INOVASI DAN REFORMASI KURIKULUM : TUNTUTANNYA TERHADAP PROFESIONALISME PERGURUAN

 

 INOVASI : boleh ditakrifkan sebagai satu perspektif sistem , berasakan teori bahawa manusia dan masyarakatnya

mempunyai keinginan yang berterusan untuk saling melengkapi sesama mereka supaya boleh membangun ke arah

sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sedang mereka alami .

 

KURIKULUM: Adalah semua pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sekolah, sama ada dilaksanakan

secara kelompok atau individu, di dalam atau luar sekolah.

Ini termasuk satu program aktiviti yang disusun oleh guru untuk membolehkan pelajar mencapai objektif yang telah di

rancangkan .

 

Kurikulum juga adalah suatu struktur yang terancang tentang idea-idea sesebuah sekolah yang bersesuaian dengan

keperluan-keperluan psikologi pelajar ,kemudahan-kemudahan yang sedia ada serta juga keperluan-keperluan

budaya semasa .

 

INOVASI KURIKULUM : Pembaharuaan-pembaharuan dalam elemen-elemen kurikulum iaitu perubahan kecil

dalam kurikulum sahaja yang meliputi aspek aspek seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran ,pengurusan masa

dan sebagainya .

 

Terdapat 3 faktor utama yang menggerakkan inovasi kurikulum:

 

dalam bidang vokasional untuk perkembangan perindustrian dan ekonomi negara

kurikulum mereka dengan memberi tumpuan dalam pelajaran sains dan matematik  

kurikulum supaya pendidikan di sesebuah sekolah menjadi lebih baik dan sempurna

 

Pada amnya bolehlah di rumuskan bahawa, inovasi kurikulum adalah menyeluruh dan pelbagai seperti pendidikan

vokasional , pendidkan pra sekolah ,pendidikan komputer ,teknologi maklumat dan sebagainya .inovasi -inovasi itu

ada akalnya dilaksanakan secara sukarela atau atas inisiatif sendiri berasaskan kepada keperluan institusi pendidikan

 

REFORMASI KURIKULUM : Perubahan total yang melibatkan semua aspek kurikulum seperti kandungan,

Kaedah pengajaran, penilaian, pentadbiran sekolah dan latihan perguruan. Ramai sarjana berpendapat, perubahan

kurikulum berlaku akibat daripada perubahan keperluan masyarakat ,majikan atau negara . keperluan semasa ini

menyebabkan bukan sahaja perubahan kurikulum persekolahan , malahan kurikulum institusi pendidikan akan turut

berubah .