Make your own free website on Tripod.com
NOTA KULIAH

Inovasi dan reformasi kurikulum.

Inovasi ditakrifkan sebagai satu perspektif sistem, berasaskan teori bahawa manusia dan masyarakatnya mempunyai keinginan yang berterusan untuk saling melengkapi sesama mereka supaya boleh membangun ke arah sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sedang mereka alami.

Kurikulum mengandungi aktiviti-aktiviti sama ada akademik atau perkembangan dari segi intelek, rohani. emosi dan jasmani.

Pusat perkembangan kurikulum diberi mandat untuk menggubal serta mengemaskinikan kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia merupakan sebuah agensi kerajaan yang mengawal dan menentukan sama ada kurikulum itu dilaksanakan sepenuhnya dan mencapai matlamat falsafah Pendidikan Negara.

Inovasi kurikulum ialah pembaharuan-pembaharuan dalam elemen-elemen kurikulum iaitu perubahan kecil dalam kurikulum dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran, pengurusan masa, utiliti staff, mutu pentadbiran dan pengembangan sumber serta penggunaan media dalam pendidikan.
 

Faktor utama yang menggerakkan inovasi kurikulum :-

1. Keperluan masyarakat dan negara, misalnya melatih lebih banyak tenaga mahir dalam bidang vokasional untuk perkembangan perindustrian dan ekonomi.

2. Perkembangan sains dan teknologi yang mendorong negara mereformasikan kurikulum mereka dengan memberi tumpuan dalam pelajaran sains dan matematik.

3. Perkembangan falsafah, psikologi dan teori pendidikan yang memberi inovasi kurikulum supaya pendidikan di sesebuah sekolah menjadi lebih baik dan sempurna.

Reformasi kurikulum.
Reformasi atau perubahan kurikulum ialah perubahan total yang melibatkan semua aspek kurikulum.

Inovasi kurikulum dan perubahan kurikulum.

Inovasi kurikulum melibatkan peningkatan dan pembaikan status quo dengan perubahan paling minimum dalam aspek nilai. Istilah perubahan kurikulum pula, melibatkan transformasi semua skema kurikulum.

Konsep perubahan kurikulum bermakna  kurikulum itu boleh  diubah  kepada yang lebih baik ataupun  mungkin yang lebih teruk. Konsep inovasi dan pembaharuan kurikulum adalah lebih khusus.

Terdapat perbezaan maksud inovasi atau pembaharuan kurikulum dengan perubahan kurikulum. Konsep inovasi kurikulum berlegar dalam persekitaran untuk memperbaiki dan mengubahsuai kurikulum yang ada supaya matlamatnya dapat dicapai tanpa sebarang perubahan dari segi nilai dan organisasi, manakala konsep perubahan kurikulum, melibatkan pertukaran keseluruhan kurikulum ke arah falsafah dan matlamat yang ditetapkan.

Literasi maklumat dan kemahiran maklumat.

Literasi maklumat dan pencairan maklumat untuk membantu membuat 'informed decision' . Satu lagi aspek literasi maklumat adalah kemampuan bagi pembelajaran dengan perubahan-perubahan teknologi dan sosial yang sentiasa menunutut kemahiran-kemahiran dan ilmu pengetahuan baru.

Pelbagai kebolehan atau kemahiran diperlukan untuk menjadikan seseorang itu celik maklumat. Literasi maklumat boleh dikelompokkan di bawah 3 kategori :-

1. Kemahiran mengeluarkan semula maklumat
2. Kemahiran memproses maklumat
3. Kemahiran menyampaikan maklumat
 

Guru-guru perlu membantu pelajar agar menyedari bahawa.:-

¨ Maklumat memainkan peranan penting sepanjang hayat.
¨ Kemahiran-kemahiran asas dan ilmu pengetahuan yang diperoleh di sekolah tidaklah mencukupi bagi sepanjang hayat.
¨ Penambahan secara terus menerus, aktif dan kritikal kepada kepakaran ilmu pengetahuan sangatlah perlu bagi persediaan untuk menghadapi inovasi, cabaran dan kesempatan hidup.
 

Teknologi dalam pendidikan, konsep dan kegunaan.

Penggunaan bahan teknologi ini secara terancang dan teratur akan menjadikan pendidikan lebih bermakna dan mendatangkan kesan positif di dalam proses p&p.

Desberg dan Fisher (1995) menerangkan bahawa teknologi adalah penggunaan ilmu pengetahuan yang teratur dan sistematik dalam usaha atau kerja-kereja praktikal. Mereka menjelaskan bahawa teknologi melibatkan input, proses dan output serta penyatuannya secara visual.
 

Teknologi pendidikan

Teknologi pendidikan ialah aplikasi prinsip-prinsip saintifik untuk membina dan membentuk sesuatu bahan bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia merlibatkan:-

i. Penggunaan kemahiran
ii. Kemudahan belajar dan pengkaedahan yang berteknik moden
iii. Penyesuaian bahan dengan persekitaran

Teknologi pendidikan secara mudah dapat diertikan sebagai satu sistem yang meliputi organisasi yang digunakan secara terancang dan teratur bagi menghasilakan kecekapan di dalam proses pengajaran dan keberkesanan di dalam pembelajaran.
 

Teknologi pendidikan sebagai sistem pengajaran

Kebaikan :-

i. Memotivasikan pelajar.
ii. Mengaitkan dengan kehidupan.
iii. Alat sokongan dan perkongsian.
iv. Memertabatkan profesion.
v. Mengrangkan kos.

Teknologi pendidikan sebagai media dan komunikasi audiovisual.

Media bermaksud suatu kaedah atau perantaraan berkomunikasi, berhubung antara satu sama lain seperti menggunakan akhbar, berita dan gambar untuk menyebarkan maklumat dan pandangan.

Teknologi pendidikan sebagai media dan komunikasi audiovisual terbahagi kepada dua bidang.

1. Penghasilan bahan cetak
2. Bahan bukan cetak - meliputi perkakasan, perisian dan bahan tiga dimensi.( model, glob dan realia)
 

Faedah-faedah penggunaan teknologi.
 

1. Boleh menjadikan pendidikan lebih produktif.
2. Boleh menjadikan pengajaran lebih bersifat individual.
3. Menjadikan pengajaran lebih berasaskan kepada hasil-hasil yang saintifik.
4. Boleh menjadikan pengajaran lebih bersemangat dan bertenaga.
5. Boleh menjadikan pembelajaran pelajar itu lebih hampir dengan keadaan sebenar.
6. Boleh menjadikan pendidikan itu lebih seimbang.
Bahan sumber teknologi pendidikan

(a) Jenis-jenis bahan bercetak

Dibahagikan kepada empat :-
1. Buku fiksyen - kamus, atlas.
2. Buku bukan fikyen - ensiklopedia, autobiografi
3. Terbitan berkala- akhbar, majalah dan risalah.
4. Gambarfoto
 

(b) Jenis-jenis bahan bukan bercetak

Dibahagikan kepda tiga :-
1. Perkakasan - dipecahkan lagi kepada empat.
a. Bahan-bahan bukan tayangan,
b. Bahan-bahan audio.
c. Bahan-bahan visual.
d. Bahan-bahan audio-visual.
2. Perisian - OHP, filem jalur, filem sisipan, kaset pita video, audio, carta, kad-kad , disket dan cakera padat.
3. Bahan tiga dimensi
 
 

Kategori dan penjenisan bahan bantu mengajar
 

Bahan bantu mengajar dibahagi kepada tiga kategori:-

1. Bahan-bahan bantu mengajar bukan elektronik
2. Bahan-bahan bantu mengajar berbentuk elektronik
3. Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam sekitar seperti lakonan, pentomin, lawatan projek pameran dan relia.

Bahan bantu mengajar bukan elektronik

1. Papan tulis atau papn hitam
2. Buku teks
3. Papan pamer
4. Fail tegak dan bahan bacaan
5. Gambar
6. Kad imbasan dan kad cantuman
7. Carta - sesuatu susunan maklumat yang sistematik. Terdapat beberapa jenis carta yang digunakan di dalam bilik darjah.

a. Carta flip/selak
b. Carta pusing
c. Carta aliran
d. Carta graf
e. Carta pie
f. Carta tunggal.

8. Grafik - bahan yang dilukis sebagai karangan visual.

Peranan grafik
Graf, teks, carta, peta, poster, kapsion, kartun, animasi, illustrasi dan gambaran.

Definisi grafik
Karangan visual yang memberi keterangan atau mesej dalm komunikasi.

Ciri-ciri penting penyediaan grafik

Objektif- perancangan teliti, kemudahan alat/bahan, saiz bahan/ alat yang digunakan, reka bentuk visual, susunatur dan penghurufan

Elemen-elemen grafik
Garisan - penekanan yang penting.
Bentuk- kesan khas dan minat.
Ruang- kesan yang baik dan tidak terlalu padat.
Tetalan- sebagai warna dan hiasan (tekstur)
Warna- membayangkan perasaan, daya tarikan, simbolik dan menyampaikan perasaan.

Prinsip grafik
Penyatuan- bentuk mudah.
Penekanan- imbangan.

Peralatan
Komputer, pensil (graphite atau lead), pen ( teknikal, isograf),dakwat, marker, pembaris papan lukisan, set bofa, kertas, pisau, pemadam, gam.

Penghurufan - mekanikal atau teknikal.

9. Papan pengajaran- terdapat pelbagai jenis papan pengajaran antaranya ialah papan buletin, papan kenyataan , papan flanel, papan putih, papan magnet, papan selit, papan gulung, papan poket dan papan sorong tarik.
10. Model
11. Boneka
12. Diorama
 
 

Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik

1. Overhead projektor (OHP)

Menggunakan sistem pembalikan cahaya daripada satu sumber cahaya ke permukaan cermin dan seterusnya membalikkan cahaya tersebut ke skrin.

2. Transparensi OHP

Jenis-jenis transparensi
i. Tulis terus
ii. Warna
iii. Thermal
iv. Print out
v. Photocopy

Kebaikan

(a) Boleh disediakan dalam bentuk warna supaya memberi penegasan dan menarik perhatian.
(b) Memberi keselesaan semasa penyampaian terutamanya jika transparensi itu disediakan awal.
(c) Boleh digunakan berulang kali dan penyampaian lebih bersistematik.
(d) Transparensi juga bersih berbanding dengan papan kapur dan penyampai boleh berada berhadapan pelajar atau penonton.
(e) Pelajar boleh terlibat sama menggunakan transparensi di hadapan rakan.
 

Cara penyediaan transparensi

i. Kaedah tetingkap
ii. Kaedah singkapan
iii. Kaedah tindihan
iv. Kaedah pusing
v. Kaedah urutan
vi. Kaedah tampalan

3. Pita slaid
4. Radio
5. Televisyendan VCR
6. Alat rakaman
7. Filem tayangan / filem jalur
8. Komputer
 
 

Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam sekitar.

Bahan bantu mengajar juga diperolehi melalui bahan-bahan yang bercorak pengalaman seperti lakonan, pentomin, lawatan dan projek  pameran.

Realia dikelaskan dalam jenis bahan tiga dimensi. Realia dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti berikut:-

i. Benda bukan hidup: batu, tanah pasir, air dan logam.
ii. Bahan buatan : kerusi, jam, kereta mainan, bakul dan sebagainya.
iii. Tumbuh-tumbuhan: rumput, daun, paku-pakis, bunga dan sebagainya.
iv. Benda hidup: ikan, katak, nyamuk, rama-rama, arnab dan sebagainya.
 

Penghasilan bahan bukan bercetak
 

1. Penerbitan pita slaid- pita slaid adalah gabungan dua media, iaitu pita rakaman audio dan slaid bersiri.kedua-dua media ini ditayangkan tiga cara iaitu :-

i. Menggunakan alat permain rakaman atau radio kaset bersama projektor slaid yang dikendalikan secara manual.
ii. Menggunakan projektor slaid bersama alat perakam segerak.
iii. Menggunakan projektor khusus untuk menayangkan pita slaid seperti yang biasa digunakan di pusat-pusat sumber sekolah yang maju.

2. Skrip- dalam konteks penerbitan pita slaid, perncangan skrip bermula dengan proses merangka cerita atau pelan kisah.
3. Penyediaan grafik.
4. Fotografi- untuk melaksanakan tugas mengambil gambar, perlatan minimum yang diperlukan ialah kamera dan filem.
¨ ASA 400- jenis yang amat peka terhadap pendedahan cahaya.
¨ ASA125- untuk mengambil gambar dalam keadaan yang sederhana.
¨ ASA64- kurang peka terhadap pendedahan cahaya.]

5. Pemilihan slaid.
 
 

Komputer dalam pendidikan.

Pengambilalihan komputer dalam penyediaan BBM dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut :-

i. Keupayaan komputer dalah tinggi, senang dioperasikan serta lebih cekap.
ii. Komputer boleh menggabungkan pelbagai media seperti CD- ROM , cakera video, slaid dan filem.
iii. Dapat mengintegrasikan lebih banyak media seperti suara, gambar dan teks dalam aktiviti kelas secara serentak.

Ada berbagai-bagai periasian yang boleh membantu seseorang guru dalam penyediaan BBM. Antaranya yang begitu popular ialah:-

i. Pemprosesan perkataan untuk penghasilan dan percetakan teks dan grafik.
ii. Modul lembaran kerja
iii. Modul database untuk penyimpanan maklumat.
iv. Modul telekomunikasi untuk rangkaian maklumat.

Pengajaran komputer dalam bidang pengajaran dan pembelajaran biasanya mengandungi:-

i. Kemahiran.
ii. Permaianan dan simulasi.
iii. Analisis statistik.
iv. Mendapatkan maklumat.

Pengajaran berbantukan komputer ini boleh dilaksanakan di dalam beberapa kaedah pengajaran . Antaranya ialah :-

i. Tutorial
ii. Latihtubi dan latihan
iii. Simulasi
 

Tugasan berbantukan komputer

Komputer boleh digunakan untuk menjalankan pelbagai jenis tugas seperti berikut:-

1. Pemprosesan perkataan dan percetakan.
2. Pemprosesan data.
3. Penghasilan grafik dan animasi.
 

Pangkalan data untuk pendidikan

Pangkalan data ialah sebagai ciptaan program-program kosong yang membenarkan penggunaannya menyimpan apa sahaja maklumat yang disukai dan pengumpulan data sedia ada.
Pangkalan data elektronik dibahaggikan kepada dua iaitu pangkalan data dalam talian dan pangkalan data bersaskan mikrokomputer.
Pangkalan data bersaskan mikrokomputer pula dipisahkan kepada tiga iaitu :-
1. Pangkalan data terbuka.
2. Pangkalan data separuh terbuka tertutup.
3. Pangkalan data.
 

Pangkalan data untuk pengajaran dan pembelajaran.

Kelebihan :-

1. Mengurangkan pertindihan data.
2. Menjimatkan masa untuk mencari dan mempertingkatkan data.
3. Memudahkan penyusunan maklumat.
 

Multimedia

Komponen komputer
Casting, bekalan kuasa,. Sound card, suis kuasa, hard disc, modem, papn induk, disket drive, monitor, processor, CD- ROM, mouse, ram, serial port, keyboard, cache, video card dan speaker.

Casing
-berbentuk tower    - bekalan kuasa 230 W.
-CPU guna 3V- 5V.   - arus terus 12V.
-berbentuk dekstop.
 

Suis kuasa
- Set elektrikal yang menghubungkan komputer dengan litar kuasas.
- Litar tertutup - ON.
- Litar terbuka - OFF

Papan induk
- jantung kepda sistem .
- pusat bagi semua pemasangan.
- Jenis berdasarkan interface slots.
i. Stocat -7
ii. Slot-A
iii. Slot-1

Pemproses dan kipas
Jantung kepada kompueter.
Intel mendahuluhi pengeluaran cip selain daripada Cyrix,Celeron, AMD dan sebagainya.
Kelajuan cip diukur berdasarkan kelajuan jam.
1 MHz = 1 juta pusingan persaaat.
Kipas membantu hilangkan haba dari cip.
Memori (RAM)
RAM ialah Random Access Memory.
Terdapat jenis SDRAM dan EDORAM.
Lama = 30 pin.
Baru = 72 pin.

Memori cache.
Sejenis ingatan yang digunakan dalam berprestasi tinggi.
Disisipkan di antara CPU dengan RAM.
Hard disk dan CD-ROM perlukan 12V untuk operasi.

Bekalan kuasa.
Menukarkan AC kepad DC.
Voltan 5V dan 12V diterbitkan.
CPU perlukan 5V.
Hard disk dan CD-ROM perlukan 12V untuk operasi.

Cakera keras
Dikenali sebagai mass storange (alat soran massa ).
Pemilihan berdasarkan saiz storan yang besar dan ruang lebih laju.
Satu komputer - boleh masuk 3 hard disk.
(kuantum, wide board, IDM)

Pemacu disket
Fungsi untuk penempatan perisian, pemindahan fail-fail antara sistem dan back-up.
Unit 3.5" (1.44Mb).

Pemacu CD-ROM.
Compact disk read only memory.
Satu cara penyimpanan data.
Kelajuan ditunjukkan dengan angka diikuti dengan X.

Pot siri dan selari
Mouse, modem dll gunakan port siri untuk berhubung dengan komputer.
Port siri adalah dwihaluan.
Port selari untuk penyambungan komponen dengan komputer.

Kad video
Berfungsi mangawal monitor dan antaramuka.
Gunakan 32 bit,64 bit, 128 bit cip memproses grafik.
Resolusi ayng biasa 640 dan 480.

Kad bunyi
Dilengkaplan dengan DSP (Digital Signal Processor).
3 D sound dan surround sound adalah jenis terbaru.

Modem
Menyambungkan komputer dengan telefon.
Jenis internal dan external.
33,600 dan 56, 000 bps .
dad suara dan fax.

Monitor
Komponen utama dan berfungsi sebagai paparan.
Jenis multi scan dan low radiotion adalah pilihan terbaik.

Tetikus
Fungsi menunjukkan arah dan mengarahkan.
Jenis trackball, light pen, drawing tablet dan sebagainya.