Nota Kuliah

Inovasi dan Reformasi Kurikulum : Tuntutannya kepada Profesionalisme Perguruan.

- Habelock dan Huberman (1977) mentarifkan inovasi sebagai satu perspektif sistem berasaskan teori bahawa manusia dan masyarakatnya mempunyai keinginan yang bersifat kekal iaitu untuk saling lengkap melengkapi sesama mereka atau untuk membangunkan ke arah sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sedang mereka alami.

- Zaltmen dan Duncan (1977) menyatakan Inovasi sebagai sebarang idea, amalan atau artifak material yang boleh dilihat yang mengalami pembaharuan disebabkan oleh peniruan unit-unit idea yang berkaitan.

- Inovasi juga disifatkan sebagai bentuk polisi baru, silibus, kaedah atau perubahan organisasi yang bertujuan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

- Pendapat-pendapat di atas disokong oleh Rogers (1983) yang menghuraikan inovasi sebagai idea, amalan atau bahan yang boleh membawa perubahan kepada seseorang individu atau sistem sosial. Beliau juga menjelaskan bahawa inovasi itu adalah idea, latihan atau objek yang dianggap baru oleh individu.

- Baru dalam konteks inovasi tidak bermaksud idea, amalan atau bahan sahaja.

- Sesuatu inovasi mungkin telah diketahui atau disedari oleh seseorang cuma dia belum menunjukkan sikap suka atau tidak suka terhadap idea, amalan dan bahan itu atau dia belum menunjukkan sama ada untuk menerima atau menolaknya.

- Secara kesimpulannya boleh dikatakan bahawa inovasi ialah cetusan idea atau perubahan yang kecil sahaja.
 

IDEA
BAHAN   Pembaharuan (perubahan kecil)
AMALAN

   Contoh : Sekolah Bestari

- Teknologi pula ialah gabungan antara :

IDEA

MANUSIA
     Teknologi
MESIN

PENGURUSAN
 

- Teknologi merupakan satu bidang ilmu yang mengabungkan idea untuk memudahkan manusia.

- Ekoran daripada itu maka terbinalah alat-alat atau mesin yang digunakan untuk pengurusan dan mempertingkatkan diri supaya lebih baik daripada yang telah dialami.

- Contoh inovasi ialah Sekolah Bestari, kumputer dan lain-lain.

- Reformasi ialah satu perubahan yang meluas yang melibatkan sistem keseluruhannya berubah (contohnya seperti falsafah, jangka waktu, sistem penilaian, teknik-teknik dan lain-lain).

- Walaubagaimanapun adalah sukar untuk mengubah keseluruhan sistem pendidikan.

- Guru menjadi sumber pendidikan dalam menjalankan reformasi.

- Teknologi, jika ditinjau dengan lebih mendalam lagi ia merupakan gabungan satu bidang ilmu.

- Teknologi berasal daripada perkataan ‘Texsera’ yang bermaksud menganyam, menenun, dan membangun, ia merupakan satu kerja yang sangat rumit.

- Sebenarnya ia telah wujud sejak dari zaman dahulu kala lagi.

- Perbezaan antara dahulu dan sekarang ialah pengunaan komputer.

- Komputer mempunyai banyak kelebihannya, antaranya ialah ia dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan.

- Mengapa komputer diperlukan :
i. Jika membaca sahaja hanya 10 peratus sahaja ingatan.
ii. Jika baca dan dengar 20 peratus.
iii. Baca, dengar dan ikut tingkahlaku 70 peratus.
iv. Baca, dengar, ikut tingkahlaku dan lakukan berulang-ulang, sebanyak 90 peretaus maklumat yang akan lekat dalam ingatan.

Konsep dan Katogeri BBM/ABM Media.

- Media atau medium ialah satu bahan perantara.

- Antara penyampai dengan penerima perlu ada media atau medium atau perantara.

- Teknologi Media ialah aplikasi media, sistem pendekatan dan teknik-teknik ke arah pencapaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

- Media @ BBM @ ABM ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu penyampaian pengajaran dengan jelas dan bermakna.

- Ia juga melibatkan segala yang digunakan sama ada yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dirasai, dihidu, dikisahkan dan digunakan.

- Prinsip penggunaan Media :
i. Media sepatutnya mudah dan menarik.
ii. Bermakna dan berfungsi.
iii. Seharusnya sesuai dn berkaitan.
iv. Khusus dan pelbagai.
v. Berpotensi.
vi. Mempunyai asas pemikiran dan pengalaman.
vii. Mampu mewujudkan komunikasi dua hala.
viii. Menggalakan keterlibatan.

- Kemahiran menggunakan media :
i. Penyediaan – ambil kira tentang kesesuaian, khusus, kepelbagaian, interaksi, menarik, jelas berfungsi, berpotensi dan bermutu.
ii. Penggunaan ialah kecekapan, exploitasi, sekuen dan urutan.
iii. Penyesuaian maknanya mahir bertindakbalas dan membina semula.

- Jenis-jenis media :
i. Bentuk audio (pendengaran-suara)
ii. Bentuk visual (penglihatan)
iii. Bentuk audio visual
iv. Bahan elektronik (OHP)
v. Bahan bukan elektronik (carta)
vi. Bahan bercorak pengalaman

- Kepentingan Media
i. Mengurangkan masalah-masalah berikut :-

- kekurangan pengajar

- kekurangan masa

- mengadakan pengajaran bagi kumpulan besar
ii. Merangsang minat pelajar.
iii. Menyediakan satu dasar yang kukuh untuk perkembangan pemahaman dan corak pemikiran.
iv. Menyediakan dan menawarkan pengalaman.
v. Menggalakan aktiviti penyiasatan dan penyelidikan.
vi. Mempelbagaikan kegiatan dan aktiviti.
vii. Menjimatkan masa.
viii. Menjelaskan penerangan.
ix. Menyeronokkan.

Mengajar Menggunakan Media

- Definasi Media

- Media adalah satu cara untuk berkomunikasi

- Media terbit daripada perkataan latin “MEDIUM” yang bermaksud “PERANTARA”.

- Yang merujuk kepada apa jua yang membawa maklumat di antara penyampai kepada penerima.

- Teknologi Pengajaran

- Ialah sesuatu yang kompleks, proses yang bersepadu yang melibatkan :
i. Insan
ii. Prosedur atau kaedah
iii. Idea atau pemikiran
iv. Alat atau peralatan
v. Organisasi

- Tujuan atau matlamatnya ialah untuk menganalisis masalah, menilai, memperalat, mengimplimentasikan serta mengurus penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang timbul dalam sesuatu situasi yang mengarah kepada pengajaran yang bermakna dan terkawal.

- Model Pengajaran.
* A - Menganalisis pelajar (Analyze Learners).
* S - Tentukan matlamat (State Odjectives).
* S - Pemilihan media dan bahan yang hendak digunakan
(Select media and materials).
* U - Pastikan media dan bahan digunakan sepenuhnya
 (Utilize media and materials).
* R - Boleh melibatkan penglibatan pelajar
(Require Learner Participation).
 * E - menilai dan mendapatkan maklumbalas
(Evaluate and revise).

- Menganalisis Pelajaran.

- Lihat ciri-ciri umum pada pelajar.

- Pastikan tahap pencapaian pelajar.

- Gaya pembelajaran.

- Persepsi dan kekuatan pada diri pelajar.

- Tabii memproses maklumat.

- Faktor yang boleh memotivasikannya.

- Faktor psikologikal.

- Menentukan objektif.

- Seperti menentukan ABCD :
- A = audian
- B = tingkahlaku
- C = keadaannya
- D = tahap pencapaian

- Cara klasifikasikan objektif ikut domain kognitif, efektif, psikomotor dan interpersonal atau kemanusiaan.

- Objektif menitikberatkan perbezaan individu.

- Pemilihan Media

- Pilih format media.

- Tentukan bahan atau sumber secara spesifik.

- Pilih bahan yang sama.

- Buat tinjauan terhadap sumber.

- Pilih kriteria.

- Gunakan bahan yang bersesuaian.

- Bentuk keperluan dan kehendak pelajar.

- Preview atau tayangkan bahan.

- Buat latihan untuk persembahan.

- Wujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran.

- Sediakan audien atau kumpulan sasaran.

- Persembahkan bahan.

- Cara Melibatkan pelajar.

- Beri peluang kepada pelajar untuk mengamalkannya.

- Libatkan secara maksimum.

- Cara Penilaian dan maklumbalas.

- Nilaikan pencapaian pelajar.

- Nilakan kaedah dan media yang digunakan.

- Nilaikan pendekatan dan proses pengajaran.

- Ulangkaji.

Video.
- Berasal daripada perkataan latin yang bermaksud ‘saya lihat’.
- Ia bermaksud gambar atau imej yang dipaparkan di atas skrin TV atau monitor TV.
- Mesej disampaikan sama ada dalam bentuk teks atau visual.
- Boleh juga dalam bentuk audio iaitu selepas tamat seperti bunyi hinggar dan lain-lain.

Format Video.
- menggunakan disk dan tape yang mempunyai pelbagai jenis, saiz, bentuk, kelajuan dan mekanisme ‘playback’.
- Video disk lebih berkilau dan mempunyai phonograf rekod yang berwarna perak.
- Dicipta dari master video tape kemudian dipindahkan kepada disk menggunakan teknologi laser.
- Merangkumi 30 minit pergerakkan dan menjangkau 54000 frame imej.
- Saiz video tape seperti ¾”, ½” dan 8mm.

Ciri-ciri Video.
i. Manipulasi ruang  - boleh rentasi ruang sama ada ke depan atau ke belakang.
ii. Manipulasi masa - boleh merentasi masa.
iii. Teknik gerak perlahan
iv. Animasi  - boleh membuat filem bercorak animasi atau kartun.
Kelebihan Video.
i. Pergerakkannya boleh dikawal (boleh ‘forward’ dan ‘rew.’).
ii. Proses boleh dilihat fenomena dari A hingga Z
Contoh : Proses membuat kereta.
iii. Pemerhatian lebih dan selamat.
Contoh : Menunjukkan kehebatan letupan gunung berapi.
iv. Pembelajaran kemahiran.
- wujudkan suasana yang penuh dengan kemahiran.
Contoh : tunjukkan cara guna radas dengan betul bagi elakkan kemalangan.
v. mendramakan peristiwa.
vi. Pembelajaran afektif.
vii. Memahami kebudayaan.
viii. Sesuai untuk kumpulan kecil atau besar.
ix. Penyelesaian masalah
x. Penyimpan maklumat.

Batasan Video.
i. Kelajuan (tiada unsur ‘surprise’).
ii. Pemerhatian ‘detail’ – terhad sukar tunjukkan kepada pelajar.
iii. Tempahan dan persediaan (guru perlu ikut giliran).
iv. Kos penerbitan amat mahal.
v. Pentafsiran konsep – kadang-kadang mengambil masa untuk menerangkan, tidak boleh berinteraksi.

Utiliti Video.
i. Pratonton atau preview.
ii. Persediaan persekitaran – pastikan ia boleh dilihat oleh semua pelajar.
iii. Persediaan penonton (buat catatan).
iv. Persembahan (rancangkan masa yang diambil).
v. Respon – minta respon daripada pelajar untuk memastikan setakat mana mereka faham.

Pergerakan asas Video.
i. Kamera tetap subjek bergerak.
Contoh : ambil gambar kereta bergerak.
ii. Kamera bergerak subjek tetap.
Contoh : ambil gambartentang kecantikan bunga.
iii. Kamera bergerak subjek bergerak.
Contoh : gambar rusuhan.

Pergerakan Kamera Vidoe.
i. ‘Zoom in and out’ (ambil gambar kecil dan besar).
ii. ‘Tilt up and down’ (pergerakkan ke atas dan bawah).
iii. Wipe pan.
iv. Pan left and right.
v. Depress and elevate.
vi. Dolly or truck in and out (ikut arah datang dan pergi).
vii. Crab right and left.

Shot Asas.
i. Close-up (CU)
ii. Medium Close-up (MCU)
iii. Big Close-up (penuh)
iv. Long shot (LS)
v. Medium Shot (MS)
vi. Medium Long Shot (MLS)
vii. Very Long Shot (VLS) – jarak dari satu lokasi ke satu lokasi.

Kamera Video.
- Bahagian-bahagian penting yang terdapat pada video.
i. view finder – lihat pergerakan objek atau subjek.
ii. Mikrofon – rakam bunyi.
iii. Lensa kamera – automatik atau manual.
iv. ‘White Balance’ atau pengimbang putih – laraskan untuk pastikan warna yang betul.
- cara-cara membuat ‘White Balance’.
- laraskan kemera kepada kertas putih.
- lihat melalui ‘view finder’.
- tekan suiz ‘white balance’.

- Cara-cara pengendalian kamera video.
i. Kamera dipegang dengan kemas pada ‘tripod’.
ii. Letakkan jari kiri pada punat – untuk kawal lensa.
iii. Tumpukan perhatian pada view finder
iv. Punat zoom W-wide – kekiri atau kanan untuk mendapatkan sudut yang berbeza.
v. Cara gerakkan ke kiri dan ke kanan :
- Panning – dua arah iaitu pan right (kanan) dan pan left (kiri)
vi. Gerakkan ke atas dan bawah
- tripod dilonggarkan istilah yang digunakan ialah Tilling, ada dua iaitu till-up (atas) dan til-down (bawah)
 Shooting Video .
- Kenalpasti video camera dan blanktape
- Shooting Long untuk editing
- ambil gambar lebih, gambar yang tidak berkenaan boleh dipotong.
- PHRASE : Light, Camera, Action
- Ikut arahan – gunakan shortlist (carta aliran)
- supaya kerja rakaman tidak bertindan
- Pastkan audio berfungsi – mikrofon
- Gunakan tripod
- Pastikan cahaya mencukupi

Persediaan Menerbitkan Video
Kandungan
- matlamat menerbitkan video
- Tujuan : untuk melengkapkan atau penuhi sukatan pelajaran
- Penilaian : mesti ada piawaian
 
Masa
- Bilakah penggambaran yang dibuat itu akan selesai
- Apakah persediaan yang dibuat untuk memastikan penggambaran selesai seperti mana yang dirancang.
- Berapakah  masa yang diperlukan untuk menyiapkan penggambaran.
Perbelanjaan
- Berapakah peruntukan kewangan yang ada
- Bagaimanakah dengan peralatan yang akan digunakan
- Adakah kenderaan diperlukan untuk penggambaran

Perancangan Menerbitkan Video
Pastikan anda tentukan :
 - sasaran audien - tempoh tayangan
 - objektif  - jenis kualiti
 - kandungan  - tempoh dikehendaki
- sumber berkaitan
- tanggungjawab kerja

Kelengkapan Penggambaran
i. Bahagian Pengurusan (Pengarah)
- Penulis skrip
 - Persediaan dan kelengkapan studio
- Persediaan dan kelengkapan alatan
- kelengkapan grafik

ii. Bahagian Rakaman Video (Pengurus)
- Rakaman Video
- Panduan jurugambar
- Pencahayaan – ada dua iaitu cahaya semulajadi (seperti cahaya matahari bulan) dan cahaya buatan manusia
ii. Bahagian Aduan Suara dan Switcher
- Monitor
- Perakam
- Sumber input dan output.

Pencahayaan
i. Key Light
- Cahaya yang dipancarkan pada objek dengan tujuan untuk mengkhususkan tumpuannya.
- Seelok-eloknya kedudukan pencahayaan ini diletakkan pada sudut 20-40 di sebelah kamera dan tinggi lebih kurang 30-40 antara objek dengan lampu.
ii. Fill Light
- Cahaya dipancarkan keseluruh objek dengan tujuan untuk menseimbangkannya.
- Bahagian yang ada bayang-bayang akan dipenuhi dengan cahay dari lampu ini.
- Lazimnya kuasa watt lampu ini lebih rendah dari key light
iii. Set Light
 - Untuk menerbitkan kesan yang khusus pada bahagian latar
- Seelok-elolnya pencahayaan di bahagian latar itu lebih gelap dari subjek
- Tujuannya adalah untuk memberi tumpuan kepada objek
iv. Back Light
- Lampu ini bertujuan untuk menimbulkan kesan tiga dimensi pada objek.
- Lazimnya kedudukan lampunya berada di belakang objek.
- Slaid merupakan merupakan filem segiempat yang dibingkaikan       untuk membolehkan cahaya yang terang menembusinya dan akan memancarkan gambar pada sebuah skrin.

Slaid
Slaid merupakan filem segiempat yang dibingkaikan untuk membolehkan pancaran cahaya yang terang menembusinya dan akan memancarkan gambar pada sebuah skrin.

Elemen Slaid
- terdapat tiga elemen utama slaid iaitu :
i) Filem Slaid
- diperbuat daripada plastik jernih atau seluloid.
- Ukuran 4.5 x 4.5 cm (2 x 2 in ).
- Dibingkaikan dengan kadbod atau plastik.
- Kamera yang gunakan filem 35 mm.
- Boleh menggunakan filem hitam putih atau berwarna.
- enama filem seperti Ektachrome,Fujichrome,Agfachrome,Kodachrome.
- Ditayangkan satu demi satu bingkai.
ii) Projektor
- alat untuk memaparkan imej hasil daripada proses pembalikan cahaya.
- Terdapat megazin atau dulang untuk menyimpan slaid.
- Pertukaran slaid boleh dibuat secara manual atau automatik sama ada pada projektor ataupun remote control.
- Terdapat projektor slaid bersama kaset audio yang digunakan untuk proses sinkroni.

iii) Skrin
- skrin putih berkilat akan memantulkan 90% cahaya dan dianggap ideal.
- Kejelasan gambar pada skrin juga bergantung pada ketepatan meletakkan jarak projektor dengan skrin.
- Faktoe pencahayaan bilik tayangan juga mempengaruhi kejelasan gambar.

Prinsip penggunaan filem slaid.
i) persediaan
ii) persediaan pelajar
iii) semasa tayangan pastikan cahaya yang cukup ,keselesaan audian dan pastikan guru memberi taklimat sebelum tayangan bermula.
iv) Selepas tayangan dapatkan maklum balas daripada pelajar tentang apa yang dilihat.

Kelebihan slaid
i) Urutan filem slaid dapat diatur.
ii) Masa tayangan dapat dikawal.
iii) Tayangan secara automatik atau manual.
iv) Gabungan audio dan visual.
v) Boleh menggunakan sebarang kamera filem 35mm.
vi) Sesuai untuk kumpulan besar atau kecil dan kendiri.
vii) Bahan berwarna-warni dan realistik.
viii) Bahan boleh dikemaskini.

Kelemahan slaid.

i) perlu kemahiran fotografi.
ii) Mudah terkeluar daripada susunan.
iii) Mudah berdebu, bercalar dan kesan cap jari.
iv) Filem mudah terlekat dalam projektor.
v) Memerlukan peralatan khusus bagi menentukankualiti imej terutama untuk mengambil gambar dari buku,tv dll.

Format skrip slaid berpita.

i) masa yang paling sesuai untuk satu tayangan ialah 20 minit sahaja.
ii) Format skrip adalah seperti berikut:

Bil. slaid muzik tempoh penerangan
1  rancak 30 saat Inilah permandangan di puncak Gunung Kinabalu.
Penggunaan OHP
i) Kawalan suis
- Hidupkan lampu projektor lutsinar untuk menarik perhatian kepada visual.
- Padamkan lampunya supaya perhatian penonton beralih kepada penceramah.
ii) Pendedahan maklumat secara berperingkat-peringkat.
- Letakkan sekeping kertas di atas lutsinar dan ditarik ke bawah secara beransur-ansur sehingga keseluruhan maklumat terdedah.
iii) Penggunaan penunjuk
- dengan menggunakan penunjuk ,tunjukkan terus kepada perkara di atas lutsinar dan bukan kepada imej pada skrin.
- Penunjuk boleh mengurangkan rasa gementar.

iv) Penulisan terus di atas lutsinar.
- tuliskan sebarang maklumat tambahan bila-bila masa diperlukan.

Teknik Persembahan OHP

i) Jarak yang sesuai di antara penonton  dan skrin adalah 6 kali lebar imej yang ditayangkan
ii) Pastikan semua penonton dapat melihat skrin dengan jelas.
iii) Tentukan lutsinar diletakkan dengan betul sebelum ditayangkan ke atas skrin.
iv) Perhatian hendaklah ditumpukan kepada penonton dan elakkan membaca terus dari skrin.
v) Duduk atau berdiri di tepi projektor,elakkan gerak-geri yang menjadi halangan dan gangguan.
vi) Matikan suia projektor apabila percakapan yang disampaikan tidak ada kaitan dengan lutsinar yang ditayangkan.

Data teknik OHP

i) tinggi meja OHP dari lantai adalah 75 cm.
ii) Jarak dari skrin ke OHP adalah 2 hingga 3 meter.
iii) Luas skrin putih adalah 1.5m x 1.5m (untuk 30 pelajar)
iv) Tinggi skrin dari lantai adalah 1.5 m
v) Imej keystone boleh diatasi dengan menundukkan skrin supaya berkedudukan 90darjah dengan pancaran cahaya.

Jenis-jenis OHP

i) Mudah alih
ii) Jenis dewan kuliah
iii) Jenis pancar terus
iv) Jenis pancar imej kecil
v) Jenis kegunaan komputer
Kaedah Penggunaan Transparensi

i) Kaedah tindan tindih
ii) Kaedah sisipan atau kekisi
iii) Kaedah penutup bahagian demi bahagian
iv) Kaedah penutup bulat
v) Kaedah penutup silih berganti.

Kebaikan OHP

i) Mudah dikendalikan berbanding dengan audio visual lain.
ii) Menjimatkan masa pengajaran.
iii) Menarik minat pelajar
iv) Boleh disimpan lama
v) Paparan imej sebenar
vi) Mempelbagaikan BBM

Kelemahan OHP

i) Sesuai untuk kumpulan besar
ii) Masa tayangan tidak lama
iii) Tiada audio boleh disertakan.

Jenis-jenis transparensi

i) Write on
ii) Color
iii) Thermal
iv) Print out
v) Photocopy

TAJUK :  NOTA KULIAH

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM INOVASI PENGAJARAN

Terdapat 3 komponen utama dalam komputer:

      1.  Alat Output

? Merupakan alat paling asas dalam komputer
? Ia terdiri daripada papan kekunci, tetikus, pengimbas dan sensor atau          pengesan.
? keseluruhan alat input diproses oleh CPU

2.  Unit pemprosesan pusat (CPU)

? CPU mempunyai pelbagai bentuk yang terdiri daripada yang kecil hinggalah yang terbesar.
? CPU dikuasai oleh cip-cip yang tertentu yang bersifat elektronik dan dipengaruhi oleh mesin untuk menentukan kadar kecepatannya.

       3.  Alat Output

? Ia dalam bentuk monitor, dalam bentuk suara dan ada juga dalam bentuk realiti atau maya.

Sejarah Komputer

- Ia bermula daripada sistem konsep penyelesaian masalah.
- Bermula dengan mesin kira-kira yang diciptakan oleh Pascal seorang rakyat Peranchis pada tahun 1642.
- Mesin yang dicipta oleh Pascal ini mempunyai roda bernombor.
- Tambah dan tolak nombor dengan nombor kecil, konsep ini masih digunakan di dalam kalculator sehingga sekarang.
- 1816 seorang berbang Inggeris iaitu Charles Babbage tyelah membuat engin perbezaanuntuk membuat perhitungan secara sistematik bagi menyudahkan jadual Algorithma dan Trigonometri.
- Mesin ini menggunakan kad tebuk sebagai inputnya.
- Proses penciptaan komputer adalah pantas kerana ahli-ahli komputer membenarkan peniruan dalam penciptaannya.
- Mark 1 merupakan sebuah komputer yang dibina pada tahun 1944.  Ia telah dibina dengan komponen mekanik dan elektronik.
- Penciptaan komputer boleh dibahagikan kepada beberapa generasi iaitu:

a) Generasi pertama dari 1944 hingga 1959 iaitu Mark 1 dan Eniac
+ Eniac yang beratnya 20 tan ini telah menggunakan 19,000 tiub     vakum untuk digunakan sebagai litar.
+  komponen Eniac  berupaya  melakukan 300 operasi pendaraban dalam masa sesaat.
b) Generasi kedua wujud sekitar tahun 40 an hingga 50 an.  Pada peringkat ini tiub vakum telah digantikan dengan transistor.  Kemudian transistor pula seterusnya telah ditukar kepada litar terkamil yang lebih kecil iaitu cip.

- Generasi komputer dibezakan berdasarkan kepada cara  CPU beroperasi.
- Kini digelar sebagai generasi moden, iaitu banyak kerja atau tugas boleh dilakukan serentak dalam satu masa.

Komputer dalam pendidikan.

- bila era teknologi maklumat berkembang, komputer perlu dimanipulasikan secara meluas.
- Sekolah bestari telah menggunakan komputer ini secara meluas dalam aspek:

i) Pentadbiran
           Dalam pentadbiran komputer digunakan secara meluas.
           Ia digunakan sebagai :
a) penyimpan rekod pentadbiran
b) rekod penyimpanan dan kedatangan pelajar
c) rekod kedatangan guru dll
 

ii) ABM
            Ada 4 cara pengajaran menggunakan komputer:
a) guru menggunakan komputer sebagai bahan bantu mengajar sahaja.
b) Menggunakan komputer sebagai alat pengajaran dengan guru mengajar.
c) Komputer menggantikan guru sepenuhnya.
d) Komputer sebagai bahan rujukan.

 
iii) Kurikulum
           Komputer diperkenalkan seawal tahun1986 tetapi sehingga kini belum ada  subjek khusus untuk komputer di dalam pendidikan.
           Sekolah bestari akan memperkenalkan komputer secara khusus dalam pendidikan.

- ketiga-tiga aspek atau domain haruslah tahu disesuaikan.
 

PENGAJARAN BERBENTUKKAN KOMPUTER

1. Kaedah toturial

i Isi kandungan pelajaran disampaikan kepada pelajar dan dipecahkan kepada  petikan kecil.
ii Hanya satu petikan kecil setiap masa.
iii Diikuti oleh soalan mengikut aras soalan bloom.
iv Merupakan kaedah yang paling awal digunakan dalam PBK

2. Kaedah latihtubi

i Merupakan kaedah yang lebih tinggi daripada toturial.
ii Pelajar akan diberi soalan dan diminta menjawab soalan dengan betul sebelum berpindah kepada soalan lain.
iii Kebanyakan program mempunyai grafik dan warna yang menarik.

3. Kaedah simulasi

i Kaedah ini menggalakkan pelajar belajar secara inkuiri.
ii Simulasi dalam PBK sangat berguna terutama bagi keadaan sebenar
iii Sesuai digunakan untuk menerangkan perkara yang tidak boleh dilakukan disebabkan oleh proses yang lama, bahaya, belanja yang tinggi
iv Kaedah ini mengintegrasikan proses kognitif dengan lebih bermakna.
 

4. Sumber maklumat

i PBK mempunyai perkaitan dengan perkembangan internet.
ii Maklumat akan disimpan di dalam pelayan cyber dan dikuasai oleh guru
 

FOTOGRAFI

- Berasal dari bahasa Greek iaitu ‘photos’ bermaksud ‘cahaya’ dan ‘graphien’ bermaksud ‘melukis’.  Maka fotografi bermaksud satu bidang ilmu yang menghasilkan lukisan dengan bantuan cahaya.
- 1839 istilah fotografi diperkenalkan oleh Sir John Herschel.
- 1820-1830 kamera obscura telah dicipta di Perancis.
- 1839 Willian Henry Fox memperkenalkan proses Calotype – negatif (boleh dicuci semula dan positif (tidak boleh dicuci semula).
- 1851 Frederick Scott Archer mencipta collodion untuk disapu di atas kaca dan disalutkan dengan bahan yang sensitif kepada cahaya.
- 1861 James Clerk Maxwell perkenalkan asas forogradi warna di Royal Institusion di London.
- 1888 George Eastman memperkenalkan kamera tangan kodak.

Kamera

Sebuah kotak yang mempunyai lubang untuk mengawal cahaya dan mempunyai kanta di hadapan yang mengandungi satu bukaan (apetur) diantaranya serta bahan sensitif seperti filem yang mempunyai pengatup (shutter) dihadapannya.

Sifat kamera

Hampir seperti mata iaitu kamera digerakkan secara mekanikal dan cahaya yang memasukinya dikawal oleh apetur tetapi mata dikawal oleh iris.

Jenis-jenis kamera

1. kamera compact
2. kamera polaroid
3. kamera SLR (single lens reflect)
4. kamera TLR (twin lens reflect)  -  biasanya untuk gambar potret.
5. Kamera dasar laut
6. Kamera refleks
 

Bahagian-bahagian kamera

i) Tuil penggerak filem  -  untuk kamera SLR
ii) Pelepas shutter
iii) Dail kelajuan shutter atau filem  -  untuk kamera SLR funsinya ialah untuk mengawal jumlah cahaya untuk filem.
iv) Penilik
v) Pemegang lampu imbasan
vi) Tuil memutar filem  -  kamera SLR
vii) Kanta  -  boleh ditukar-tukar
viii) Apetur  -  fungsi  :  dedahkan cahaya masuk dari depan terus ke filem
ix) Jangkamasa
 

Aksesori

i) Tripod   -  tempat letak kamera
ii) Flash    -  bantuan untuk menjelaskan imej yang diambil
iii) Filter     -  memberi perlindungan kepada kanta
iv) Cable release  -  alat untuk mengawal pergerakan seseorang semasa mengambil gambar.

Filem

Terdapat beberapa maklumat yang terdapat pada filem di antaranya ialah:
i) Jenama filem  -  Fuji, Kodak, Agfa, IIFORD  dll.  Kualiti gambar tidak bergantun kepada jenama filem.
ii) Jenis filem  (slaid, warna atau hitam-putih).  Tentukan dahulu tujuan untuk mengambil gambar.
iii) Bilangan dedahan  -  12, 20, 24 dan 36.
iv) Filem berkod DX dan saiz filem  -  35mm.  DX bermakna Day Light Extra  -  sesuai untuk kegunaan di tempat tidak berapa panas.
v) Tarikh luput
vi) Kelajuan filem (ASA atau DBI)

Jenis-jenis filem

i Filem negatif berwarna
ii Filem negatif hitam-putih
iii Filem slaid berwarna  -filem reversal (kodacherome dan ektochrome)
 

Sifat-sifat filem

i Sensitif kepada cahaya  -  contoh  :  filem ortokromatik sensitif kepada warna biru ultraunggu
ii Kepantasan filem   -   diukur dengan skala ISO,ASA dan DIN
iii Faktor bintik   -   filem kelajuan tinggi mempunyai kesan bintik kasar dan filem kelajuan rendah kurang faktor bintik
iv Kontras   -   pertentangan
v Kadar latitud   -   keupayaan filem menerima pendedahan samada kurang atau lebih

 Kelajuan filem(SS)

i Rendah (ASA 25 – 50)
            -   perlukan pendedahan lama
            -   saiz apetur perlu dibuka luas
            -   kelajuan shutter lebih lama
ii Sederhana
            -   sangat popular
            -   faktor bintiknya sederhana
iii Tinggi (200 – 3200)
            -   kelajuan pantas
                   -   faktor bintik sangat ketara

Basic shots

i The long shot (LS)
ii The medium shot
iii The close-up

Angle and position shots

i High  -  angle shot
ii Low   -  angle shot
 

Faktor-faktor pemilihan filem

i Type of subject  -  tujuan pengambilan gambar
ii Lighting conditions  -  keadaan cahaya, samada waktu malam atau siang, di dalam bilik dll.
iii Use of materials  -  jenis pada filem  :  samada warna, hitam-putih dll
iv Degree  -  suhu (darjah)
v Saiz of filem grain  -  faktor bintik
vi Useful exposure  -  berapa jumlah dedahan yang hendak digunakan.
 

Teknik pengambilan gambar

Memfokus kamera  -  skrin memfokus mempunyai 3 bahagian iaitu:
1. Skrin memfokus
2. Gelang mikro
3. Zon
 

Cara pegang kamera

i Imej dilihat melalui penilik
ii Badan kamera diletak di atas tapak tangan kiri
iii Tangan kanan memegang badan kamera
iv Gunakan mata kanan untuk fokus

Panduan dan teknik memfokus

? Sekiranya mengambil gambar objek bergerak, fokus pada satu titik hadapan subjek dan tekan pelepas sebaik sahaja objek hendak melintas titik fokus tersebut.
? Sekiranya banyak gambar yang diambil kabur, buatlah pemeriksaan mata.
 

Jenis-jenis lensa

i Wide angle lens
ii Standard lens
iii Telephoto lens
iv Zoom lenses
v Micro lenses
vi Teleconvereter
 

Etika jurufoto

? Dapatkan kebenaran mengambil gambar.
? Elakkan menyiarkan gambar yang menjatuhkan maruah.
? Perlu mendahului sesuatu program.
? Ambil kebenaran
? Dalam upacara, ambil gambar orang yang hendak berbicara.