TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Tiga komponen utama dalam teknologi maklumat ;-

Teknologi maklumat ialah proses pengolahan data untuk mendapatkan maklumat dengan menggunakan langkah

mengutip. Menyimpan, memproses dan melaporkan maklumat.

 

Majlis Teknologi Pendidikan (CET) United Kingdom menyatakan teknologi seharusnya mengandungi 3 ciri utama

yang boleh menghasilkan kekuatan teknologi maklumat tersebut. Ciri- ciri tersebut ialah;

  1. Penggunaan dan penyimpanan maklumat
  2. Teknologi komunikasi- penyebaran maklumat
  3. Teknologi maklumat- pentafsiran maklumat

 

PERANAN TEKNOLOGI DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 

Perkembangan teknologi maklumat yang berlaku kini memberikan peluang seluas- luasnya kepada pelajar meneroka

ilmu mengikut kehendaknya dan memberikan peluang yang seluasnya kepada mereka untuk melahirkan pendapat

dan kreativiti.

Guru perlu tahu bagaimana hendak menggunakan audio- visual dengan betul supaya semua kemudahan yang

ditawarkan oleh bahan audio- visual tersebut dapat dipergunakan sepenuhnya.

Dalam memilih bahan- bahan tersebut untuk digunakan dalam pembelajaran, guru perlu menyematkan dalam fikiran

tentang perkara- perkara yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah:

  1. Sesuai dengan taraf pendidikan pelajar dan pengetahuan am pelajar
  2. Dapat memperolehi maklumat dengan tepat
  3. Kecemerlangan dari segi mekanikal seperti bunyi, perbendaharaan kata, warna dan lain- lain
  4. Kombinasi pemilihan media yang hendak digunakan dalam pemgajaraan hendaklah tidak hanya berdasarkan

kepada kesesuaian setiap media dengan tujuan pembelajaran tetapi juga bagaimana dan dengan cara apa ia

dapat memberi maklumat dan kesannya ke atas proses pembelajaran

 

Contoh penggunaan teknologi maklumat di sekolah :-