PENGENALAN

Apabila kita mengimbas kembali sejarah silam sektor pendidikan negara ini untuk beberapa dekad yang lampau, sudah tentu kita tidak dapat merasai senario yang begitu berbeza dengan situasi sekarang.

 

Menjelang alaf baru sekali lagi sektor pendidikan di negara ini mengalami perubahan drastik dan terpaksa akur dengan peralihan ekonomi semasa yang akan berteraskan kepada penggunaan teknologi maklumat. Selaras dengan itu kerajaan begitu beriltizam untuk memajukan sektor pendidikan di negara ini dengan menjadikan teknologi maklumat sebagai teras utama perlaksanaannya.

 

Peranan teknologi maklumat (IT) dalam system pendidikan semakin pentng di Malaysia dan merupan satu komponen untuk berhadapan dengan cabaran penerokaan ilmu di alaf ketiga nanti (Hassai Hassan 1997). Menyedari hal ini, kerajaan telah membuat perubahan dalam bidang pendidikan dengan mewujudkan konsep sekolah bestari dan telah mula beroperasi pada tahun 1999. Sekolah bestari yang merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) telah mengaplikasikan teknologi maklumat sepenuhnya  dalam pengajaran dan pembelajaran  (Azamzairi 1997).

 

Internet boleh digunakan sebagai pembelajaran berbantuan komputer dan merupakan aset penting bagi pengajaran dan pembelajran di sekolah bestari dan universiti maya. Ini adalah kerana internet menawarkan pelbagai laman Web pendidikan multimedia dan interaktif yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar.

 

Teknologi cangih ini juga mampu menyediakan kemudahan kepada pelajar dan guru-guru untuk mengambil bahagian dalam akktiviti seperti pembangunan laman Web di setiap sekolah. Sudah ramai yang memperakui bahawa tapak-tapak Web boleh dijadikan sebagai saluran yang berkesan untuk mewartakan segala kegiatan yang dilaksanakan di sekolah terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu ianya juga boleh diakses oleh para pelajar, guru-guru dan pihak lain yang berminat dari seluruh negara.

 

 

DEFINISI

  1. KOMPUTER

Menurut Tengku Iskandar (1997) dalam kamus dewan, mendefinisikan komputer sebagai alat atau system elektronik yang digunakan untuk memudahkan penyimpanan maklumat yang banyak dan kompleks serta membolehkan maklumat tersebut dianalisa dan diperoleh ataupun digunakan dengan cepat pada bila-bila masa apabila hendak digunakan.

 

Manakala menurut Noran Fauziah Yaakcub ( 1994 ), mendefinisikan komputer sebagai segala jenis peranti, biasanya elektronik ynag boleh menerima maklumat,, melakukan beberapa tatacara pemperosesan kepadanya dan memberi maklumat yang terhasil daripadanya dalam bentuk yang sesuai kepada pengguna.

 

  1. INTERNET

Menurut Tengku Iskandar ( 1997 ), dalam Kamus Dewan mendefinisikan Internet adalah suatu rangkaian kecil yang menggunakan Protokol Internet ( Internet Protocol ) untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

 

  1. LAMAN WEB

Laman web adalah satu halaman yang mengandungi maklumat yang dipaparkan oelh pelayar Web dalam Internet. Web merupakan salah satu daripada ciri rangkaian internet dan ia adalah salah satu kandungan yang aktif. Kandungan Web ini adalah bergantung kepada satu aplikasi sahaja. Antara aplikasi yang terlibat ialah Pelayar ( Browsers ), Pelayan ( servers ), Penyunting ( editors ), Jara dan Pemalam ( pulging ). Ke lima-lima aplikasi tersebut adalah adalah  sebagai pelengkap kepada piawai-piawai pembinaan laman Web yang telah dipersetujui oleh World Wide Web Consortium.

 

LAMAN WEB DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 

Komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan dengan penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar atau komputer sebagai alat mengendalikan pembelajaran.  Pembelajaran berbantuan komputer ini lahir daripada konsep pembelajaran terancang yang dikemukakan oleh B. F. Skinner pada tahun 1954. Usaha ini telah dilaksanakan di Universiti Florida State dan Universiti Stanford ( Zainab 1991, Zoraini 1987 ). Namun begitu, penggunaan laman Web sebagai suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantuan komputer masih baru diperkenalkan dan sektor pendidikan di Malaysia.

 

Penggunaan komputer dalam pendidikan di Malaysia boleh dilihat daripada dua sudut iaitu pembelajaran tentang komputer dan pembelajaran menggunakan komputer. ( Tan 1994 ).

 

Pembelajaran dengan menggunakan komputer bermula dengan tertubuhnya kelab komputer Sekolah Menengah La Salle Petaling Jaya dalam tahun 1981.     ( Zoraini Wati Abas 1989 ) Dalam bulan Oktober 1983, Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamed mencadangkan agar sekolah Di Malaysia menubuhkan Kelab Komputer supaya pelajar mengikuti perkembangan teknologi semasa. Hasilnya menjelang tahun 1990 terdapat lebih 800 Kelab Komputer sekolah wujud.             ( Jamaleah 1992; Zoraini 1991 ).

 

Komputer merupakan perkakasan utama sebagai perantaraan untuk menyusun dan menyimpan maklumat. Ia bertanggungjawab sebagai alat bagi memanipulasi data tapak web. Kita boleh menggunakan mana-mana system komputer bagi membina laman web bagi tujuan pendidikan mahupun kepentingan lain.

 

Pada tahun terawal kemunculan Internet, pembangunan tapak-tapak Web banyak melibatkan penggunaan teks untuk menyampaikan kandungnanya kepada pengguna. Bagaimanapun, keadaan kini sudah berubah apabila teknologi Web terus berkenbang dan Mampu mengendalikan unsur multimedia   ( seperti grafik, bunyi dan video), intergrasi pengkalan data, pengemaskinian kandungan laman secara dinamik, dan interaksi kandungan Web dengan pengguna. (  Harun Khalid, 2000 ).

 

 Seperti yang kita saksikan hari ini, pembangunan Web terus melibatkan penciptaan dan pengelolaan kandungan dengan penggunaan teknik dan peralatan yang lebih canggih untuk memperolehi hasil yang terbaik. Malah kemunculan aplikasi terbaru Web mampu memperhebatkan lagi kandungan Web seperti transaksi dalam talian, permainan interaktif, siaran audio-visual dan media elektronik wujud. Keadaan ini bukan sahaja dapat membantu para guru mahupun pelajar malah segenap lapisan masyarakat untuk mencari maklumat mahupun proses pembelajaran.

 

 Yayasan Pelajaran Mara (YPM ) dengan kerjasama syarikat SpyderNet Sdn. Bhd. Misalnya telah melancarkan laman Web yang membolehkan pelajar mengikuti tuisyen secara maya. Institusi pendidikan tempatan juga tidak ketinggalan misalnya Universiti Putra Malaysia (UPM) menyediakan laman-laman Web yang memuatkan bahan-bahan kuliah yang hanya boleh dicapai oleh para pelajar kursus terbabit dengan mudah. (  Hasani Hassan 1997 ).

Tapak Web pendidikan antara katogeri tapak Web yang paling berguna dan ramai pengunjung dalam internet.  Biasanya ia akan menyediakan pelbagai bahan bercorak pendidikan dan pengetahuan yang sesuai untuk kanak-kanak, para pelajar, pendidik dan ibu bapa. Beberapa contoh tapak Web yang sesuai  untuk dikunjungi ialah;

 

  1. .Ask Jeeves for Kids  ( www.ajkids.com )
  2. Discovery Channel  ( www.discovery.com )
  3. Family.com  ( family.Disney.com )
  4. ePLAY   ( www.eplay.com )
  5. Family Education  ( www.familyeducation.com )
  6. Lefsfindout.com  ( www.lefsfindout.com )
  7. Educational World  (www.educational.world.com )
  8. Learn 2  (www.learn2.com )
  9. Researh it  ( www.itools.com/researh-it/ )
  10. TM school Online  ( www.tmsol.com.my )

 

Dengan adanya laman-laman Web seumpama ini bukan saja dapat menyenangkan para pelajar belajar, juga dapat memudahkan kerja guru dalam perlaksanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru bukan saja boleh menggunakan laman Web yang sedia ada malah mereka boleh menbina laman Web sendiri .Mungkin bagi seorang pereka Web professional tidak menjadi masalah mereka satu laman Web dengan hanya menggunakan sebuah komputer, pemperosesan perkataan, dan pengetahuannya dalam kod HTML. Tidak pula menjadi masalah bagi mereka yang tidak mahir dengan komputer untuk mencipta laman Web sendiri. Kebanyakan perisian atau program-program diperlukan dapat dipindah terima sahaja dari internet. Tidak perlu mempelajari kod-kod HTML untuk mendapatkan sebuah laman Web. Ini dapat memudahkan para guru menyediakan satu sesi pengajaran pembelajaran yang menggunakan laman Web.

 

KEBAIKAN PENGGUNAAN LAMAN WEB DALAM SESI PENGAJARAN PEMBELAJARAN

 

Membolehkan para pelajar mencari maklumat yang tidak terbatas berbanding dengan penyampaian maklumat secara teks. Ramai yang memahami teks dengan lebih baik dengan bantuan pelbagai media. Individu-individu yang berbeza taraf pemahaman juga dapat berlajar dengan lebih berkesan. (Pea 1991)

 

Hashimah & Muhammad Rafie 1994  menyatakan bahawa ia membolehkan pelajar berinteraksi dengan komputer bagi menjawab soalan, mendapatkan penerangan atau menjelajah daripada satu topik ke topik yang lain. Pengalaman semasa penglibatan ini dapat meningkatkan daya ingatan dikalangan pelajar. Pelajar juga boleh belajar secara sendirian pada waktu yang mereka suka dan berapa lama mengikut keupayaan masing-masing. Ini juga dapat mengurangkan beban tugas guru dan pensyarah terutama sekali dalam pengajaran yang berulang-ulang.

 

Menurut Silver, seorang Pengerusi Teknologi Pendidikan di Universiti Denver, laman Web kan mengambil alih kuliah dan teks sebagai mekanisma terpenting dalam perolehan maklumat oleh pelajar. Oleh itu banyak masa pembelajaran di dalam kelas dapat digunakan untuk pedagogi pembelajaran aktif seperti perbincangan kumpulan, kajian kes, analisis masalah,latihan, projek,kajian luar, simulasi dan kativiti seksperimen.

 

Isi kandungan dalam laman Web boleh dikemaskini dan diperbaharui dari masa kesemasa. Soalan-soalan ramalan setiap tahun boleh ditambah supaya pelajar menitikberatkan konsep-konsep penting yang perlu diketahui.

 

Pelajar-pelajar yeng mengikuti kursus-kursus tertentu ( program diploma dan ijazah melalui internet ) belajar menerusi Laman Web di rumah dengan memindah terima ( download) bahan-bahan kuliah yang hendak  dipelajari daripada komputer pelayan ( server ) universiti tanpa pergi ke kelas atau bilik kuliah. Universiti dapat menjimatkan ruang pembelajaran. Proses dan konteks belajar dijalan kan melalui interaksi dengan komputer. ( Abdullah Hassan 1998 )

 

Penggunaan laman Web dengan cirinya yang menarik, dinamik serta bebrwarna, kandungan berasaskan animasi bukan saja nampak lebih hidup serta ceria malah dapat menguatkan daya ingatan pelajar serta mampu merangsang kecenderongan serta minat para pelajar. Guru tidak lagi perlu melukis dipapan hitam serta mengulang sesuatu pelajaran berkali-kali untuk memahamkan pelajar.

 

MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DALAM SESI PENGAJARAN PEMBELAJARAN

 

Tidak semua komputer mempunyai perisian yang sama. Bagi laman Web  yang menggunakan peninjau Netscape Navigator Gold 3.0, peninjau lain seperti Internet Explorer dan Nescape Communicator tidak dapat melihat butang-butang ‘hover’ dan animasi contoh dalam laman Webnya.

 

Grafik dan tulisan berubah bentuk dan saiz apabila dilihat dalam komputer  yang berbeza perkakasannya. Tulisan kelihatan terlalu kecil disesetengah komputer menyebabkan kesukaran para pelajar membaca fakta atau penerangan. Grafik pula berubah warnanya mengikut penetapan warna dalam komputer sama ada ‘256 colour’ atau ’16 bit high colour’. Jika dilihat dalam komputer yang mempunyai penetapan warna sebanyak 256, gabungan warna imej kurang menarik.

 

Capaian (RAM) dalam komputer juga mempengaruhi kegunaan  laman Web. Komputer mudah ‘hang’ jika mempunyai capaian yang rendah , ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

 

Ramai pengguna berpendapat bahawa tidak semua pejajar berpeluang untuk menggunakan laman Web, kerana kurang kemudahan komputer dan ramai pelajar kurang arif dalam pengendalian komputer. Ada yang menyatakan bahawa pembelajaran melalui laman Web tidak praktikal di dalam kelas kerana kandungan kursus yang banyak  dalam masa yang diperuntukan  dan mengganggap laman Web ini hanya sesuai sebagai suatu kaedah mengulangkaji pelajaran.

 

Guru-guru yang kurang mahir dalam pengendalian perkakasan dan perisian juga merupankan satu masalah utama dalam penggunaan laman Web ini. Untuk membina laman  Web yang bermutu dan berseseuaian dengan tahap pelajar memerlukan masa  dan kometmen yang tinggi.

 

 Bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ( 1997 ), pernah membuat kenyataan yakni setiap sebuah sekolah di bawah projek Komputer Dalam Pendidikan akan disediakan 21 buah komputer ( Majalah CoMiIL1991:5 ) Namun apa yang dapat kita lihat sekarang ini  kekurangan komputer di sekolah-sekolah merupakan masalah utama bagi perlaksanaan penggunaan laman Web dalam pembelajaran ini.

 

 

 

 

CADANGAN MERIALISASIKAN LAMAN WEB DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN

 

Kementerian Pendidikan harus mengeluarkan arahan kepada RECSAM, universiti-universiti, Bahagian latihan Guru dan Institut-Institut supaya menganjurkan kursus-kursus pengenalan komputer untuk guru-guru sekolah menengah mahupun rendah. Pusat Perkembangan Kurikulum ( PPK ) juga hendaklah menyediakan kurikulum kusus untuk untuk melatih guru-guru ini.  Guru-guru yang benar-benar berkelayakan dan pelajar yang berkemahiran perlu dihasilkan supaya dasar pengajaran dan pembelajaran Berbantuan Komputer ini dapat dikendalikan dengan jayanya.

 

Bagi membangunkan satu-satu laman Web untuk pembelajaran mestilah berdasarkan objektif laman Web iaitu dari segi pengetahuan dan kemahiran yang akan  diperolehi oleh pelajar atau penggunanya. Tiga perkara utama perlu dikenalpasti iaitu skop laman Web, siapa kumpulan sasaran dan rujukan modul pembelajaran bagi laman Web tersebut. Setiap pakej pembelajran multimedia yang ingin dibina perlu dikenalpasti ciri-cirinya serta keberkesanannya dalam penyampaian maklumat kepada pelajar. Hubungan erat dan kerjasama gigih antara institusi-institusi yang terlibat dalam pendidikan dengan mereka yang terlibat dengan perkomputeran.Persatuan-persatuan guru seperti KGGMB boleh mengorak langkah dengan mengadakan kursus-kursus mengenai pengenalan dan penggunaan komputer kepada ahli-ahlinya. Maktab-maktab perguruan dan universiti-universiti yang menawarkan kursusdiploma dan sarjana pendidikan hendaklah menggalakkan pengajaran dengan bantuan komputer terutama pembinaan laman Web.

 

KESIMPULAN

 

Pembelajaran menggunakan pendekatan multimedia mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan kaedah pembelajaran menggunakan teks semata-mata, kerana kaedah ini banyak menggunakan pancaindera seperti deria penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang boleh menguatkan daya ingatan pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.  Penggunaan laman Web ini dapat memenuhi kriteria sebagai sistem pembelajaran multimedia sekiranya penerangan yang jelas dan padat serta system navigasi yang mudah dikendalikan membolehkan pelajar bebas mengulangkaji pelajaran mengikut keupayaan sendiri. Gabungan audio, animasi dan grafik dalam laman Web ini dapat memberikan suatu kelainan dalan proses pengajaran dan pembelajaran. Kerjasama dan perhatian dari pelbagai pihak seperti kerajaan, kementerian, institusi, sekolah, komuniti, ibu bapa,  mahupun pelajar itu sendiri akan menentukan keberkesanan mahupun kejayaan penggunaan laman Web dalam pendidikan ini.

 

 

Bibliografi

 

Abdullah Hassan. 1998.  Universiti Maya.  Dlm. Dewan Siswa.  Februari :  56-57

 

Azam Zairi. 1997.  Teknologi   Maklumat – Internet  dan   Internet. dlm.  Majalah

PC.11 (1) : 30-31

 

Azam Zairi. 1997. Tujuh Aplikasi Perdana MSC.  Dlm Majalah PC. 10 (1) : 22-23

 

Harun Khalid. 1997. Alikasi Multimedia Mengutamakan Interaksi Pengguna. Dlm.

            Majalah PC.14 (2) : 30-31

 

Harun Khalid. 1998.  Internet  dan  pendidikan.  dlm. Majalah PC. 16 (2) : 6-7

 

Harun Khalid. 1998. Pendidikan Berteknologi. dlm. Majalah PC. 17 (2) : 6-7

 

Harun Khalid. 2000. Teknologi Web untuk Semua. dlm. Majalah PC.7.(1): 28-29

 

Hasani Hassan. 1997. Internet Wadah Penerokaan Ilmu. dlm. Utusan Malaysia.

25 Jun : 7

 

Hasimah Hj. Mohamed & Muhammad Rafie Hj. Mohd. Arshad. 1994. Pengajaran

            Bantuan Komputer (CAI) Multimedia Interaktif Untuk Pengajaran Literasi

            Komputer. dlm. EDUCOMP. Jun 1994 : 45-52

 

Jalaluddin. 1999. Sepuluh Laman Web Terbaik dalam Pendidikan. dlm. Majalah

            PC. 22 (2) : 34-35

 

Lukman Ismail. 1997. Pendidikan Internet. dlm.  Utusan Malaysia. 12 Jun : 6

 

Noran Fauziah Yaacob. 1994  .Buku Panduan Teknologi Pendidikan.  Kuala

Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

 

Zackeriya. 1999. Animasi dalam Pendidikan. dlm. Majalah PC. 27 (2) : 22

 

Zainab Arshad. 1991. CAI Teknik Pengajaran dan Pembelajaran yeng Berkesan.

            dlm. Media COMIL. Ogos 1991 : 12

           

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN

 

SEPULUH SENARAI LAMAN WEB TERBAIK PENDIDIKAN YANG BOLEH DILAWATI

 

  1. Ask Jeeves for Kids  ( www.ajkids.com )

Tapak web ini menyenaraikan satu keputusan pencarian di mana bahan yang diketengahkan sesuai untuk kanak-kanak.Bagi para guru ianya sesuai untuk digunakan sebagai sumber pembelajran  dalam bilik darjah.

 

  1. Discovery Channel  ( www.discovery.com )

Selari dengan rancangan Discovery Channel di telivisyen yang memuatkan koleksi menarik seperti rencanna, cerita, ekspedisi, permainan minda, dan imej-imej pelbagai haiwan. Sesuai bagi pelajar mempelajari dunia sains.

 

  1. Family.com  ( family.Disney.com )

Tapak Web milik Disney ini wajar dilawati untuk menambahkan pengetahuan, selain topik mengenai pendidikan, perjalanan dan aktiviti.

 

  1. ePLAY   ( www.eplay.com )

Untuk kanak-kanak mengisi masa terluang dengan pelbagai aktiviti di dalamnya. Berasasakan penyelidikan menyeluruh mengenai cara kanak-kanak berinteraksi dengan teknologi dan persekitarannya. Penyertaan ibu bapa dan guru juga disediakan.

  1. Family Education  ( www.familyeducation.com )

Sebuah tapak Web pendidikan kekeluargaan yang baik dan berkembang pesat dengan satu misi untuk membantu sekolah-sekolah membina tapak Web yang berguna dan terkini.

 

  1. Lefsfindout.com  ( www.lefsfindout.com )

Merupakan tapak pencarian maklumat dalam internet berbentuk encyclopedia. Sebagai sumber rujukan kepada kanak-kanak.

 

  1. Educational World  (www.educational.world.com )

Untuk memenuhi keperluan para pendidik mengumpul maklumat dan berkongsi edia. Kandungannya lengkap untuk membuat rujukan ( sebagai rancangan setiap hari atau membuat penyelidikan bahan berkaitan).

 

  1. Learn 2  (www.learn2.com )

Terkandung pelbagai topik berbentuk tutorial serta langkah demi langkah yang merangkumi pelbagai kemahiran, aktiviti dan tugas. Boleh disifatkan sebagai mesra pengguna, bahasa mudah, grafik dan rekabentuk sesuai untuk rujukan harian.

 

 

 

 

 

  1. Researh it  ( www.itools.com/researh-it/ )

Terbahagi kepada bahagian seperti language, library, geographical, finacial, shiping dan internet yang dipecahkan pula kepada beberapa katogeri khusus. Dapat mencari pelbagai maklumat.

 

  1. TM school Online  ( www.tmsol.com.my )

Merupakan tapak pendidikan tempatan  yang semakin popular kalangan pelajar menengah dan rendah.