TUGASAN

Esei

Rangkaian Komputer

Komputer sejak lama dulu telah dikenalpasti sebagai peranti pengkomputeran yang penting. Ia juga patut dikategorikan sebagai peranti komunikasi yang penting .Hari ini, komputer berkebolehan untuk berkomunikasi dengan komputer lain di merata tempat di seluruh dunia .Dengan kata lain komputer ini telah dirangkaikan antara satu sama lain . Rangkaian komunikasi merupakan koleksi terminal, komputer dan peralatan berkaitan yang menggunakan saluran untuk berkongsi data ,maklumat ,perkakasan dan perisian. Rangkaian boleh diklasifikasikan kepada sama ada rangkaian setempat (LAN) atau rangkaian sejagat (WAN)

Rangkaian setempat atau Local Area Network (LAN) adalah rangkaian komunikasi persendirian yang merangkumi kawasan geografi terhad seperti dalam makmal komputer, sekolah , pejabat , rangkaian satu bangunan atau sekelompok bangunan berhampiran . Dalam tempoh 15 tahun , LAN telah berkembang menjadi satu peralatan perniagaan penting yang digunakan oleh pelbagai organisasi di seluruh dunia . LAN merupakan suatu sistem komunikasi berkelajuan tinggi , di reka bentuk untuk menghubungkan komputer dan pelbagai peranti pemprosesan data bersama-sama . Beberapa LAN boleh dihubungkan di dalam sesebuah bangunan atau dalam keseluruhan kampus pusat pengajian tinggi.

LAN menjadi popular kerana ia membenarkan ramai pengguna berkongsi sumber pengkomputeran yang penting seperti pencetak dan pemacu CD-ROM , program aplikasi dan maklumat yang diperlukan oleh pengguna untuk melakukan kerja-kerja mereka. Sebelum ini , setiap komputer diasingkan diantara satu sama lain dan terhad untuk aplikasi tertentu sahaja . Dengan menghubungkan komputer-komputer individu ini melalui LAN , tahap pengguna dan pengeluaran telah ditingkatkan secara mendadak .

Untuk mendapatkan kebaikan rangkaian komputer sepenuhnya , maka sangat penting setiap LAN individu dihubungkan kepada rangkaian tulang belakang enterprise sejagat yang menghubungkan semua pekerja syarikat dan sumber pengkomputeran ,tanpa mengira bagaiman dan dimana mereka ditempatkan .
 
 

Asas –asas Rangkaian Setempat

Senua peranti yang dihubungkan kepada LAN berkongsi suatu medium komunikasi tunggal,biasanya suatu koxial ,pasangan terpiuh atau kabel gantian optik .Ringkasnya beberapa komputer dihubungkan oleh suatu kabel tunggal yang membolehkan komputer berkomunikasi antara satu sama lain. Tiga aplikasi biasa LAN ialah perkongsian sumber perkakasan ,perisian dan maklumat .

Perkongsian sumber perkakasan , membolehkan setiap komputer peribadi yang berada dalam rangkaian , mencapai dan menggunakan peranti yang terlalu mahal untuk disediakan oleh setiap pengguna . Tambahan pula jika peranti tersebut hanya sekali-sekala .Dengan menggunakan LAN , sebuah peranti seperti pencetak laser akan menjadi sebahagian daripada rangkaian . Bila-bila masa pengguna komputer peribadi dalam rangkaian ini boleh menggunakannya .

Perkongsian sumber perisian pula mengandungi pemyimpanan perisian yang kerap digunakan di dalam cakera padat pelayan . Dengan rangkaian setempat perisian tersebut boleh dicapai oleh banyak pengguna .

Perkongsian sumber maklumat membenarkan setiap pengguna komputer peribadi mencapai data yang disimpan di dalam mana –mana komputer dalam rangkaian itu.Perkongsian sumber perkakasan dan perkongsian sumber maklumat selalunya digabungkan bersama.

Konfigurasi Rangkaian

Konfigurasi ,atau reka letak fizikal dalam rangkaian komunikasi dipanggil topologi . Rangkaian komunikasi biasanya di reka bentuk dengan satu ataupun kombinasi tiga rangkaian .Konfigurasi tersebut dinamakan rangkaian ( susun atur ) bintang ,bus dan gelang .Peranti yang dihubungkan kepada rangkaian seperti terminal , pencetak atau komputer lain dinamakan nod .

Rangkaian Bintang

Rangkaian bintang terdiri daripada satu atau lebih komputer peribadi ( terminal ) yang dihubungkan kepada komputer perumah dalam bentuk bintang .Rangkaian bintang tulen, mengandungi hanya talian titik ke titik iaitu satu terminal dihubungkan terus ke komputer perumah .Tetapi kebanyakkan rangkaian bintang turut mengandungi talian berbilang penurun dimana beberapa komputer peribadi dihubungkan antara satu sama lain pada satu titik tertentu sebelum dihubungkan kepada komputer perumah .Komputer perumah berfungsi sebagai sumber data bagi terminal dan hanya boleh memproses pertanyaan yang sepadan dengan data yang terkandung di dalamnya .

Kebaikan rangkaian bintang ialah ia boleh dikendalikan dengan cekap dan data yang diproses dalam rangkaian boleh diselia secara teliti . Kelemahan utama ialah keseluruhan rangkaian bergantung kepada komputer perumah , serta perkakasan dan perisian yang dirangkaikan bersama-sama .Sekiranya salah satu elemen di atas gagal , keseluruhan rangkaian tidak berfungsi .

Rangkaian Bus

Apabila rangkaian bus digunakan , semua peranti dalam rangkain dihubungkan bersama –sama dan berkongsi satu kabel tunggal .Maklumat dipindahkan dalam kedua-dua arah dari mana –mana komputer peribadi kepada yang lain. Satu kelebihan rangkaian bus ialah sebarang peranti boleh disambungkan atau disingkirkan pada bila-bila masa sahaja dari rangkaian tanpa menggangu keseluruhan rangkaian .Maksudnya ,jika satu komputer dalam rangkaian gagal untuk berfungsi , ia tidak memberi kesan kepada pengguna rangkaian yang lain .

Rangkaian Gelang

Dalam rangkaian jenis ini semua komputer dan terminal dihubungkan dalam bentuk gelungan selanjar .Rangkaian jenis ini tidak memerlukan komputer perumah. Pemprosesan dalam rangkaian gelang dilakukan di tapak jabatan ,iaitu perakaunan, perjawatan dan penerbitan boleh melaksanakan pemprosesan yang diperlukan oleh setiap jabatan .Data bergerak merentasi setiap nod , mengelilingi rangkaian gelang dalam satu arah sahaja .Bermakna jika satu nod tidak berfungsi maka keseluruhan rangkaian juga tidak berfungsi data tidak boleh melalui nod yang rosak itu .Namun begitu , kelebihan rangkaian ini memerlukan kurang kabel berbanding rangkaian bintang .Jadi kos untuk kabel rangkaian berkurang .

Bagaimana Komputer Bercakap

Dalam suatu rangkaian sumber berkongsi ,apabila satu komputer ingin menghantar mesej kepada komputer lain , ia menggunakan perisian dalam pelayan untuk meletakkan mesej tersebut dalam sampul surat .Sampul surat ini di panggil paket , mengandungi data mesej yang mempunyai suatu kepala dan treler .Paket berperanan membawa maklumat khusus yang digunakan oleh perisian rangkaian kepada komputer destinasi .Salah satu cebisan maklumat yang ditempatkan dalam kepala paket adalah alamat terminal destinasi .Sebaik sahaja mesej tersebut sampai ke destinasi ,proses bercakap akan berlangsung

Rangkaian biasanya tidak menjadi satu isu penting bagi para pengguna biasa .Ini kerana ia digunakan dalam pejabat , syarikat besar dan IPT. Rangkaian memudahkan komputer disambungkan diantara satu dengan yang lain . Dan secara tidak langsung , data atau maklumat mudah dikongsi serta dialirkan .

Rangkaian bukan sahaja melibatkan komputer tetapi juga beberapa perkakasan yang lain seperti kad rangkaian ,kad serta perisian rangkaian .Selain daripada itu ,teknologi aliran data juga semakin maju kerana data-data hendaklah di hantar dengan cepat dan selamat .

Penggunaan ISDN, Ethernet , ATM , WAN tanpa wayar dan bingkai penyampai .Gabungan kedua-dua teknologi dipanggil internet , dimana para pengguna rangkaian akan menggunakan antaramuka internet untuk mencapai data. Kedua-duanya berjaya diasimilasikan dengan baik kerana ia mempunyai perkaitan yang rapat .Dengan menggunakan internet ,sebuah pejabat tidak perlu menggunakan kertas bagi menjalankan urusan harian seperti permohonan cuti , pemeriksaan stok , berbincang melalui komputer dan penghantaran fail melalui rangkaian .

Definisi paling mudah internet ialah kumpulan rangkain bagi komputer .Dengan kata lain, banyak rangkaian bersama membentuk suatu rangkaian yang besar .Jika diambil daripada perkataan INTERNET , INTER bermakna antara sementara NET pula bermaksud rangkaian , maka boleh membawa maksud antara rangkaian (netrwork of computer networks )

Secara realitinya ,ramai orang tidak memahami sepenuhnya mengenai internet. Terjadinya demikian kerana ia sentiasa beruvbah dan terus berkembang dari semasa ke semasa semenjak ia mula-mula muncul . Adalah lebih penting untuk kita melihat kandungan dan bagaimana menggunakannya .

Tidak ada sesiapapun sama ada individu , syarikat , organisasi mahupun pertubuhan tertentu boleh mengakui bahawa internet kepunyaanya dan dibawah kawalannya. Kita boleh mempunyai komputer ,satelit , talian telefon dan televisyen tetapi internet tidak dipunyai oleh sesiapapun .

Sejarah Internet yang Berkaitan Dengan Rangkaian

Pada awal 1960-an petugas-petugas di Pentagon (Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat )

meyedari akan kemungkinan sistem kawalan mereka tidak berfungsi seandainya satu peranti nuklear diletakkan di satu tempat startegik dalam sistem itu . Kemungkinan ini terjadi disebabkan semua rangkaian komputer dikendalikan serupa dengan organisasi ketenteraan itu sendiri , iaitu secara hierarki atas bawah .Dalam kes sistem komputer , hierarki atas bawah .dalam kes sistem komputer , hierarki atas bawah bermaksud terdapat satu komputer pusat yang menghubungkan semua komputer yang lain dan melaluinya juga komputer-komputer dapat berkomunikasi antara satu sama lain .Sekiranya terdapat orang tidak bertanggungjawab meletakkan peranti nuklear ke dalam komputer pusat atau berjaya merosakkan talian komunikasi , maka keseluruhan rangkaian tidak dapat berfungsi .

Dengan itu , Satu rangkaian komputer jenis baru berjaya diwujudkan . pendekatan baru ini menghasilkan suatu rangkaian yang tidak berpusat ,tanpa ketua dan kalis bom . melalui pendekatan baru ini, sekiranya keseluruhan sistem komputer dimusnahkan dan hanya tinggak dua sistem yang masih berhubungan yang baik , komputer tersebut tetap dapat berkominunikasi antara satu sama lain .Susunan jenis ini dipanggil rangkaian perumah ke perumah , berlainan dengan konfigurasi hierarki yang digunakan sebelumnya.

Ciri utama jenis rangkaian tersebut ialah berkuncikan kepada kaedah komputer dalam rangkaian berkomunikasi .Sistem interlebih dahulu akan memberkas data kepada bentuk ‘paket’ sebelum dihantar sebagai maklumat kepada lokasi jauh . Kemudian label alamat diletakkan di luar paket berkenaan .Sekarang barulah paket berkenaan ditebarkan hanyut dalam rangkaian dan tanggungjawab mempastikan bagaimana paket tersebut ditugaskan kepada rangkaian itu sendiri. Kaedah yang diterangkan di ataslah yang terus digunakan sehingga kini dalam internet .

Menjelang tahun 1970 an , empat sistem yang dipanggil ARPNET ( Advanced Research Projects Agency ) disambungkan bersama-sama dengan menggunakan pendekatan beru tersebut. Rangkaian terus berkembang dalam beberapa tahun berikutnya , termasuk tambahan kemudahan –kemudahan orientasikan ketenteraan ,universiti yang menjalankan penyelidikan ketenteraan , dan selanjutnya bidang pembelajaran dan pendidikan .Apabila rangkaian dalam talian semakin bertambah , koleksi rangkaian tersebut dinamakan internet .

Pada akhir tahun 1980-an rangkaian yang telah bertukar nama kepada DARPANET telah menjadi begitu besar dan seterusnya pintu dibuka kepada sistem-sistem yang tiada kaitan dengan ketenteraan dan oendidikan untuk disambungkan bersama-sama .Bermulalah penyambungan secara besar-besaran .Di antara tahun 1987 dan 1992 , bilangan perumah yang disambungkan kepada internet meningkat dari 5000 kepada 500 000 . satu data yang mengejutkan dengan peningkatan 10 000 peratus dan rentak ini terus berjalan tanpa henti sehingga ke hari ini .

Inter mempunyai banyak lokasi atau tapak yang boleh kita jelajahi , mengandungi gambar dan bunyi untuk dilihat dan didengar , dan mempunyai berjuta-juta bit maklumat yang merangkumi pelbagai bidang .Internet sebenarnya wujud daripada keperluan untuk menghadapi ancaman perang nuklear . irini internet ialah ia menyediakan suatu penawar kepada racun jenis ini .

Pada kesimpulannya rangkaian menjadikan komputer inidividu lebih berkuasa .Dengan menggabungkan komputer-komputer individu ke dalam suatu rangkaian , sumber pengkomputeran dapat dikembangkan dan kebolehna individu untuk berkominunikasi

POWER POINT