah diucapkan kepada Pusat Kebudayaan UKM serta Sekretariat Kebudayaan dan Persembahan Pesta Konvo ke 28, yang telah dapat menonjolkan kesenian dan Kebudayaan Islam di kalangan warga UKM khasnya dan masyarakat Bangi amnya.

  • Dalam hal yang demikian, terdapat juga beberapa kecacatan yang dapat dilihat dari aspek pengurusan dan teknik. Antaranya;
    -  Wording pada backdrop di pentas yang menggunakan kertas kilat berwarna merah kadangkala tidak dapat dibaca dengan jelas   akibat dari pantulan cahaya lampu yang menyinarinya.
    -  Cahaya merah dan kuning dari lampu-lampu limpah sedikit sebanyak memberi kesan hidup kepada wording backdrop tersebut dan gambar grafik masjid yang kelihatan seperti lampu-lampu kecil hijau yang terpasang di sekeliling masjid.
    -  Kemungkinan disebabkan faktor tempat dan kemudahan-kemudahan lain, lampu-lampu limpah tidak banyak memberi kesan visual kepada persembahan-persembahan dan paparan video di layar putih.

  • Kunjungan penonton pada malam ini  dianggarkan seramai 600-650 orang,

  • Persiapan tempat dan susunan peralatan muzik disusun di sudut yang tidak menghalang acara-acara selanjutnya.